Senarai Pemenang Peraduan Esei
Friday, 12 November 2010
*TERKINI* Senarai Pemenang Peraduan Esei Sempena 40 Tahun Sains Matematik UKM Dan Persama
 

Memeriksa esei pelajar merupakan proses mengukur dan menilai yang memerlukan kriteria tertentu. Kriteria yang digunakan dalam pemarkahan esei berkaitan rapat dengan tujuan dan tugasan soalan. Kriteria ini terbahagi kepada tiga perkara iaitu:

(i)        Kriteria kandungan yang merujuk kepada penguasaan maklumat dan fakta yang berkaitan mengikut kehendak soalan.

(ii)       Kriteria pengolahan yang merujuk kepada kemahiran menghuraikan maklumat, fakta dan idea secara logik dan matang serta penggunaan bahasa yang tepat.

(iii)      Kriteria proses yang merujuk kepada aspek ketepatan, kemunasabahan, kelengkapan, ketekalan, keaslian, dan kreativiti dalam teknik penulisan.