Penyertaan Pasukan PERSAMA di Raffles Invitational Mathematical Olympiad 2014

on . Jumlah paparan: 232

Satu kontinjen dari PERSAMA telah menyertai pertandingan Raffles Invitational Mathematical Olympiad 2014 (RIMO 2014) yang telah diadakan di Raffles Institution, Singapura, pada 20-25 Januari 2014.

 

Kontinjen PERSAMA terdiri daripada: Khong Yi Kye (SMJK Sin Min, Kedah) Muhammad Haaziq Iqbal b. Roslaili (MRSM Pontian, Johor) Shazryl Shafyz b. Zulrushdi (SMK USJ 12, Selangor) Yeoh Zi Song (SMJK Chung Ling, Pulau Pinang).

 

Kontinjen tersebut telah diiringi oleh jurulatih En. Mohd Suhaimi bin Ramly. Para peserta tersebut telah dipilih melalui siri Bengkel International Mathematical Olympiad yang diadakan pada bulan Disember 2013 dan Januari 2014, anjuran bersama PERSAMA, Kementerian Pendidikan dan Pusat PERMATApintar Negara.

 

Pertandingan RIMO 2014 disertai oleh 20 buah sekolah menengah dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, China, Hong Kong dan Perancis. Pertandingan yang diadakan setiap dua tahun ini telah diasaskan pada tahun 2012, membabitkan pelajar sekolah menengah daripada sekolah-sekolah yang dijemput oleh pihak penganjur, Raffles Institution.

 

Pasukan PERSAMA berjaya memenangi dua pingat perak melalui saudara Khong Yi Kye dan saudara Yeoh Zi Song, serta dua anugerah Sanjungan Kehormat (Honorable Mention) melalui saudara Muhammad Haaziq Iqbal dan saudara Shazryl Shafyz.

 

Pada tahun 2012, pasukan PERSAMA telah memperoleh satu pingat perak melalui saudara Anzo Teh Zhao Yang (SMJK Chung Ling Butterworth) dan satu pingat gangsa melalui saudara Justin Lim Kai Ze (Sekolah Tinggi Kluang).

 

Soalan-soalan RIMO 2014: