Manfaat menjadi ahli PERSAMA adalah seperti berikut:
- Semua ahli PERSAMA, tanpa mengira jenis keahlian, layak menerima potongan harga secara automatik bagi yuran penyertaan Simposium Kebangsaan Sains Matematik (SKSM) dan beberapa persidangan berkaitan.
- Ahli seumur hidup layak memohon tajaan yuran penyertaan SKSM daripada PERSAMA, yang kelulusannya bergantung kepada keputusan mesyuarat ahli Majlis PERSAMA.
- Ahli institusi akan menerima potongan harga secara automatik bagi yuran penyertaan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK).
- PERSAMA menyediakan medan kepada ahli untuk menyumbang kepada bidang matematik di negara ini menerusi kerja sukaralewan dan peluang meningkatkan jaringan komunikasi antara ahli PERSAMA dan organisasi berteraskan sains matematik di negara ini.