![]() |
Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) (Malaysian Mathematical Sciences Society) Penyelaras Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) d/a Jabatan Matematik, Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia 81310 UTM Johor Bahru, Johor Tel: 07-5534275 Faks: 07-5566162 Mel-e: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Pengetua/Pengarah |
18 Januari 2011
|
Sekolah/Kolej |
Tuan/Puan, Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2011 Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) yang merupakan aktiviti tahunan kelolaan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan pada 18 Jun 2011 (Sabtu) jam 10:00 pagi – 12:30 tengahari di beberapa pusat pertandingan seluruh Malaysia. Seperti biasa, pertandingan ini terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu: Kategori Bongsu (untuk Tingkatan 1 dan 2) Mulai tahun 2010, pusat penyelarasan OMK adalah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru, Johor dengan alamat surat menyurat, dan maklumat lainnya seperti di atas. Walau bagaimanapun, pusat pertandingan OMK 2011 masih lagi mengikut format tahun-tahun sebelumnya, iaitu peserta-peserta OMK 2011 akan menduduki pertandingan OMK 2011 di negeri masing-masing. Maklumat terperinci tentang pusat pertandingan akan dimaklumkan di laman web PERSAMA selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh pertandingan. Untuk makluman, seramai 40 orang peserta OMK yang memperolehi pencapaian cemerlang akan disenarai pendek dan dipilih untuk menyertai Kem-kem Intensif IMO (International Mathematical Olympiad) kendalian pihak PERSAMA. IMO merupakan satu pertandingan matematik yang paling berprestij di dunia yang telah dianjurkan secara tahunan sejak tahun 1959. Di akhir kem intensif tersebut, seramai enam orang pelajar akan mewakili Malaysia dalam pertandingan IMO. Berikut merupakan beberapa makluman berkaitan OMK 2011. a) Yuran Penyertaan OMK2011 Untuk makluman,OMK adalah pertandingan berkumpulan. Bilangan peserta bagi setiap kumpulan adalah 4 orang, manakala bilangan kumpulan adalah tidak terhad. Berikut adalah yuran penyertaan bagi OMK 2011. Bagi sekolah yang menjadi Ahli Institusi Persama Bagi sekolah yang bukan Ahli Institusi Persama (Tuan/Puan boleh memohon untuk menjadi Ahli Institusi Persama dengan yuran sebanyak RM50.00 dan sekaligus menyertai pertandingan ini dengan kadar bayaran Ahli Institusi Persama) b) Pendaftaran OMK 2011 Pendaftaran dan penyertaan sekolah/kolej hendaklah dibuat secara “online” di laman web http://persama.org.my. Pendaftaran pasukan-pasukan sekolah/kolej tuan/puan boleh dilakukan melalui laman web tersebut dengan cara berikut: 1. Daftar Masuk laman web ini dengan menggunakan Login ID dan Kata Kunci. Jika belum mempunyai Login ID dan Kata Kunci, sila klik butang “Daftar” terlebih dahulu (setelah berdaftar, sila simpan Login ID dan Kata Kunci yang sama untuk kegunaan seterusnya). Login ID dan Kata Kunci yang telah digunakan sebelum ini masih boleh diguna semula. c) Tarikh Tutup Pendaftaran OMK 2011 Pendaftaran penyertaan lengkap secara “online” beserta pembayaran yuran penyertaan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 9 Mei 2011. Aplikasi pendaftaran akan ditutup selepas 9 Mei 2011. Tuan/puan juga boleh mendapatkan maklumat lengkap mengenai OMK 2011 melalui laman web rasmi PERSAMA seperti berikut: http://persama.org.my. Klik di bahagian “Info OMK 2011” (bahagian sebelah kiri laman web), dan klik pada bahagian “Surat Hebahan OMK 2011” untuk maklumat seterusnya, serta klik pada bahagian “Maklumat Lanjut OMK” untuk maklumat lanjut. Segala maklumat lain berkenaan OMK boleh didapati melalui laman web tersebut dan ia akan dikemas kini dari masa ke semasa. Bagi menjana satu generasi yang berdaya matematik untuk menyahut cabaran sains dan teknologi dalam milenium ini, aktiviti ke arah pencapaian matematik yang lebih tinggi wajarlah disambut dengan penuh semangat. Justeru itu, PERSAMA amat mengalu-alukan penyertaan pelajar-pelajar dari sekolah/kolej tuan/puan. Setiap pelajar akan diberi sijil penyertaan. Sekian, terima kasih. Yang benar, (Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali)
Perhatian: 1. Jika terdapat sebarang pertanyaan, Tuan/Puan juga boleh berhubung terus dengan Penyelaras-penyelaras berikut yang menyelaras sekolah / kolej mengikut negeri: |
Nama | No. Tel | Mel-e | Negeri |
---|---|---|---|
Dr. Norzieha Mustapha | 012-6472927 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Selangor & Kuala Lumpur |
En. Taufiq Khairi Ahmad Khairuddin | 019-3034383 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Sabah & Sarawak |
Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali | 019-7066939 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Pahang & Johor |
Puan Shazirawati Md Puzi | 019-7728782 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Kelantan & Terengganu |
En. Mohd Ariff Admon En. Adrian Syah Halifi |
019-7574479 012-2354696 |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Perak & Kedah |
Puan Nur Arina Bazilah Aziz | 019-7757202 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Perlis & Pulau Pinang |
Dr. Anati Ali | 013-2015301 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Negeri Sembilan & Melaka |
2. PERSAMA juga telah menerbitkan buku himpunan soalan-soalan OMK. Sila layari laman web PERSAMA untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kaedah pembelian. |