Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-25

sksm25

SIMPOSIUM KEBANGSAAN SAINS MATEMATIK KE-25 (SKSM25)
Simposium Kebangsaan Sains Matematik merupakan program tahunan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) dengan kerjasama Universiti Awam di Malaysia. Sains Matematik memainkan peranan yang penting dalam memacu pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara kerana aplikasinya yang meluas dalam pelbagai bidang. Dalam usaha untuk mencapai taraf negara berpendapatan tinggi serta merealisasikan Wawasan 2020, usaha kearah memantapkan bidang Sains Matematik amat penting sama ada dalam pendidikan sekolah, institusi pengajian tinggi dan industri. Ini memerlukan ide–ide inovatif daripada ahli akademik, saintis, penyelidik dan pakar-pakar di seluruh negara yang terlibat dengan Sains Matematik. UiTM Cawangan Pahang berbesar hati untuk meneruskan kecemerlangan Sains Matematik di negara ini dengan penganjuran SKSM25 yang bakal menghimpunkan ahli Sains Matematik daripada pelbagai disiplin.

_____________________________

Tarikh: 27-29 Ogos 2017
Tempat: Hotel MS Garden, Kuantan, Pahang
Anjuran: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang

Web: http://sksm.uitm.edu.my/sksm25

____________________________

Tarikh akhir hantar abstrak: 31 Mac 2017
Hantar penyertaan anda sekarang!