Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Y.Bhg. Dato’/Datin/Tn./Pn./En./Cik,
PERTANDINGAN OLIMPIAD MATEMATIK KEBANGSAAN (OMK) 2019
Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) yang merupakan aktiviti tahunan kelolaan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 20 Julai 2020 (Sabtu)
Masa : 10:00 pagi – 12:30 tengah hari
2. Pertandingan ini terdiri dari tiga (3) kategori iaitu:
a) Kategori Bongsu - Tingkatan 1 dan 2
b) Kategori Muda - Tingkatan 3 dan 4
c) Kategori Sulong - Tingkatan 5, 6 / Matrikulasi / Setara
3. Pusat penyelarasan OMK adalah di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Pusat pertandingan OMK 2019 akan ditentukan oleh Urusetia OMK 2019. Sila ambil maklum bahawa tiada sebarang surat panggilan OMK akan diposkan kepada sekolah yang mendaftar OMK 2019. Guru/pihak sekolah perlulah BERTANGGUNGJAWAB untuk menyemak maklumat terkini OMK 2019 di laman sesawang PERSAMA bagi mengetahui maklumat lanjut tentang OMK 2019 seperti tarikh dan tempat pertandingan. Setiap peserta akan diberi sijil penyertaan.
4. Untuk makluman, peserta OMK yang memperoleh pencapaian cemerlang akan dipilih dan layak disaring untuk menyertai kem-kem Intensif IMO (International Mathematical Olympiad). Di akhir kem intensif tersebut, beberapa orang pelajar berkemungkinan dipilih mewakili Malaysia dalam pertandingan IMO. Pelajar yang pernah mewakili Malaysia dalam IMO 2017, IMO 2018 dan IMO 2019 tidak dibenarkan menyertai OMK 2019.
5. Berikut merupakan beberapa maklumat berkaitan OMK 2019.
a) Yuran Penyertaan OMK 2019
Untuk makluman, OMK adalah pertandingan berkumpulan (4 orang/kumpulan) manakala bilangan kumpulan adalah tidak terhad. Berikut adalah yuran penyertaan bagi OMK 2019.
Sekolah yang menjadi Ahli Institusi PERSAMA
Yuran Tahunan Ahli Institusi PERSAMA : RM 50.00
Pasukan pertama (setiap kategori) : RM 60.00
Pasukan berikutnya (dalam kategori yang sama) : RM 50.00
Sekolah yang bukan Ahli Institusi PERSAMA
Setiap pasukan : RM 120.00
Pendaftaran keahlian boleh dilakukan serentak dengan pendaftaran OMK. Tempoh keahlian institusi PERSAMA adalah 1 Januari 2019 – 31 Disember 2019.
b) Pendaftaran OMK 2019
Pendaftaran dan penyertaan sekolah/kolej/matrikulasi/politeknik/universiti hendaklah dibuat secara dalam talian di laman sesawang http://omk.persama.org.my/register.
c) Tarikh Tutup Pendaftaran dan Bayaran OMK 2019
Pendaftaran penyertaan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 10 Jun 2019 20 Jun 2019 dan bayaran penyertaan perlu dibuat sebelum 30 Jun 2019. Pendaftaran selepas tarikh tutup akan dikenakan YURAN PENALTI (RM20 SATU PASUKAN) manakala bayaran selepas tarikh tutup pula akan dikenakan YURAN PENALTI (RM10 SATU PASUKAN).
6. Maklumat TERKINI dan terperinci tentang OMK 2019 serta pusat pertandingan akan dimaklumkan di laman sesawang PERSAMA, dua minggu sebelum tarikh pertandingan dan sebarang maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Bagi menjana satu generasi yang berdaya matematik untuk menyahut cabaran sains dan teknologi dalam milenium ini, aktiviti ke arah pencapaian matematik yang lebih tinggi wajarlah disambut dengan penuh semangat. Justeru, PERSAMA amat mengalu-alukan para pelajar menyertai OMK 2019.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
(Profesor Madya Dr. Zabidin Bin Salleh)
Penyelaras Olimpiad Matematik Kebangsaan 2019
b/p Presiden PERSAMA
Perhatian:
1. Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung dengan sekretariat melalui email di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau penyelaras-penyelaras berikut yang menyelaras sekolah/kolej/matrikulasi/politeknik/universiti mengikut negeri:
Nama | No Tel. | e-mel | Negeri |
Dr. Nurfadhlina Abdul Halim | 09-6683383 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Johor |
Dr. Hanafi Bin A. Rahim | 09-6683626 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Melaka |
Dr. Ahmad Termimi Ab Ghani | 09-6683975 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Negeri Sembilan |
Dr. Ilyani Abdullah | 09-6683476 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Kelantan |
Dr. Chee Chew Seng | 09-6683619 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Selangor |
Dr. Mohamed Saifullah Hussin | 09-6683141 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Kuala Lumpur/Putrajaya |
Dr. Fatimah Noor Harun | 09-6683341 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Kedah/Perlis |
Dr. Hassilah Salleh | 09-6683380 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Perak |
Dr. Ummu 'Atiqah Mohd Roslan | 09-6683439 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Sabah |
Dr. Binyamin Yusoff | 09-6683316 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Sarawak |
Dr. Azwani Binti Alias | 09-6683413 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Pulau Pinang |
Pn. Siti Madhihah Binti Abdul Malik | 09-6683734 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Pahang |
Pn. Nor Azlida Aleng@Mohamad | 09-6683744 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Terengganu |
2. PERSAMA juga telah menerbitkan buku himpunan soalan-soalan OMK. Sila layari laman sesawang PERSAMA untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kaedah pembelian.
Surat Hebahan OMK2019 boleh dimuat naik DI SINI.