|
Mesyuarat Agung Tahunan 2008/09 |
|
Monday, 02 November 2009 |
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2008/09Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Penggal 2008/09 Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan pada 15 Disember 2009, jam 11.40 pagi, Ballroom, Hotel Mahkota, Melaka. Agenda untuk Mesyuarat Agung Tahunan:
1. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2007/08 2. Perkara Berbangkit daripada Minit Mesyuarat Agung 2007/08 3. Pembentangan Laporan Tahunan PERSAMA 2008/2009 4. Pembentangan Penyata Kewangan PERSAMA yang berakhir pada 31 Mei 2009 5. Pemilihan ahli-ahli Majlis untuk penggal 2009/10-2010/11 6. Pemilihan Juruaudit dan Pegawai Pilihanraya 7. Hal-hal lain yang pemberitahuannya secara bertulis mestilah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat.
Maslina Darus SK PERSAMA
|
|
|
Saturday, 31 October 2009 |
*TERKINI* Keputusan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2009Keputusan penuh pemenang-pemenang bagi menerima Hadiah Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga (Kategori Individu dan Berpasukan) bagi setiap Peringkat (Bongsu, Muda, Sulong), Hadiah Saguhati serta Sijil Sanjungan Kehormat OMK 2009 adalah seperti berikut: Senarai nama pemenang (senarai berkumpulan, hadiah saguhati dan sijil sanjungan kehormat) adalah disusun mengikut abjad. Keputusan adalah muktamad. Buat pengetahuan pihak tuan/puan, hadiah berbentuk wang tunai, hadiah saguhati dan sijil untuk semua pemenang hanya akan dihantar pada bulan Februari/Mac tahun hadapan (2010). Walau bagaimanapun, Sijil Penyertaan untuk semua peserta OMK 2009 akan mula dihantar minggu hadapan dan dijangka semua sekolah/kolej yang menyertai OMK 2009 akan menerima sijil-sijil tersebut sebelum cuti sekolah bermula. PERSAMA ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua sekolah/kolej dan peserta yang telah berjaya. Bagi yang kurang berjaya, jangan putus asa, terus berusaha dan mungkin boleh mencuba lagi tahun hadapan. PERSAMA juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan OMK 2009 ini. Adalah diharapkan kerjasama dan sokongan yang padu dapat terus diberikan pada masa akan datang demi perkembangan prestasi para pelajar dalam bidang Matematik khasnya. Sekian, terima kasih. |
|
|
Pencapaian membanggakan di Asia Pacific Mathematics Olympiad 2009 |
|
Thursday, 25 June 2009 |
|
Pasukan Malaysia telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan di pertandingan Asia Pacific Mathematics Olympiad 2009 (APMO 2009) yang telah diadakan di UiTM Shah Alam pada 10 Mac 2009 lalu. Menurut keputusan yang baru dikeluarkan oleh pihak penganjur, Korean Mathematical Society, pasukan Malaysia telah merangkul 1 Pingat Emas dan 4 Pingat Gangsa. Keputusan ini merupakan pencapaian terbaik negara sejak mengambil bahagian pada tahun 1998. |
|
Selanjutnya...
|
|
|
Jualan Buku Olimpiad Matematik sempena OMK2009 |
|
Friday, 19 June 2009 |
|
Jualan buku olimpiad matematik akan diadakan sempenan pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2009. Buku ini boleh dibeli dari wakil jualan di pusat-pusat pertandingan UM, UKM, UMP Pahang dan MMU Melaka. Di lokasi-lokasi lain, borang pesanan akan disediakan di kebanyakan tempat. Pesanan boleh dilakukan dengan mengisi borang tersebut. Buku akan diposkan kemudian. Sila dapatkan buku ini segera, sementara stok masih ada. |
|
|
Tuesday, 17 March 2009 |
|
Anugerah Persama 2009 anjuran Persatuan Matematik Malaysia (PERSAMA) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 April 2009.Hadiah wang tunai dan sijil penghargaan untuk dimenangi ! |
|
Selanjutnya...
|
|
|
Tuesday, 17 March 2009 |
|
Atas permintaan ramai, contoh format kertas soalan dan jawapan untuk OMK tahun 2007 kini boleh dimuatturun dari laman web PERSAMA. Format soalan yang baru ini telah bermula sejak OMK 2007 dan juga akan digunapakai untuk OMK 2009 tahun ini. Kertas soalan tersebut boleh diakses melalui menu Info OMK di sebelah kiri atau terus mengaksesnya di sini. |
|
|
<< Awal < Sebelumnya 1 2 3 Berikutnya > Akhir >>
|