Y.Bhg Dato’/ Datin/Prof/ Prof Madya/ Dr/ Tn/Pn/En/Cik,
PENCALONAN BAHAN-BAHAN ILMIAH UNTUK ANUGERAH PERSATUAN SAINS MATEMATIK MALAYSIA (PERSAMA) 2025
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan menganjurkan Anugerah PERSAMA 2025 yang akan diadakan bersama Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke 32 (SKSM32) anjuran Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Perincian simposium adalah seperti berikut:
📍Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya
📆8 – 9 Julai 2025
3. Sehubungan dengan itu, pihak PERSAMA menjemput Y.Bhg Dato’/ Datin / Prof / Prof Madya / Dr / Tn / Pn / En/ Cik untuk mencalonkan bahan-bahan ilmiah untuk Anugerah PERSAMA 2025 bagi kategori berikut.
📕Buku Karya Asli
📗Buku Karya Terjemahan
📒Tesis Sarjana
📓Tesis Doktor Falsafah
📄Makalah Ilmiah
💡Rekacipta Matematik
📰Rencana popular
4. Untuk makluman, pencalonan dari Jabatan adalah amat digalakkan namun pencalonan dari individu juga turut diterima. Hadiah bagi pemenang utama dan pemenang saguhati yang berupa wang tunai serta sijil adalah tajaan dari PERSAMA. Bersama-sama ini dilampirkan garis panduan anugerah bagi setiap kategori untuk rujukan Y.Bhg Dato’/ Datin/Prof/ Prof Madya/ Dr/ Tn/Pn/En/Cik. Tarikh tutup pencalonan adalah pada 30 April 2025. Pencalonan boleh dihantar melalui pautan berikut:
https://forms.gle/ikTMHVVoQhdfQran8
5. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada Sekretariat Anugerah Persama melalui emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih. Wassalam.