Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-26

 

SIMPOSIUM KEBANGSAAN SAINS MATEMATIK KE-26 (SKSM26)

Simposium Kebangsaan Sains Matematik (SKSM) merupakan program tahunan Persatuan Sains Matematik Malaysia dengan kerjasama Universiti Awam di Malaysia. Simposium ini  menghimpunkan cendekiawan Sains dan Matematik dalam negara dan luar negara  bagi membentangkan hasil penyelidikan terkini. SKSM 2018 merupakan antara wadah besar bagi ahli sains dan matematik daripada pelbagai varian bidang di Malaysia berkumpul, bertukar-tukar fikiran, menjalinkan hubungan kerjasama untuk kebaikan bersama khususnya dalam memartabatkan ilmu sains dan matematik kebangsaan.  Pada Edisi yang ke 26 ini, Universiti Malaysia Sabah menerusi Fakulti Sains dan Sumber Alam telah dipilih bagi menganjurkan seminar ini.  Prosiding SKSM 2018 akan diwasitkan dan diterbitkan di dalam penerbitan yang berindeks Scopus.

Dari perspesktif yang lain, keindahan lanskap serta keunikan khazanah flora dan fauna di negeri Sabah akan menjadi daya penarik kepada para ahli akademik, penyelidik serta pihak industri  menyertai persidangan ini. Secara ringkasnya, penganjuran SKSM 2018 akan merancakkan lagi aktiviti penyelidikan khususnya dalam bidang sains dan matematik di Malaysia amnya dan di UMS khasnya. Persidangan ini akan menjadi medium percambahan idea dan seterusnya membuka cetusan inovasi baharu dalam bidang berkenaan.

_____________________________

Tarikh: 28-29 November 2018
Tempat: Kota Kinabalu, Sabah
Anjuran: Universiti Malaysia Sabah

Web: SKSM26

____________________________

Tarikh akhir hantar abstrak: 28 Mei 2018
Hantar penyertaan anda sekarang!