Maklumat Terkini dan Pusat Pertandingan OMK 2015
Monday, 29 June 2015
Pertandingan OMK 2015 akan dijalankan serentak di seluruh Malaysia mengikut pusat pertandingan masing-masing yang telah ditetapkan pada 11 Julai 2015 (Sabtu ) 10.00 pagi - 12.30 tgh. Berikut adalah perkara-perkara penting berkaitan OMK 2015:
  • Bagi sekolah yang masih belum ada pusat pertandingan, senarai pusat pertandingan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.  
  • Maklumat berkenaan tempat peperiksaan (Pegawai untuk dihubungi dll) (jika berkaitan) akan dimaklumkan kemudian.
  • Bagi sekolah yang belum membuat pembayaran, sila berbuat demikian selewat - lewatnya 3 Julai 2015 (Jumaat).
  • Sila hubungi Penyelaras OMK jika nama sekolah saudara tiada dalam senarai.
  • Pastikan setiap peserta membawa kad pelajar dan kad pengenalan diri. 
  • Semua peserta tidak dibenarkan menggunakan mesin kira (calculator). 
  • Semua peserta digalakkan membawa set geometri. 

Lampiran: