Hebahan Anugerah PERSAMA 2024 [dibuka sehingga 31 MEI 2024]

 

SEMUA KETUA JABATAN

SEMUA AHLI  AKADEMIK

MEREKA YANG BERKENAAN

 

Y.Bhg Dato’/ Datin/Prof/ Prof Madya/ Dr/ Tn/Pn/En/Cik,

 

PENCALONAN BAHAN-BAHAN ILMIAH UNTUK ANUGERAH PERSATUAN SAINS MATEMATIK MALAYSIA (PERSAMA) 2024

 

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan menganjurkan Anugerah PERSAMA 2024.

 

2. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak PERSAMA memohon kerjasama dari pihak tuan/puan untuk mencalonkan bahan-bahan ilmiah terbitan Jabatan tuan/puan atau pencalonan individu untuk Anugerah PERSAMA 2024 bagi kategori berikut.

 

i. Buku Karya Asli                               v. Makalah ilmiah 

ii. Buku Karya Terjemahan               vi. Rekacipta Matematik

iii. Tesis Sarjana                                 vii. Rencana popular 

iv. Tesis Doktor Falsafah

 

 

 

3. Untuk makluman, pencalonan dari Jabatan amat digalakkan tetapi pencalonan dari individu juga turut diterima.

 

 

 

4. Bersama-sama ini dilampirkan poster Anugerah PERSAMA 2024 yang mengandungi garis panduan anugerah bagi setiap kategori untuk tindakan Y.Bhg Dato’/ Datin/ Prof/ Prof Madya/ Dr/ Tn/ Pn/ En/ Cik seterusnya.

 

5. Untuk makluman, tarikh tutup pencalonan adalah pada 31 Mei 2024. Sila hantarkan salinan lembut (softcopy) bahan-bahan ilmiah yang berkaitan berserta borang pencalonan terus kepada saya di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Borang pencalonan boleh juga didapati di laman sesawang PERSAMA di www.persama.org.my (sila lihat lampiran dalam halaman ini).

 

 

 

6. Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan terus kepada saya. Mohon kerjasama tuan/puan untuk menghebahkan maklumat ini kepada semua staf akademik di Jabatan tuan/puan.

 

 

 

Sekian dimaklumkan. Terima kasih. Wassalam.

 

 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

 

 

Yang menjalankan tugas,

        

Dr Humaida Banu binti Samsudin

Penyelaras Anugerah PERSAMA 2024

d/a Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains & Teknologi

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-89215723 (pej), 017-3623463 (h/p)

Mel-e: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Lampiran: