Laporan Bengkel & Mesyuarat Agung Tahunan PERSAMA serta Pilihan Raya PERSAMA

Pada 26 Ogos 2025 telah berlangsung Bengkel & Mesyuarat Agung Tahunan PERSAMA (Sesi 2024/2025) serta Pilihan Raya PERSAMA (Sesi 2025/2026 - 2026/2027) di Bangi Resort Hotel, Selangor. Majlis ini turut diadakan secara dalam talian.

Bengkel PERSAMA telah disampaikan oleh dua orang penceramah jemputan iaitu Dr. Noorhelyna Razali (FKAB, UKM) dan Dr. Abd. Fatah Wahab (Felo PERSAMA 2025 dan mantan Profesor UMT), dan Prof. Madya Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali (UTM) sebagai pengacara majlis. Pilihan Raya PERSAMA telah dikendalikan oleh Prof. Dr. Noriszura Ismail (UKM) sebagai Pengerusi Pilihan Raya.

Tahniah dan selamat bertugas diucapkan kepada Ahli Majlis dan Juru Audit Dalaman yang baru dilantik. Butiran lanjut pelantikan boleh dilihat di laman sesawang PERSAMA melalui pautan https://persama.org.my/persatuan/ahli-jawatankuasa. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Prof. Dr. Maslina Darus (UKM), Prof. Dr. Norihan Md Arifin (UPM), Prof. Madya Dr. Saiful Hafizah Jaaman (UKM) dan Dr. Humaida Samsudin (UKM) atas khidmat bakti sepanjang menerajui PERSAMA.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli PERSAMA yang hadir majlis ini, sama ada secara fizikal atau dalam talian. Semoga PERSAMA terus giat memartabatkan Sains Matematik di Malaysia.

May be an image of 1 person, harp, dais and text that says "BANGIRESORTHO1L BANGI RESORT HOTL BANGIRESORT"

Prof. Madya Dr. Nor Muhainiah (UTM) sebagai Pengacara Bengkel PERSAMA

 

 

May be an image of 1 person, speaker and text

Penceramah 1 Bengkel PERSAMA, Dr. Noorhelyna Razali (FKAB, UKM)

 

May be an image of text that says "AbdFatah Wahab Umerfieit PERSAMA RUANG PELUANG & CABARAN MEMBANGUN MODAL INSAN MASYARAKAT MALAYSIA ABD. FATAH BIN WAHAB TH 明ま MM ある NS 26 OGOS 2025 MK 名業 PADSAMA MESYUARAT AGONG PERSAMA wadah luası akademik, Ueweriñed SLOGAN DJ negara PERSAMA membuka ngicabran.pembangunanmodalinsan cabaran pembangunan modali insan. negara maju SAINS MATEMATIK Ss Meneroka Ruang, Merebut Peluang, Menghadapi Cabaran, Menjulang Semangat Juang. 1/3 HS"

Tangkap layar semasa Sesi Ceramah 2 Bengkel PERSAMA oleh Dr. Abd. Fatah bin Wahab (Felo PERSAMA 2025 dan mantan Profesor UMT)

 

May be an image of 1 person, dais and text that says "BANGIRESORTHO1L BANGIRESORT RESORT HOTEL BANGI"

Prof. Dr. Noriszura Ismail (UKM) yang sentiasa ceria sedang mengendalikan Pilihan Raya PERSAMA

 

May be an image of 9 people and table

Suasana di Bangi Resort Hotel

 

May be an image of 10 people and dais

Sebahagian ahli yang hadir secara fizikal di Bangi Resort Hotel

May be an image of 6 people, people studying, phone and text that says "Mohd Almie Alias a BY Binyamin Yusoff (Unverified) NORHANIZABI.SARMIN(Esternal) NOR HANIZA BT SARMIN (External) AW Abd Fatah Wahab (Unverified) 못 NS SABARIAH (Unverified) DR.SITISABARIAH(Unverific) 要 NUR RAIDAH BINTI SALIM (External) 装 H HANNAN (Unverified) 2 IG MAJID KHAN Unveri (Unverified) MANDKHAN(Unverified) fied) Intan Martina Md Ghani (Unverified) 凍 UMMU ATIQAH BINTI MOHD ROSL... MZ & Muhd Rafiq Zulkefli (Unverified) a Ts. Dr. Huzaifah (Unverified) Ts.Dr.Huzaitah(Unverified) a NA NORFAIEQAH BINTI AHMAD (Extern..."

 

Tangkap layar sebahagian ahli yang hadir secara dalam talian

 

May be an image of 10 people, dais and text

Barisan Ahli Majlis PERSAMA dan Juru Audit Dalaman Sesi 2025/2026 - 2026/2027 yang hadir secara fizikal