Hebahan Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-31 (SKSM31)

 

SIMPOSIUM KEBANGSAAN SAINS MATEMATIK KE 31 (SKSM31)

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Simposium Kebangsaan Sains Matematik yang Ke-31 (SKSM31) akan diadakan pada 11 hingga 13 September 2024. SKSM merupakan program tahunan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) dengan kerjasama Universiti Awam di Malaysia. Pada tahun 2024, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berkolaborasi dengan PERSAMA untuk menganjurkan Simposium Kebangsaan Sains Matematik yang Ke-31 (SKSM31). Simposium ini menghimpunkan cendekiawan Sains dan Matematik dalam negara dan luar negara bagi membentangkan hasil penyelidikan terkini. Ianya bertujuan untuk memperkasakan Sains Matematik dan aplikasinya, menerusi perhimpunan dan perbincangan idea inovatif di kalangan ahli akedemik dan pakar-pakar saintis, penyelidik di seluruh negara yang terlibat dengan Sains Matematik.

 

 

SKSM31 membawa tema “Sintesis Matematik: Membudayakan Inovasi & Evolusi Digital”. Skop atau bidang utama adalah termasuk:

  • Matematik Tulen
  • Matematik/ Statistik Gunaan dan Industri
  • Matematik Kejuruteraan
  • Pendidikan Matematik
  • Matematik Pengkomputeran
  • Statistik
  • Pengoptimuman
  • Penyelidikan Operasi
  • Matematik & Multimedia
  • Sains Aktuari
  • Matematik Kewangan
  • Kualiti & Produktiviti
  • Kecerdasan Buatan
  • Kriptografi/Keselamatan Siber
  • Teknologi Maklumat/Teknologi Maklumat dan Komunikasi

 

 

TARIKH PENTING

Penghantaran Abstrak: 1 Feb – 15 Ogos 2024

Penghantaran Kertas Penuh: 1 Feb – 1 Sept 2024

  • Fasa I: 29 Feb 2024
  • Fasa II: 30 Mei 2024

Pendaftaran & Bayaran Awal: 1 Jun 2024

Pendaftaran & Bayaran Biasa: 1 Sept 2024

 

YURAN

Sila rujuk di sini untuk maklumat yuran.

 

PENGHANTARAN

Templat abstrak dan kertas penuh boleh dimuat turun di: https://www.conference.unimas.my/sksm31/en/

 

PELUANG PENERBITAN

Kertas kerja penuh yang diterima dan telah dibentangkan akan diterbitkan dalam jurnal yang ditetapkan dengan bayaran tambahan*. Senarai jurnal adalah seperti berikut:

  • Mathematical Modeling and Computing (SCOPUS)
  • International Journal of Systematic Innovation (SCOPUS)
  • Journal of Advanced Research in Applied Sciences and Engineering Technology (SCOPUS)
  • Journal of Advanced Research in Numerical Heat Transfer (SCOPUS)
  • Journal of Advanced Research in Applied Mechanics (SCOPUS)
  • CFD Letters (SCOPUS)
  • Journal of Computing and Social Informatics (MYCITE)

 

Untuk maklumat lanjut*, sila layari: https://www.conference.unimas.my/sksm31/en/

Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi kami di alamat email berikut: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sekian terima kasih.

 

Sekretariat Simposium

SKSM31