Anugerah PERSAMA 2019

Semua ketua jabatan

SEMUA AHLI  AKADEMIK

MEREKA YANG BERKENAAN

 

Y.Bhg Dato’/ Datin/Prof/ Prof Madya/ Dr/ Tn/Pn/En/Cik,

 

PENCALONAN BAHAN-BAHAN ILMIAH UNTUK ANUGERAH PERSATUAN SAINS MATEMATIK MALAYSIA (PERSAMA) 2019

 

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan menganjurkan Anugerah PERSAMA 2019 yang akan diadakan semasa

Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke 27 (SKSM27) di Hotel Tenera Bangi, Selangor anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 26-27 November 2019.

 

2. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak PERSAMA memohon kerjasama dari pihak Y.Bhg Dato’/ Datin/Prof/ Prof Madya/ Dr/ Tn/Pn/En/Cik untuk mencalonkan bahan-bahan ilmiah terbitan

Jabatan saudara atau pencalonan individu untuk Anugerah PERSAMA 2019 bagi kategori berikut.

i. Buku Karya Asli v. Makalah Ilmiah

ii. Buku Karya Terjemahan vi. Rekacipta Matematik

iii. Tesis Sarjana vii. Rencana popular

iv. Tesis Doktor Falsafah

 

3. Hadiah bagi pemenang utama dan beberapa pemenang saguhati berupa wang tunai serta sijil dari PERSAMA. Untuk makluman, pencalonan dari Jabatan amat digalakkan tetapi pencalonan

dari individu juga turut diterima. Bersama-sama ini dilampirkan garis panduan anugerah bagi setiap kategori untuk tindakan Y.Bhg Dato’/ Datin/Prof/ Prof Madya/ Dr/ Tn/Pn/En/Cik seterusnya

(Lampiran I). Untuk makluman, tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 Mei 2019. Sila hantarkan bahan-bahan ilmiah yang berkaitan berserta borang pencalonan terus kepada saya di alamat

di bawah.  Borang pencalonan boleh juga didapati di laman web PERSAMA di www.persama.org.my.

 

4. Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan terus kepada saya. Mohon kerjasama saudara untuk menghebahkan maklumat ini kepada semua staf akademik di Jabatan saudara.

 

Sekian dimaklumkan. Terima kasih. Wassalam.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

 

Yang menjalankan tugas,

        

Dr Humaida Banu binti Samsudin

Penyelaras Anugerah PERSAMA 2018

d/a Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains & Teknologi

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-89215723 (pej), 017-3623463 (h/p)

Mel-e: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Lampiran:

Lampiran: