Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-27

 

SIMPOSIUM KEBANGSAAN SAINS MATEMATIK KE-27 (SKSM27)

Simposium Kebangsaan Sains Matematik merupakan program tahunan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) dengan kerjasama sebuah universiti awam yang terpilih. Ianya bertujuan untuk memperkasakan Sains Matematik dan aplikasinya di Malaysia, menerusi perhimpunan dan perbincangan ide–ide inovatif di kalangan ahli akademik, saintis, penyelidik dan pakar-pakar di seluruh negara yang terlibat dengan Sains Matematik. Pada tahun 2019, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan SKSM27 dengan bertemakan "Sains Matematik Peneraju Kelestarian Industri dan Peradaban Manusia".

Dalam usaha untuk mencapai taraf negara Industri 4.0, usaha kearah memantapkan bidang Sains Matematik amat penting sama ada di dalam pendidikan sekolah, institusi pengajian tinggi ataupun industri. Peranan Sains Matematik dalam menerajui kelestarian industri dan peradaban semakin terserlah apabila teknologi digital yang memerlukan penguasaan di dalam bidang Sains Matematik khususnya, semakin berkembang sebagai nadi utama dalam setiap cabang industri dan gaya hidup manusia. Justru itu, UPM berbesar hati untuk menyumbang ke arah kecemerlangan Sains Matematik di negara ini dengan penganjuran SKSM27 yang turut bertujuan bagi mencapai kemajuan revolusi Industri 4.0.

_____________________________

Tarikh: 26-27 November 2019
Tempat: Hotel Tenera, Bangi, Selangor
Anjuran: Universiti Putra malaysia

Web: SKSM27

____________________________

Tarikh akhir hantar abstrak: 31 Mei 2019
Hantar penyertaan anda sekarang!