Semua ahli PERSAMA
Assalamualaikum wbkt
YBhg. Prof./Prof. Madya./Dr./Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSAMA SESI 2021/2022
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) Sesi 2021/2022 akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh |
: |
4 Ogos 2022 (Khamis) |
Masa |
: |
11.30 pagi – 12.30 tengah hari |
Kaedah Mesyuarat |
: |
Hibrid (secara fizikal dan dalam talian) |
Tempat |
: |
Dewan Kuliah DKG124SM Jabatan Sains Matematik Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia |
Pautan Google Meet |
: |
meet.google.com/hxg-nisk-hsb |
3. Agenda bagi Mesyuarat Agung Tahunan adalah seperti berikut:
i. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2020/2021
ii. Perkara berbangkit daripada Minit Mesyuarat Agung 2020/2021
iii. Pembentangan Laporan Tahunan PERSAMA 2021/2022
iv. Pembentangan Penyata Kewangan PERSAMA yang berakhir pada 31 Mei 2022
v. Hal-hal lain yang pemberitahuannya secara bertulis mestilah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat
Sila rujuk LAMPIRAN A untuk maklumat lanjut berkenaan jadual perjalanan mesyuarat.
4. Sehubungan dengan itu, pihak jawatankuasa memohon kerjasama ahli PERSAMA yang akan hadir sama ada secara fizikal atau dalam talian untuk membuat pengesahan kehadiran di pautan https://forms.gle/ZDT9QeK4C3ZNZo1t6 bagi membantu melancarkan urusan mesyuarat dan jamuan.
5. Ahli-ahli PERSAMA juga dijemput untuk menghadiri Bengkel PERSAMA yang akan bermula pada pukul 9.30 pagi. Penceramah jemputan untuk bengkel ini adalah Prof. Dr. Muhammad Rezal Bin Kamel Ariffin (Universiti Putra Malaysia) dan Prof. Dr. Darren C. Ong (Xiamen University Malaysia).
6. Kehadiran dan sokongan daripada pihak YBhg. Prof./Prof. Madya./Dr./Tuan/Puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian. Wassalam.
Yang benar,
Dr. Mohd Almie bin Alias
Setiausaha Kehormat PERSAMA
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lampiran:
Notis Mesyuarat Agung Tahunan Sesi (pdf)