Anugerah PERSAMA 2016
Tuesday, 23 February 2016
SEMUA AHLI  AKADEMIK
MEREKA YANG BERKENAAN
 
Y.Bhg Dato’/ Datin/Prof/ Prof Madya/ Dr/ Tn/Pn/En/Cik,
 
PENCALONAN BAHAN-BAHAN ILMIAH UNTUK ANUGERAH PERSATUAN SAINS MATEMATIK MALAYSIA (PERSAMA) 2016
 
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan menganjurkan Anugerah PERSAMA 2016 yang akan diadakan semasa Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke 24 (SKSM24) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu pada 27-29 September 2016.
 
2. Sehubungan dengan itu,  saya bagi pihak PERSAMA memohon kerjasama dari pihak Y.Bhg Dato’/ Datin/Prof/ Prof Madya/ Dr/ Tn/Pn/En/Cik untuk mencalonkan bahan-bahan ilmiah terbitan Jabatan saudara atau pencalonan individu untuk Anugerah PERSAMA 2016 bagi kategori berikut.
 

  • Buku Karya Asli 
  • Buku Karya Terjemahan
  • Tesis Sarjana
  • Tesis Doktor Falsafah
  • Makalah Ilmiah 
  • Rekacipta Matematik 
  • Rencana popular 

3. Hadiah bagi pemenang utama dan beberapa pemenang saguhati berupa wang tunai serta sijil dari PERSAMA. Untuk makluman, pencalonan dari Jabatan amat digalakkan tetapi pencalonan dari individu juga turut diterima.  Bersama-sama ini dilampirkan garis panduan anugerah bagi setiap kategori untuk tindakan Y.Bhg Dato’/ Datin/Prof/ Prof Madya/ Dr/ Tn/Pn/En/Cik seterusnya (Lampiran I). Untuk makluman, tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 April 2016. Sila hantarkan bahan-bahan ilmiah yang berkaitan berserta borang pencalonan terus kepada saya di alamat di bawah. Borang pencalonan boleh juga didapati di laman web PERSAMA di www.persama.org.my.
 
4. Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan terus kepada saya.  Mohon kerjasama saudara untuk menghebahkan maklumat ini kepada semua staf akademik di Jabatan saudara.
 
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.  Wassalam.
 
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
 
Yang menjalankan tugas,
       
Prof  Madya Dr Norihan Md Arifin
Penyelaras Anugerah  PERSAMA 2016
d/a Jabatan Sains Matematik, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM  Serdang, Selangor
Tel : 03-89467266 (pej), 012-3928108 (h/p)
Mel-e : Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya / Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya

Lampiran:
Poster:[PERSAMA 2016]