Semua ahli PERSAMA
Assalamualaikum wbkt
YBrs. Prof./Prof. Madya./Dr./Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2020/2021 DAN PENCALONAN PILIHAN RAYA PERSAMA SESI 2021/2022 – 2022/2023
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) Sesi 2020/2021 akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh |
: |
26 Ogos 2021 (Khamis) |
Masa |
: |
11.30 pagi – 1.30 tengah hari |
Kaedah Mesyuarat |
: |
Pelantar Google Meet |
Pautan Google Meet |
: |
meet.google.com/caq-nebc-ygr |
3. Agenda bagi Mesyuarat Agung Tahunan adalah seperti berikut:
i. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2019/2020
ii. Perkara berbangkit daripada Minit Mesyuarat Agung 2019/2020
iii. Pembentangan Laporan Tahunan PERSAMA 2020/2021
iv. Pembentangan Penyata Kewangan PERSAMA yang berakhir pada 31 Mei 2021
v. Hal-hal lain yang pemberitahuannya secara bertulis mestilah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat
vi. Pilihan Raya PERSAMA Sesi 2021/2022 – 2022/2023.
Sila rujuk LAMPIRAN A untuk maklumat lanjut berkenaan jadual perjalanan mesyuarat.
4. Bagi Pilihan Raya PERSAMA Sesi 2021/2022-2022/2023, ahli-ahli PERSAMA dipelawa untuk membuat pencalonan bagi jawatan-jawatan berikut:
AHLI MAJLIS PERSAMA
Presiden
Naib Presiden (2 jawatan)
Setiausaha Kehormat
Penolong Setiausaha Kehormat
Bendahari Kehormat
Ahli Jawatankuasa (6 jawatan)
SELAIN AHLI MAJLIS PERSAMA
Juruaudit Dalam (2 jawatan)
5. Borang pencalonan boleh didapati bersama hebahan ini (LAMPIRAN B). Pencalonan-pencalonan yang telah ditandatangani oleh pencadang, penyokong dan calon perlu sampai kepada Pengerusi Pilihan Raya, Dr. Rokiah@Rozita Ahmad melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya., d/a Jabatan Sains Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan tidak lewat dari 10 Ogos 2021.
6. Ahli-ahli PERSAMA juga dijemput untuk menghadiri Bengkel PERSAMA yang akan bermula pada pukul 9.00 pagi. Penceramah jemputan bagi bengkel ini adalah Prof. Madya. Dr. Nurfadhlina Abdul Halim (USIM) dan Dr. Adriana Irawati Nur Ibrahim (Universiti Malaya).
7. Kehadiran dan sokongan daripada pihak YBrs. Prof./Prof. Madya./Dr./Tuan/Puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian. Wassalam.
Yang benar,
Dr. Mohd Almie bin Alias
Setiausaha Kehormat PERSAMA
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lampiran:
1) Notis Mesyuarat Agung dan Pencalonan Pilihan Raya PERSAMA (pdf)