Keputusan OMK 2009
Saturday, 31 October 2009
*TERKINI* Keputusan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2009

Keputusan penuh pemenang-pemenang bagi menerima Hadiah Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga (Kategori Individu dan Berpasukan) bagi setiap Peringkat (Bongsu, Muda, Sulong), Hadiah Saguhati serta Sijil Sanjungan Kehormat OMK 2009 adalah seperti berikut:

Senarai nama pemenang (senarai berkumpulan, hadiah saguhati dan sijil sanjungan kehormat) adalah disusun mengikut abjad. Keputusan adalah muktamad. Buat pengetahuan pihak tuan/puan, hadiah berbentuk wang tunai, hadiah saguhati dan sijil untuk semua pemenang hanya akan dihantar pada bulan Februari/Mac tahun hadapan (2010).

Walau bagaimanapun, Sijil Penyertaan untuk semua peserta OMK 2009 akan mula dihantar minggu hadapan dan dijangka semua sekolah/kolej yang menyertai OMK 2009 akan menerima sijil-sijil tersebut sebelum cuti sekolah bermula.

PERSAMA ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua sekolah/kolej dan peserta yang telah berjaya. Bagi yang kurang berjaya, jangan putus asa, terus berusaha dan mungkin boleh mencuba lagi tahun hadapan. PERSAMA juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan OMK 2009 ini. Adalah diharapkan kerjasama dan sokongan yang padu dapat terus diberikan pada masa akan datang demi perkembangan prestasi para pelajar dalam bidang Matematik khasnya.

Sekian, terima kasih.