Daftar Masuk
Iklan

 

 

 
Menu Utama
Muka Depan
Berita
Pengumuman
Hebahan
Info PERSAMA
Mengenai Persatuan
Ahli Jawatankuasa
Senarai Ahli Institusi PERSAMA
Pendaftaran Ahli PERSAMA
Warkah Berita PERSAMA
Kemaskini Maklumat Pengguna
Senarai Ahli PERSAMA Seumur Hidup
Info OMK 2017
Surat Hebahan OMK 2017
Borang Bayaran OMK
Info OMK
Keputusan OMK 2016
Keputusan Terdahulu
Contoh Soalan - OMK 2013
Contoh Soalan - OMK 2014
Contoh Soalan - OMK 2015



 
Anugerah PERSAMA 2012 PDF Cetak
Tuesday, 31 January 2012
PENCALONAN BAHAN-BAHAN ILMIAH UNTUK ANUGERAH PERSATUAN SAINS MATEMATIK MALAYSIA (PERSAMA) 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA), dengan kerjasama Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia akan menganjurkan Anugerah PERSAMA 2012 yang akan diadakan semasa Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke 20 (SKSM20) di Hotel Palm Garden, Putrajaya pada 18-20 Disember 2012. (http://www.ukm.my/ppsmfst/sksm20/)
Selanjutnya...
 
Pertandingan Permodelan Matematik Kebangsaan 2012 (PPMK 2012) PDF Cetak
Tuesday, 31 January 2012
PPMK merupakan satu pertandingan yang dianjurkan bertujuan untuk mencabar minda matematik anda dalam menyelesaikan sebarang persoalan atau permasalahan terbuka dengan cara yang bermatematik. PPMK akan menjadi pengalaman yang mampu meningkatkan keupayaan intelektual, pengetahuan, dan kemahiran bermatematik anda.
 
Selanjutnya...
 
Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society Vol 35 Num 1 2012 PDF Cetak
Tuesday, 31 January 2012
Klik sini untuk lihat isi kandungan penuh Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society Volume 35 • Number 1 • 2012
 
Anugerah PERSAMA 2012 PDF Cetak
Thursday, 19 January 2012
Pihak PERSAMA mengalu-alukan pencalonan dari guru-guru di sekolah untuk bahan-bahan ilmiah untuk Anugerah PERSAMA 2012 bagi kategori berikut.

  • Rekacipta Matematik
  • Rencana popular

Hadiah bagi pemenang utama dan pemenang saguhati berupa wang tunai serta sijil dari PERSAMA.
 
 
Seminar 1 Hari Pendedahan International Mathematical Olympiad (IMO) 19 November 2011 PDF Cetak
Monday, 14 November 2011
Sukacita dimaklumkan bahawa 41 orang pelajar di bawah berjaya disenaraipendek untuk mengikuti Seminar Pendedahan IMO yang tersebut di atas.
 
Selanjutnya...
 
Kem Kecemerlangan Matematik PERSAMA-UTM JB 2011 PDF Cetak
Friday, 28 October 2011
Kem Matematik adalah salah satu program khidmat masyarakat Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) yang melibatkan pelajar “galus” (antara gagal dan lulus bagi subjek matematik) dari sekolah-sekolah  rendah di kawasan desa di seluruh Malaysia. 

Objektif utama program ini ialah untuk mencetus kesedaran akan peranan matematik dalam kehidupan seharian, membentuk daya keyakinan dan motivasi matematik di kalangan pelajar desa, merangsang daya pemikiran dan kebolehan matematik pelajar desa dan mempertingkatkan penghayatan matematik pelajar desa. Program ini mengandungi pelbagai pengisian termasuk ceramah motivasi. Ia juga menyediakan suatu wadah yang memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti matematik yang menyeronokkan.
 
Selanjutnya...
 
Keputusan OMK 2011 PDF Cetak
Monday, 03 October 2011
Keputusan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2011

Keputusan penuh pemenang-pemenang bagi menerima Hadiah Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga (Kategori Individu dan Berpasukan) bagi setiap Peringkat (Bongsu, Muda, Sulong), Hadiah Saguhati serta Sijil Sanjungan Kehormat OMK 2011 adalah seperti berikut:
Selanjutnya...
 
Buku Rakan Matematik PDF Cetak
Tuesday, 14 June 2011
   

Abstrak :
Buku yang asalnya ditulis dalam bahasa Rusia ini telah dihasilkan oleh keadaan kebudayaan yang luar biasa oleh bekas Kesatuan Soviet yang memupuk pembentukan kumpulan pelajar, guru dan ahli matematik yang digelar “rakan matematik”.

Selanjutnya...
 
Maklumat Terkini Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2011 PDF Cetak
Wednesday, 01 June 2011
  • Pertandingan OMK 2011 akan berlangsung serentak di seluruh Malaysia pada 18 Jun 2011 (Sabtu), Jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
  • Setiap peserta dari sekolah terlibat diminta berada di pusat pertandingan masing-masing selewat-lewatnya sejam sebelum waktu pertandingan untuk urusan pendaftaran. (Sila pastikan setiap pelajar membawa kad pengenalan atau kad pelajar)
  • Pelajar tidak dibenarkan membawa dan menggunakan buku sifir dan mesin hitung semasa pertandingan.
  • Sila lihat lampiran untuk mengetahui Pusat Pertandingan OMK2011 bagi sekolah masing-masing.
 
Lampiran:
 
Surat Hebahan OMK2011 PDF Cetak
Monday, 14 February 2011

Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2011

 Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) yang merupakan aktiviti tahunan kelolaan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan pada 18 Jun 2011 (Sabtu) jam 10:00 pagi – 12:30 tengahari di beberapa pusat pertandingan seluruh Malaysia. Seperti biasa, pertandingan ini terdiri daripada tiga (3) kategori.

 

Berikutnya...

 
Pesanan Buku PERSAMA (OMK) PDF Cetak
Wednesday, 02 February 2011
. PERSAMA menerbitkan sebuah buku yang berkaitan dengan pertandingan olimpiad matematik (sila lihat dalam borang pesanan ).  
Buku ini hanya boleh dipesan melalui PERSAMA. Harga senaskah ialah RM15 (termasuk bayaran pos).
Selanjutnya...
 
<< Awal < Sebelumnya 1 2 3 4 5 6 7 8 Berikutnya > Akhir >>

Hasil 56 - 66 dari 86
a site by Aidan    
admin

© 2007 PERSAMA