Anugerah Persama 2009 anjuran Persatuan Matematik Malaysia (PERSAMA) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 April 2009.Hadiah wang tunai dan sijil penghargaan untuk dimenangi !
Kategori Anugerah
- Buku (Karya Asli)
- Buku (Karya Terjemahan)
- Tesis Doktor Falsafah
- Penyelidikan Operasi
- Tesis Sarjana
- Makalah Ilmiah
- Rekacipta Matematik
- Rencana Popular
Syarat - syarat Umum Pertandingan
- Calon adalah warganegara Malaysia.
- Keutamaan diberi kepada ahli PERSAMA.
- Karya tersebut mestilah diterbitkan dalam tahun 2008.
- Karya tersebut tidak dihasilkan oleh ahli Majlis Eksekutif PERSAMA / ahli jawatankuasa / panel hakim pertandingan (sepenuhnya atau bersama).
- Keputusan panel hakim adalah muktamad.
Kriteria Penilaian
Buku Karya Asli
- Mestilah diterbitkan oleh penerbit tempatan.
- Buku-buku tersebut mestilah berunsurkan Sains Matematik, Sains Teknologi, Sains Komputer, Statistik, Ekonomi dan Matematik, Sains Kejuruteraan, Matematik Pendidikan, atau Sejarah dan Falsafah Matematik.
- Tahap ilmu universiti dalam bahasa Malaysia (atau Bahasa Inggeris) dan karya bukan ahli jawatankuasa/panel penilai/hakim pertandingan ini.
- Kepribumian karya : kefasihan bahasa,nahu,keretorikan,ketepatan istilah,kepercayaan kepada Bahasa Melayu (atau Bahasa Inggeris) seperti terpancar menerusi ketiadaan istilah atau ungkapan yang dipetik daripada bahasa/sumber lain; bahan yang tidak asing daripada bahan/budaya setempat, atau serantau.
- Keaslian idea, bahan, pendekatan, pengolahan, dan penyusunan.
- Keihklasan, ketanggungjawaban dan keintegritian yang terpancar menerusi kejelasan hujah dan sumber.
- Ketelitian akademik.
- Mutu perbukuan : bentuk luarannya, rujukan, indeks dan sebagainya.
Buku Karya Terjemahan
- Tahap ilmu universiti dalam bahasa Melayu dan karya bukan ahli jawatan kuasa/panel penilai/hakim pertandingan ini.
- Keklasikan/keistimewaan buku aslinya daripada pelbagai aspek termasuk ketelitian akademiknya.
- Sumbangan penterjemah kepada ilmu yang diterjemahkannya, seperti menerusi tafsirannya, dan penjelasannya (bukan sekadar terjemahan harafiah).
- Mutu bahasa terjemahannya sama dengan dalam kriterium 2 dalam karya asli di atas.
- Mutu perbukuan: bentuk luarannya, rujukan, indeks dan sebagainya.
Makalah Ilmiah
- Mestilah diterbitkan oleh jurnal-jurnal tempatan.
- Ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Rekacipta Matematik
- Mempunyai elemen matematik.
- Rekacipta asli atau baru.
- Hasil dari penyelidikan.
- Mempunyai nilai komersil.
- Kepelbagaian gunaan.
- Mesra pengguna.
- Rekacipta yang telah memenangi mana-mana anugerah daripada mana-mana persatuan selain dari PERSAMA boleh dipertimbangkan.
Rencana Popular
- Penulisan berkenaan hendaklah terbit dalam akhbar atau majalah tempatan.
- Penulisan yang terbit dalam majalah dalaman yang agak luas skop pembacanya juga akan dipertimbangkan (contohnya terbitan dalam Universiti).
- Mempunyai elemen sains matematik.
Penyertaan
Sila hantarkan bahan-bahan ilmiah yang berkaitan ke alamat di bawah:
Penerbit UTM Press
(Urusetia Anugerah PERSAMA 2009)
No. 34-38 Jalan Kebudayaan 1,
Taman Universiti,
81300 Skudai, Johor.
(u/p En. Khalid bin Mazlan)
Tel : +607-5218180
Fax : +607-5218174
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pertanyaan
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Prof. Madya Dr. Nor Haniza Sarmin
Penyelaras Anugerah PERSAMA 2009,
d/a Jabatan Matematik,
Fakulti Sains,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Skudai, Johor.
Tel : +607-5534867 (pej), 017-7557660 (h/p)
Fax : +607-5566162
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
MUAT TURUN!Poster Anugerah PERSAMA 2009