Anugerah Persama 2009
Tuesday, 17 March 2009

Anugerah Persama 2009 anjuran Persatuan Matematik Malaysia (PERSAMA) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 April 2009.Hadiah wang tunai dan sijil penghargaan untuk dimenangi !

Kategori Anugerah

 

  • Buku (Karya Asli)
  • Buku (Karya Terjemahan)
  • Tesis Doktor Falsafah
  • Penyelidikan Operasi
  • Tesis Sarjana
  • Makalah Ilmiah
  • Rekacipta Matematik
  • Rencana Popular


Syarat - syarat Umum Pertandingan

 

  1. Calon adalah warganegara Malaysia.
  2. Keutamaan diberi kepada ahli PERSAMA.
  3. Karya tersebut mestilah diterbitkan dalam tahun 2008.
  4. Karya tersebut tidak dihasilkan oleh ahli Majlis Eksekutif PERSAMA / ahli jawatankuasa / panel hakim pertandingan (sepenuhnya atau bersama).
  5. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

 

Kriteria Penilaian

 

Buku Karya Asli

 

  1. Mestilah diterbitkan oleh penerbit tempatan.
  2. Buku-buku tersebut mestilah berunsurkan Sains Matematik, Sains Teknologi, Sains Komputer, Statistik, Ekonomi dan Matematik, Sains Kejuruteraan, Matematik Pendidikan, atau Sejarah dan Falsafah Matematik.
  3. Tahap ilmu universiti dalam bahasa Malaysia (atau Bahasa Inggeris) dan karya bukan ahli jawatankuasa/panel penilai/hakim pertandingan ini. 
  4. Kepribumian karya : kefasihan bahasa,nahu,keretorikan,ketepatan istilah,kepercayaan kepada Bahasa Melayu (atau Bahasa Inggeris) seperti terpancar menerusi ketiadaan istilah atau ungkapan yang dipetik daripada bahasa/sumber lain; bahan yang tidak asing daripada bahan/budaya setempat, atau serantau.
  5. Keaslian idea, bahan, pendekatan, pengolahan, dan penyusunan.
  6. Keihklasan, ketanggungjawaban dan keintegritian yang terpancar menerusi kejelasan hujah dan sumber.
  7. Ketelitian akademik.
  8. Mutu perbukuan : bentuk luarannya, rujukan, indeks dan sebagainya.
Buku Karya Terjemahan
  1. Tahap ilmu universiti dalam bahasa Melayu dan karya bukan ahli jawatan kuasa/panel penilai/hakim pertandingan ini.
  2. Keklasikan/keistimewaan buku aslinya daripada pelbagai aspek termasuk ketelitian akademiknya.
  3. Sumbangan penterjemah kepada ilmu yang diterjemahkannya, seperti menerusi tafsirannya, dan penjelasannya (bukan sekadar terjemahan harafiah).
  4. Mutu bahasa terjemahannya sama dengan dalam kriterium 2 dalam karya asli di atas.
  5. Mutu perbukuan: bentuk luarannya, rujukan, indeks dan sebagainya.
Makalah Ilmiah
  1. Mestilah diterbitkan oleh jurnal-jurnal tempatan.
  2. Ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Rekacipta Matematik
  1. Mempunyai elemen matematik.
  2. Rekacipta asli atau baru.
  3. Hasil dari penyelidikan.
  4. Mempunyai nilai komersil.
  5. Kepelbagaian gunaan.
  6. Mesra pengguna.
  7. Rekacipta yang telah memenangi mana-mana anugerah daripada mana-mana persatuan selain dari PERSAMA boleh dipertimbangkan.

Rencana Popular
  1. Penulisan berkenaan hendaklah terbit dalam akhbar atau majalah tempatan.
  2. Penulisan yang terbit dalam majalah dalaman yang agak luas skop pembacanya juga akan dipertimbangkan (contohnya terbitan dalam Universiti).
  3. Mempunyai elemen sains matematik.

Penyertaan

 

Sila hantarkan bahan-bahan ilmiah yang berkaitan ke alamat di bawah:

 

Penerbit UTM Press
(Urusetia Anugerah PERSAMA 2009)
No. 34-38 Jalan Kebudayaan 1,
Taman Universiti,
81300 Skudai, Johor.
(u/p En. Khalid bin Mazlan)

 

Tel : +607-5218180

Fax : +607-5218174

Emel : Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya

 

Pertanyaan

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

 

Prof. Madya Dr. Nor Haniza Sarmin

Penyelaras Anugerah PERSAMA 2009,

d/a Jabatan Matematik,

Fakulti Sains,

Universiti Teknologi Malaysia,

81310 UTM Skudai, Johor.

 

Tel : +607-5534867 (pej), 017-7557660 (h/p)

Fax : +607-5566162

Emel : Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya

 

MUAT TURUN! Poster Anugerah PERSAMA 2009