Pencalonan Anugerah Persama 2013
Tuesday, 05 March 2013
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA), dengan kerjasama Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia akan menganjurkan Anugerah PERSAMA 2013 yang akan diadakan semasa Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke 21 (SKSM21) di Pulau Pinang pada 6-8 November 2013.

Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak PERSAMA memohon kerjasama dari pihak Y.Bhg Dato’/ Datin/Prof/ Prof Madya/ Dr/ Tn/Pn/En/Cik untuk mencalonkan bahan-bahan ilmiah terbitan Jabatan saudara atau pencalonan individu untuk Anugerah PERSAMA 2013 bagi kategori berikut:
 
  • Buku Karya Asli 
  • Buku Karya Terjemahan
  • Tesis Sarjana
  • Tesis Doktor Falsafah
  • Makalah Ilmiah 
  • Rekacipta Matematik 
  • Rencana popular 

Lampiran:

Hadiah bagi pemenang utama dan beberapa pemenang saguhati berupa wang tunai serta sijil dari PERSAMA. Untuk makluman, pencalonan dari Jabatan amat digalakkan tetapi pencalonan dari individu juga turut diterima. Bersama-sama ini dilampirkan garis panduan anugerah bagi setiap kategori untuk tindakan saudara seterusnya. Untuk makluman, tarikh tutup pencalonan adalah pada 31 Mac 2013. Sila hantarkan bahan-bahan ilmiah yang berkaitan berserta borang pencalonan terus kepada saya di alamat di bawah. Borang pencalonan boleh juga didapati di laman web PERSAMA di www.persama.org.my.

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan terus kepada saya. Mohon kerjasama saudara untuk menghebahkan maklumat ini kepada semua staf akademik di Jabatan saudara.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih. Wassalam.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Yang menjalankan tugas,
Prof. Madya Dr Norihan Md. Ariffin
Penyelaras Anugerah PERSAMA 2013
d/a Jabatan Matematik,
Universiti Putra Malaysia,43400
UPM Serdang, Selangor
Tel : 03-89467939 (pej), 0123928108 (h/p)
Mel-e : Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya / Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya