PERSAMA mempunyai hampir 1000 ahli seumur hidup yang telah mendaftar sejak tahun 1984. Oleh itu, banyak butiran ahli yang telah lama dan tidak boleh digunakan, yang menyebabkan penyampaian maklumat kepada ahli-ahli tidak dapat dilakukan dengan cekap. Maka, kami memohon semua ahli seumur hidup PERSAMA untuk mengemas kini butiran diri melalui borang yang disediakan. Klik untuk semak butiran diri anda.
Selain itu, PERSAMA juga bercadang untuk mengadakan kembali pangkalan data kepakaran ahli seumur hidup PERSAMA. Bagi ahli seumur hidup yang ingin bidang kepakarannya diletakkan dalam laman sesawang PERSAMA, sila nyatakannya dalam borang kemas kini butiran ahli.
Untuk makluman, semua butiran ahli adalah rahsia, kecuali i) Nama dan Gelaran, ii) Tahun dan nombor keahlian, iii) Alamat emel, iv) Institusi, dan v) Bidang Kepakaran, seperti yang dipaparkan dalam laman sesawang PERSAMA.
Klik di sini untuk borang kemas kini butiran ahli.