Surat Hebahan OMK2011 Penuh

on . Jumlah paparan: 94

Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA)
(Malaysian Mathematical Sciences Society)
Penyelaras
Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK)
d/a Jabatan Matematik, Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru, Johor
Tel: 07-5534275 Faks: 07-5566162 Mel-e: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pengetua/Pengarah
18 Januari 2011
Sekolah/Kolej  

Tuan/Puan,

Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) yang merupakan aktiviti tahunan kelolaan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan pada 18 Jun 2011 (Sabtu) jam 10:00 pagi – 12:30 tengahari di beberapa pusat pertandingan seluruh Malaysia. Seperti biasa, pertandingan ini terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu:

Kategori Bongsu (untuk Tingkatan 1 dan 2)
Kategori Muda (untuk Tingkatan 3 dan 4)
Kategori Sulong (untuk Tingkatan 5, 6 / Matrikulasi / yang setara dengannya)

Mulai tahun 2010, pusat penyelarasan OMK adalah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru, Johor dengan alamat surat menyurat, dan maklumat lainnya seperti di atas. Walau bagaimanapun, pusat pertandingan OMK 2011 masih lagi mengikut format tahun-tahun sebelumnya, iaitu peserta-peserta OMK 2011 akan menduduki pertandingan OMK 2011 di negeri masing-masing. Maklumat terperinci tentang pusat pertandingan akan dimaklumkan di laman web PERSAMA selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh pertandingan.

Untuk makluman, seramai 40 orang peserta OMK yang memperolehi pencapaian cemerlang akan disenarai pendek dan dipilih untuk menyertai Kem-kem Intensif IMO (International Mathematical Olympiad) kendalian pihak PERSAMA. IMO merupakan satu pertandingan matematik yang paling berprestij di dunia yang telah dianjurkan secara tahunan sejak tahun 1959. Di akhir kem intensif tersebut, seramai enam orang pelajar akan mewakili Malaysia dalam pertandingan IMO.

Berikut merupakan beberapa makluman berkaitan OMK 2011.

a) Yuran Penyertaan OMK2011

Untuk makluman,OMK adalah pertandingan berkumpulan. Bilangan peserta bagi setiap kumpulan adalah 4 orang, manakala bilangan kumpulan adalah tidak terhad. Berikut adalah yuran penyertaan bagi OMK 2011.

Bagi sekolah yang menjadi Ahli Institusi Persama
Pasukan pertama : RM 32.00
Pasukan berikutnya : RM 44.00

Bagi sekolah yang bukan Ahli Institusi Persama
RM 100.00 bagi setiap pasukan.

(Tuan/Puan boleh memohon untuk menjadi Ahli Institusi Persama dengan yuran sebanyak RM50.00 dan sekaligus menyertai pertandingan ini dengan kadar bayaran Ahli Institusi Persama)

b) Pendaftaran OMK 2011

Pendaftaran dan penyertaan sekolah/kolej hendaklah dibuat secara “online” di laman web http://persama.org.my.

Pendaftaran pasukan-pasukan sekolah/kolej tuan/puan boleh dilakukan melalui laman web tersebut dengan cara berikut:

1. Daftar Masuk laman web ini dengan menggunakan Login ID dan Kata Kunci. Jika belum mempunyai Login ID dan Kata Kunci, sila klik butang “Daftar” terlebih dahulu (setelah berdaftar, sila simpan Login ID dan Kata Kunci yang sama untuk kegunaan seterusnya). Login ID dan Kata Kunci yang telah digunakan sebelum ini masih boleh diguna semula.
2. Lengkapkan Borang Pendaftaran OMK di laman web ini. Lengkapkan maklumat sekolah, guru pengiring, bilangan pasukan, maklumat peserta dan lain-lain. 
3. Cetak Borang Bayaran OMK. Lengkapkan borang bayaran tersebut dan hantarkan borang tersebut bersama bayaran lengkap kepada Penyelaras OMK 2011 seperti alamat di atas.

c) Tarikh Tutup Pendaftaran OMK 2011

Pendaftaran penyertaan lengkap secara “online” beserta pembayaran yuran penyertaan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 9 Mei 2011. Aplikasi pendaftaran akan ditutup selepas 9 Mei 2011.

Tuan/puan juga boleh mendapatkan maklumat lengkap mengenai OMK 2011 melalui laman web rasmi PERSAMA seperti berikut: http://persama.org.my. Klik di bahagian “Info OMK 2011” (bahagian sebelah kiri laman web), dan klik pada bahagian “Surat Hebahan OMK 2011” untuk maklumat seterusnya, serta klik pada bahagian “Maklumat Lanjut OMK” untuk maklumat lanjut. Segala maklumat lain berkenaan OMK boleh didapati melalui laman web tersebut dan ia akan dikemas kini dari masa ke semasa.

Bagi menjana satu generasi yang berdaya matematik untuk menyahut cabaran sains dan teknologi dalam milenium ini, aktiviti ke arah pencapaian matematik yang lebih tinggi wajarlah disambut dengan penuh semangat. Justeru itu, PERSAMA amat mengalu-alukan penyertaan pelajar-pelajar dari sekolah/kolej tuan/puan. Setiap pelajar akan diberi sijil penyertaan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali)
Penyelaras Olimpiad Matematik Kebangsaan 2011
b/p Presiden PERSAMA
d/a Jabatan Matematik, Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru, Johor
Tel: 07-5534275 / 019-7066939

 

 

 

 

Perhatian:

1. Jika terdapat sebarang pertanyaan, Tuan/Puan juga boleh berhubung terus dengan Penyelaras-penyelaras berikut yang menyelaras sekolah / kolej mengikut negeri:

NamaNo. TelMel-eNegeri
Dr. Norzieha Mustapha 012-6472927 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Selangor & Kuala Lumpur
En. Taufiq Khairi Ahmad Khairuddin 019-3034383 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Sabah & Sarawak
Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali 019-7066939 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Pahang & Johor
Puan Shazirawati Md Puzi 019-7728782 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Kelantan & Terengganu
En. Mohd Ariff Admon
En. Adrian Syah Halifi
019-7574479
012-2354696

ariffadmon@utm.m

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Perak & Kedah
Puan Nur Arina Bazilah Aziz 019-7757202 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Perlis & Pulau Pinang
Dr. Anati Ali 013-2015301 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Negeri Sembilan & Melaka

2. PERSAMA juga telah menerbitkan buku himpunan soalan-soalan OMK. Sila layari laman web PERSAMA untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kaedah pembelian.