Tajaan PERSAMA untuk aktiviti

Mesyuarat Ahli Majlis PERSAMA telah bersetuju supaya kaedah tajaan aktiviti oleh PERSAMA untuk setiap penggal dilaksanakan dengan ketetapan berikut:

Setiap tajaan PERSAMA yang diterima perlulah mematuhi syarat-syarat berikut:

  1. Logo PERSAMA diletakkan dalam bahan publisiti.
  2. Beberapa gambar aktiviti dikirimkan kepada Setiausaha PERSAMA melalui emel atau perkongsian lain seperti Google Drive untuk tujuan hebahan aktiviti tajaan PERSAMA.
  3. Laporan ringkas berkaitan aktiviti dikirimkan kepada Setiausaha PERSAMA melalui emel untuk rujukan atau hebahan aktiviti tajaan PERSAMA. 

Setiap organisasi yang berhasrat memohon tajaan PERSAMA untuk sebarang aktiviti di atas yang berkaitan Sains Matematik diminta untuk memohon melalui Setiausaha Kehormat PERSAMA secara emel dengan melampirkan kertas kerja penuh berserta butiran pendapatan dan perbelanjaan. 

Setiausaha Kehormat PERSAMA akan memaklumkan keputusan bagi permohonan yang telah dibincangkan oleh Ahli-ahli Majlis PERSAMA.