PERADUAN MENULIS ESEI
SEMPENA 40 TAHUN SAINS MATEMATIK UKM DAN PERSAMA
LAPORAN JURI
Memeriksa esei pelajar merupakan proses mengukur dan menilai yang memerlukan kriteria tertentu. Kriteria yang digunakan dalam pemarkahan esei berkaitan rapat dengan tujuan dan tugasan soalan. Kriteria ini terbahagi kepada tiga perkara iaitu:
(i) Kriteria kandungan yang merujuk kepada penguasaan maklumat dan fakta yang berkaitan mengikut kehendak soalan.
(ii) Kriteria pengolahan yang merujuk kepada kemahiran menghuraikan maklumat, fakta dan idea secara logik dan matang serta penggunaan bahasa yang tepat.
(iii) Kriteria proses yang merujuk kepada aspek ketepatan, kemunasabahan, kelengkapan, ketekalan, keaslian, dan kreativiti dalam teknik penulisan.
Kumpulan A (TINGKATAN 1 & 2)
Terdapat beberapa kekurangan dalam penulisan esei, antaranya seperti kurangnya kreativiti, fakta dan unsur tempatan serta pengolahan yg lemah. Fakta yang diperoleh daripada sumber yang terhad bilangannya hanya disalin semula ke dalam penulisan tanpa pengolahan dan penghuraian. Malah terdapat penulis yang tidak menyatakan sumber rujukan maklumat atau fakta yang diperoleh. Selain itu, sebahagian besar esei yang diterima yang keluar daripada tajuk esei tersebut, seperti esei yang bertajuk “Sejarah phi (p)” sebenarnya menceritakan sejarah nombor manakala esei bagi tajuk “Matematik dan saya” pula tidak terdapat unsur saya di dalam penulisan, hanya berkisar mengenai matematik sahaja. Dalam esei bertajuk “Keperluan Matematik” penulis lebih cenderung untuk bercerita mengenai tabii matematik itu sendiri. Ada di antara esei yang diterima dikategorikan sebagai terlalu pendek, iaitu satu muka surat dan tulisan yang sukar untuk dibaca kerana bertulis tangan.
Kumpulan B (TINGKATAN 3 & 4)
Esei bagi kumpulan B terbahagi kepada tiga, iaitu bersifat cerita, fakta dan tokoh matematik seperti Al-Khwarizmi, Al-Biruni, Newton dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa kekurangan dalam penulisan esei, antaranya bagi esei untuk tajuk tokoh matematik, didapati fakta-fakta yang dipaparkan agak sama (sumber rujukan yang sama), terdapat kesalahan data atau maklumat serta kurangnya daya pengkaryaan. Bagi esei yang berbentuk cerita dan fakta pula, didapati penulis mempunyai daya berkarya yang baik namun fakta berbentuk matematik agak simplisitik. Terdapat beberapa penulisan yang baik. Justeru pihak panel hakim memutuskan untuk memberikan tiga hadiah utama untuk tiga esei terbaik, tempat pertama, kedua dan ketiga serta empat hadiah saguhati.
Kumpulan C (TINGKATAN 5 & 6 DAN MATRIKULASI)
NAMA PEMENANG
KATEGORI A
1 AHMAD KHAIRUL SAFUAN BIN BAHARUDIN 960229-03-6289 MRSM BALIK PULAU PULAU PINANG
2 ABDUL HADI BIN ZALHE 960407-33-5039 MRSM KUALA LIPIS, PAHANG
3 MUHAMMAD FARID ZAHIN BIN AYUB 970113-23-511 MRSM BATU PAHAT JOHOR
Saguhati
MUHAMMAD RAEES BIN SHAIK SAFFARUDDIN 960212-07-5775 MRSM TRANSKRIAN NIBONG TEBAL SEBERANG PRAI P.PINANG
NABIEL B. MOHD. HAMZAH 970527-02-5843 MRSM TUN ABDUL RAZAK, PEKAN, PAHANG
KATEGORI B
1 NOOR AISYAH BINTI ABDULLAH 940625-11-5562 MRSM KUANTAN, PAHANG
2 KHAIZUREEN BINTI DARWIS 940425-01-6586 MRSM BATU PAHAT, JOHOR
3 NOR AMAFAZIRA BINTI ALIAS 940208-03-5328 SEK. MEN. SAINS MACANG, KELANTAN
Saguhati
MOHAMAD NASRUL IKMAL BIN MD AIDID 941215-14-6555 MRSM KUALA LIPIS, PAHANG
NURASIAH BT ZAKARIA 951111-02-5424 MRSM KUALA LIPIS, PAHANG
MUHAMMAD NUR AFNAN BIN NAZRI 951109-10-5003 SEK. MEN. SUL. ABDUL AZIZ SHAH, KAJANG
CHAN WENG YEAP 950515-01-5471 MRSM MERSING, JOHOR
KATEGORI C
1 AHMAD ASHRAF B. AHMAD SHAHARUDIN 920924-01-6507 KOLEJ MARA KUALA NERANG, KEDAH
2 MUHAMMAD ARIFF B. MOHAMAD YUSSOFF 930916-06-5295 SBP INTEGRASI PEKAN, PAHANG
3 MUHAMMAD FAIZ BIN NORMAN 930805-01-6351 MRSM MUAR JOHOR
Saguhati
NUR ADLINA AMIRULZAMAN 930205-07-5104 MRSM BALIK PULAU P.PINANG
NUR RUZAINI BT MD YUSUP 931229-01-5880 MRSM MERSING JOHOR
THASHVIKNI A/P RAVICHANDRAN 930515-05-5256 SEKOLAH MENENGAH TINGGI PORT DICKSON
SITI MARIAM BT MOHD. NAPI 930121-03-5332 SEK.MEN. SAINS MACANG KELANTAN



