Surat Hebahan OMK 2014

on . Jumlah paparan: 273

Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2014 

Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) yang merupakan aktiviti tahunan kelolaan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan pada 12 Julai 2014 (Sabtu) jam 10:00 pagi – 12:30 tengahari di beberapa pusat pertandingan seluruh Malaysia. Seperti biasa, pertandingan ini terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu:


Kategori Bongsu (untuk Tingkatan 1 dan 2)

Kategori Muda (untuk Tingkatan 3 dan 4)

Kategori Sulong (untuk Tingkatan 5, 6 / Matrikulasi / yang setara dengannya)

 

Seperti yang sedia maklum, pusat penyelarasan OMK adalah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru, Johor dengan alamat surat menyurat dan maklumat lainnya seperti di atas. Walau bagaimanapun, pusat pertandingan OMK 2014 masih lagi mengikut format tahun-tahun sebelumnya, iaitu peserta-peserta OMK 2014 akan menduduki pertandingan OMK 2014 di negeri masing-masing. Maklumat terperinci tentang pusat pertandingan akan dimaklumkan di laman web PERSAMA selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh pertandingan.

 

Untuk makluman, seramai 40 orang peserta OMK yang memperoleh pencapaian cemerlang akan disenarai pendek dan dipilih untuk menyertai kem-kem Intensif IMO (International Mathematical Olympiad) kendalian pihak PERSAMA. IMO merupakan satu pertandingan matematik yang paling berprestij di dunia yang telah dianjurkan secara tahunan sejak tahun 1959. Di akhir kem intensif tersebut, seramai enam orang pelajar akan dipilih mewakili Malaysia dalam pertandingan IMO. 

Berikut merupakan beberapa makluman berkaitan OMK 2014.


a) Yuran Penyertaan OMK 2014

Untuk makluman, OMK adalah pertandingan berkumpulan. Bilangan peserta bagi setiap kumpulan adalah 4 orang, manakala bilangan kumpulan adalah tidak terhad. Berikut adalah yuran penyertaan bagi OMK 2014.

Bagi sekolah yang menjadi Ahli Institusi PERSAMA

Pasukan pertama (setiap kategori) : RM 32.00

Pasukan berikutnya (dalam kategori yang sama): RM 44.00

 

Bagi sekolah yang bukan Ahli Institusi PERSAMA

RM 100.00 bagi setiap pasukan.

(Saudara boleh memohon untuk menjadi Ahli Institusi PERSAMA dengan yuran sebanyak RM50.00 dan sekaligus menyertai pertandingan ini dengan kadar bayaran Ahli Institusi PERSAMA)

 

b) Pendaftaran OMK 2014

Pendaftaran dan penyertaan sekolah/kolej hendaklah dibuat secara “online” di laman web http://persama.org.my. Pendaftaran pasukan-pasukan sekolah/kolej saudara boleh dilakukan melalui laman web tersebut dengan cara berikut:

1. Daftar Masuk laman web ini dengan menggunakan Login ID dan Kata Kunci. Jika belum mempunyai Login ID dan Kata Kunci, sila klik butang “Daftar” terlebih dahulu (setelah berdaftar, sila simpan Login ID dan Kata Kunci yang sama untuk kegunaan seterusnya). Login ID dan Kata Kunci yang telah digunakan sebelum ini masih boleh diguna semula.

2. Lengkapkan Borang Pendaftaran OMK di laman web ini. Lengkapkan maklumat sekolah, guru pengiring, bilangan pasukan, maklumat peserta dan lain-lain.

3. Cetak Borang Bayaran OMK. Lengkapkan borang bayaran tersebut dan hantarkan borang tersebut bersama bayaran lengkap kepada Penyelaras OMK 2014 seperti alamat di atas.

 

c) Tarikh Tutup Pendaftaran OMK 2014

Pendaftaran penyertaan lengkap secara “online” beserta pembayaran yuran penyertaan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 12 Jun 2014. Aplikasi pendaftaran akan ditutup selepas 12 Jun 2014

 

Saudara juga boleh mendapatkan maklumat lengkap mengenai OMK 2014 melalui laman web rasmi PERSAMA seperti berikut: http://persama.org.my. Klik di bahagian “Info OMK 2014” (bahagian sebelah kiri laman web), dan klik pada bahagian “Surat Hebahan OMK 2014” untuk maklumat seterusnya, serta klik pada bahagian “Maklumat Lanjut OMK” untuk maklumat lanjut. Segala maklumat lain berkenaan OMK boleh didapati melalui laman web tersebut dan ia akan dikemas kini dari masa ke semasa. 

 

Bagi menjana satu generasi yang berdaya matematik untuk menyahut cabaran sains dan teknologi dalam milenium ini, aktiviti ke arah pencapaian matematik yang lebih tinggi wajarlah disambut dengan penuh semangat. Justeru itu, PERSAMA amat mengalu-alukan penyertaan pelajar-pelajar dari sekolah/kolej saudara. Setiap peserta akan diberi sijil penyertaan.

 

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali)

Penyelaras Olimpiad Matematik Kebangsaan 2014,

b/p Presiden PERSAMA

 

Perhatian:

  1. Jika terdapat sebarang pertanyaan, saudara juga boleh berhubung terus dengan Penyelaras-penyelaras berikut yang menyelaras sekolah / kolej mengikut negeri:
  2.  

    Nama

    No. Tel.

    Mel-e

    Negeri

    Puan Nur Arina Bazilah Aziz

    07-5534235

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Negeri Sembilan & Melaka

    Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali

    07-5534275

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Pahang, Johor, Sabah & Sarawak

    Puan Fuaada Mohd Siam

    07-5534244

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Perlis & Pulau Pinang

    Puan Shazirawati Md. Puzi

    07-5534240

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Kelantan & Terengganu

    Puan Syarifah Zyurina Nordin

    07-5534341

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Kuala Lumpur & Selangor

    Puan Farhana Johar

    07-5534233

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Perak & Kedah

     

  3. PERSAMA juga telah menerbitkan buku himpunan soalan-soalan OMK. Sila layari laman web PERSAMA untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kaedah pembelian.