Semua ahli PERSAMA
Assalamualaikum wbkt
YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya./Dr./Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2024/2025 DAN PENCALONAN PILIHAN RAYA PERSAMA SESI 2025/2026-2026/2027
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Mesyuarat Agung Tahunan dan Pilihan Raya Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh |
: |
26 Ogos 2025 (Selasa) |
Masa |
: |
11.00 pagi – 1.00 tengah hari |
Kaedah mesyuarat |
: |
Hibrid (fizikal dan dalam talian) |
Tempat |
: |
Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi, Selangor |
Pelantar |
: |
Medium dan pautan mesyuarat akan dimaklumkan melalui emel yang didaftarkan |
3. Agenda bagi Mesyuarat Agung Tahunan adalah seperti berikut:
i. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2023/2024
ii. Perkara berbangkit daripada Minit Mesyuarat Agung 2023/2024
iii. Pembentangan Laporan Tahunan PERSAMA 2024/2025
iv. Pembentangan Penyata Kewangan PERSAMA yang berakhir pada 31 Mei 2025
v. Hal-hal lain yang pemberitahuannya secara bertulis mestilah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat
vi. Pilihan Raya PERSAMA Sesi 2025/2026-2026/2027
Sila rujuk LAMPIRAN A untuk maklumat lanjut berkenaan jadual perjalanan mesyuarat.
4. Bagi Pilihan Raya PERSAMA Sesi 2025/2026 – 2026/2027, ahli-ahli PERSAMA dipelawa untuk membuat pencalonan bagi jawatan-jawatan berikut:
AHLI MAJLIS PERSAMA
Presiden
Naib Presiden (2 jawatan)
Setiausaha Kehormat
Penolong Setiausaha Kehormat
Bendahari Kehormat
Penolong Bendahari Kehormat
Ahli Jawatankuasa (6 jawatan)
SELAIN AHLI MAJLIS PERSAMA
Juruaudit Dalam (2 jawatan)
5. Borang pencalonan boleh didapati bersama hebahan ini (LAMPIRAN B). Pencalonan-pencalonan yang telah ditandatangani oleh pencadang, penyokong dan calon perlu sampai kepada Pengerusi Pilihan Raya PERSAMA, Prof. Dr. Noriszura binti Ismail melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya., d/a Jabatan Sains Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan tidak lewat dari 5 Ogos 2025.
6. Ahli-ahli PERSAMA juga dijemput untuk menghadiri Bengkel PERSAMA yang akan bermula pada pukul 9.00 pagi. Penceramah jemputan bengkel ini adalah Dr. Noorhelyna Razali (Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM) dan Dr. Abd Fatah Wahab (Felo PERSAMA 2025 dan mantan Profesor Matematik, UMT).
7. Pihak jawatankuasa program memohon kerjasama ahli-ahli PERSAMA yang ingin hadir untuk membuat pendaftaran kehadiran di pautan https://tinyurl.com/yz8yb8cj selewat-lewatnya pada 5 Ogos 2025 untuk kehadiran fizikal dan 19 Ogos 2025 untuk kehadiran dalam talian bagi membantu melancarkan urusan program dan jamuan.
8. Kehadiran dan sokongan daripada pihak YBhg. Prof./Prof. Madya./Dr./Tuan/Puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian. Wassalam.
Yang benar,
Dr. Mohd Almie bin Alias
Setiausaha Kehormat PERSAMA
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lampiran:
Notis Mesyuarat Agung PERSAMA 20242025
Lampiran_B_BORANG_PENCALONAN_PILIHAN_RAYA_PERSAMA SESI 20252026–20262027.doc
Lampiran_B_BORANG_PENCALONAN_PILIHAN_RAYA_PERSAMA SESI 20252026–20262027.pdf