SKSM Terdahulu

Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-28

SIMPOSIUM KEBANGSAAN SAINS MATEMATIK KE-28 (SKSM28)

Simposium Kebangsaan Sains Matematik merupakan program tahunan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) dengan kerjasama sebuah universiti awam yang terpilih. Ianya bertujuan untuk memperkasakan Sains Matematik dan aplikasinya di Malaysia, menerusi perhimpunan dan perbincangan ide–ide inovatif di kalangan ahli akademik, saintis, penyelidik dan pakar-pakar di seluruh negara yang terlibat dengan Sains Matematik, selain sebagai wadah besar bagi ahli sains dan matematik daripada pelbagai bidang di Malaysia untuk menjalinkan hubungan kerjasama untuk kebaikan bersama khususnya dalam memartabatkan ilmu sains dan matematik kebangsaan.

 

Pada tahun 2020, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerusi Pusat Sains Matematik telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan SKSM28 dengan bertemakan "Sains Matematik Wahana Pencetus Inovasi Sejagat".

 

_____________________________

Tarikh: 22-23 Julai 2020
Tempat: Vistana Kuantan City Centre, Pahang.
Anjuran: Universiti Malaysia Pahang.

Web: SKSM28

____________________________

Tarikh akhir hantar abstrak/kertas kerja penuh29 Februari 2020  15 APRIL 2020

Hantar penyertaan anda sekarang!