Maklumat Lanjut OMK 2015

on . Jumlah paparan: 1052

PERTANDINGAN OLIMPIAD MATEMATIK KEBANGSAAN 2015 (OMK15)

Olimpiad Matematik Kebangsaan pada tahun ini akan diadakan pada 11 JULAI 2015. Pertandingan ini dibahagikan kepada tiga (3) kategori iaitu kategori Bongsu, kategori Muda dan kategori Sulong.

Maklumat Penyertaan
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang bersekolah di Malaysia, dan pada tahun 2015 menuntut di tingkatan berikut:

  1. Ting. 1 atau 2 untuk kategori Bongsu
  2. Ting. 3 atau 4 untuk kategori Muda
  3. Ting. 5 atau 6 atau yang setara dengannya untuk kategori Sulong

2. Pertandingan ini merupakan pertandingan perseorangan dan pertandingan berpasukan.

3. Setiap peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan OMK 2015 akan diberikan Sijil Penyertaan.

4. Setiap sekolah boleh menghantar satu atau lebih pasukan. Setiap pasukan mestilah terdiri daripada empat (4) ahli sahaja. Setiap ahli dalam pasukan adalah juga merupakan calon perseorangan.

5. Bayaran pertandingan adalah seperti berikut:

  1. Sekolah/Kolej yang sudah menjadi Ahli Institusi PERSAMA boleh menyertai pertandingan ini dengan kadar bayaran yuran penyertaan seperti berikut:
              Yuran tahunan Ahli Institusi PERSAMA: RM50.00
              Pasukan pertama bagi setiap kategori: RM60.00
              Setiap pasukan tambahan: RM50.00
  2. Sekolah/Kolej yang bukan Ahli Institusi PERSAMA boleh menyertai pertandingan ini dengan kadar bayaran:
              Setiap pasukan: RM120.00
  3. Sekolah/Kolej yang bukan Ahli Institusi PERSAMA boleh memohon menjadi Ahli Institusi PERSAMA sekaligus menyertai pertandingan ini dengan kadar bayaran seperti di atas. Pendaftaran keahlian ini boleh dilakukan serentak dengan pendaftaran OMK.

6. Pertandingan akan diadakan pada:
          TARIKH : 11 JULAI 2015 (Sabtu)
          MASA : 10.00 pagi - 12.30 tengahari (2 jam 30 minit)
          TEMPAT : Pusat-pusat Pertandingan yang akan diumumkan di laman web selewat-lewatnya 2 minggu dari tarikh pertandingan OMK 2015

7. Format soalan Olimpiad ini ialah seperti berikut:
          Bahagian A: Terdiri daripada 6 soalan pendek
          Bahagian B: Terdiri daripada 3 soalan panjang

Bagi melihat contoh format soalan, sila lihat bahagian "Info OMK" di laman web ini dan item "Contoh Soalan - OMK _____ ".

Pertandingan ini berupa peperiksaan bertulis dalam dwi-bahasa, BAHASA MALAYSIA dan BAHASA INGGERIS. Calon dibenarkan menjawab menggunakan satu daripada bahasa tersebut.

8. Peraduan ini akan diadili oleh satu jawatankuasa khas persatuan dan keputusannya adalah muktamad. Sebarang aduan tidak akan dilayan.

9. Hadiah-hadiah akan dianugerahkan kepada pemenang berpasukan dan perseorangan.

          (i) Calon untuk tiga (3) peserta dan tiga (3) kumpulan terbaik akan menerima wang tunai dan sijil merit. Hadiah-hadiah adalah seperti berikut:

Hadiah Bongsu / Muda / Sulong
Perseorangan terbaik Wang tunai RM500 + sijil
Perseorangan kedua terbaik Wang tunai RM400 + sijil
Perseorangan ketiga terbaik Wang tunai RM300 + sijil
Kumpulan terbaik Wang tunai RM800 + sijil
Kumpulan kedua terbaik Wang tunai RM600 + sijil
Kumpulan ketiga terbaik Wang tunai RM400 + sijil

 

 

 

 

 

 

          Beberapa Hadiah Saguhati berserta sijil dan sejumlah Sijil Sanjungan Kehormat juga akan diberikan.

          (ii) Calon hanya layak memenangi satu hadiah sahaja dari senarai di atas iaitu samaada dalam berpasukan ATAU perseorangan sahaja. 

          (iii) Maklumat keputusan pertandingan boleh dicapai di laman web ini sekitar akhir bulan Oktober.

10. Segala perbelanjaan untuk mengikuti pertandingan ini adalah tanggungjawab peserta/sekolah/kolej.

11. Tarikh tutup bagi pendaftaran dan penerimaan borang pembayaran beserta bayaran ialah pada 29 MEI 2015. Pendaftaran selepas tarikh tutup akan dikenakan YURAN PENALTI (RM20 SATU PASUKAN). Manakala bayaran penyertaan boleh dilakukan selewat-lewatnya 19 Jun 2015. Maklumat lanjut boleh berhubung dengan Penyelaras OMK 2015 di alamat di bawah:

Dr Nor Muhainiah Mohd Ali
Penyelaras,
Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2015,
Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru, Johor
Tel: 607-5534275 Faks: 607-5566162
Mel-e: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.