Daftar Masuk
Iklan

 

 

 
Menu Utama
Muka Depan
Berita
Pengumuman
Hebahan
Info PERSAMA
Mengenai Persatuan
Ahli Jawatankuasa
Senarai Ahli Institusi PERSAMA
Pendaftaran Ahli PERSAMA
Warkah Berita PERSAMA
Kemaskini Maklumat Pengguna
Senarai Ahli PERSAMA Seumur Hidup
Info OMK 2017
Surat Hebahan OMK 2017
Borang Bayaran OMK
Info OMK
Keputusan OMK 2016
Keputusan Terdahulu
Contoh Soalan - OMK 2013
Contoh Soalan - OMK 2014
Contoh Soalan - OMK 2015



 
Surat Hebahan OMK 2014 PDF Cetak
Monday, 10 February 2014

Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2014 

Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) yang merupakan aktiviti tahunan kelolaan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan pada 12 Julai 2014 (Sabtu) jam 10:00 pagi 12:30 tengahari di beberapa pusat pertandingan seluruh Malaysia. Seperti biasa, pertandingan ini terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu:

Selanjutnya...
 
Penyertaan Pasukan PERSAMA di Raffles Invitational Mathematical Olympiad 2014 PDF Cetak
Wednesday, 05 February 2014

Satu kontinjen dari PERSAMA telah menyertai pertandingan Raffles Invitational Mathematical Olympiad 2014 (RIMO 2014) yang telah diadakan di Raffles Institution, Singapura, pada 20-25 Januari 2014.

 

Kontinjen PERSAMA terdiri daripada: Khong Yi Kye (SMJK Sin Min, Kedah) Muhammad Haaziq Iqbal b. Roslaili (MRSM Pontian, Johor) Shazryl Shafyz b. Zulrushdi (SMK USJ 12, Selangor) Yeoh Zi Song (SMJK Chung Ling, Pulau Pinang).

 

Kontinjen tersebut telah diiringi oleh jurulatih En. Mohd Suhaimi bin Ramly. Para peserta tersebut telah dipilih melalui siri Bengkel International Mathematical Olympiad yang diadakan pada bulan Disember 2013 dan Januari 2014, anjuran bersama PERSAMA, Kementerian Pendidikan dan Pusat PERMATApintar Negara.

 

Pertandingan RIMO 2014 disertai oleh 20 buah sekolah menengah dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, China, Hong Kong dan Perancis. Pertandingan yang diadakan setiap dua tahun ini telah diasaskan pada tahun 2012, membabitkan pelajar sekolah menengah daripada sekolah-sekolah yang dijemput oleh pihak penganjur, Raffles Institution.

 

Pasukan PERSAMA berjaya memenangi dua pingat perak melalui saudara Khong Yi Kye dan saudara Yeoh Zi Song, serta dua anugerah Sanjungan Kehormat (Honorable Mention) melalui saudara Muhammad Haaziq Iqbal dan saudara Shazryl Shafyz.

 

Pada tahun 2012, pasukan PERSAMA telah memperoleh satu pingat perak melalui saudara Anzo Teh Zhao Yang (SMJK Chung Ling Butterworth) dan satu pingat gangsa melalui saudara Justin Lim Kai Ze (Sekolah Tinggi Kluang).

 

Soalan-soalan RIMO 2014:
 
Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society Vol 37 Num 1 2014 PDF Cetak
Monday, 16 December 2013
Klik sini untuk lihat isi kandungan penuh Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society Volume 37 • Number 1 • 2014
 
Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-21 PDF Cetak
Friday, 18 October 2013


Klik sini untuk lihat isi kandungan penuh Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke - 21


Selanjutnya...
 
Keputusan OMK 2013 PDF Cetak
Wednesday, 16 October 2013
Keputusan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2013

Keputusan penuh pemenang-pemenang bagi menerima Hadiah Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga (Kategori Individu dan Berpasukan) bagi setiap Peringkat (Bongsu, Muda, Sulong), Hadiah Saguhati serta Sijil Sanjungan Kehormat OMK 2013 adalah seperti berikut:
Selanjutnya...
 
Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society Volume 36 Number 4 PDF Cetak
Tuesday, 17 September 2013
Klik sini untuk lihat isi kandungan penuh Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society Volume 36 • Number 4 • 2013
 
Maklumat Terkini dan Pusat Pertandingan OMK 2013 PDF Cetak
Thursday, 27 June 2013
    • Pertandingan OMK 2013 akan berlangsung serentak di seluruh Malaysia pada 13 Julai 2013 (Sabtu), Jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
    • Setiap peserta dari sekolah terlibat diminta berada di pusat pertandingan masing-masing selewat-lewatnya sejam sebelum waktu pertandingan untuk urusan pendaftaran. (Sila pastikan setiap pelajar membawa kad pengenalan atau kad pelajar)
    • Pelajar tidak dibenarkan membawa dan menggunakan buku sifir dan mesin hitung semasa pertandingan.
    • Sila lihat lampiran untuk mengetahui Pusat Pertandingan OMK 2013 bagi sekolah masing-masing.
    • Surat Panggilan Menyertai OMK 2013 (bagi tujuan permohonan penempahan bas sekolah dan lain-lain) boleh di cetak dari lampiran.
    • Sebarang pertanyaan boleh hubungi 07-5534275 (Penyelaras OMK 2013)


    Sila rujuk senarai penuh Senarai Penuh Pusat Pertandingan OMK 2013.


    Sila rujuk Surat Panggilan OMK 2013.

 
Pendaftaran Online OMK 2013 PDF Cetak
Friday, 14 June 2013
Dimaklumkan tarikh tutup pendaftaran online OMK 2013 dilanjutkan kepada 17 Jun 2013.
 
Bengkel Persama oleh Prof Adem Kilicman PDF Cetak
Friday, 31 May 2013
BENGKEL SEPARUH HARI

Title: TBA
Dikendalikan oleh: Prof Adem Kilicman (UPM)
Tempat: Puri Pujangga, UKM

ATURCARA

8 Julai 2013
  •  8.30 pagi -  9.00 pagi : Pendaftaran
  •  9.00 pagi -  9.45 pagi : SESI I - Pengenalan
  • 10.00 pagi - 10.30 pagi : Kudapan
  • 10.30 pagi - 11.25 pagi : SESI II - Aplikasi
  • 12.00 tgh -  1.00 ptg : Mesyuarat Agung PERSAMA &Pemilihan Ahli Majlis Baharu PERSAMA
  •  1.00 ptg -  2.30 ptg : Penutup & Merarau

Nota: Ahli dan Bukan Ahli PERSAMA dijemput hadir secara percuma.

Sila Maklumkan kehadiran kepada SK PERSAMA melalui mel-e: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya atau Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya sebelum 28 hb Jun 2013 bagi memudahkan pihak PERSAMA menguruskan jamuan.

 
Pencalonan Ahli-Ahli Majlis penggal 2013/2014 - 2014/2015 PDF Cetak
Friday, 31 May 2013

Pencalonan Ahli-Ahli Majlis penggal 2013/2014 - 2014/2015 sudah bermula. Pencalonan-pencalonan yang telah ditandatangani oleh pencadang, penyokong dan calon, dipelawa untuk jawatan-jawatan berikut. 


  • Presiden
  • Naib Presiden (2 jawatan)
  • Setiausaha Kehormat
  • Penolong Setiausaha Kehormat
  • Bendahari Kehormat
  • Penolong Bendahari Kehormat
  • Ahli Jawatankuasa (4 jawatan)

Pencalonan-pencalonan sesudah ditandatangani, mesti sampai kepada Pegawai Pilihanraya, Professor Dr Aziz Jemain, Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan tidak lewat daripada 2 Julai  2013


Sila muatturun borang pencalonan.
Ahli-ahli yang ingin mendapat lebih borang sila buat demikian dengan salinan foto.

 
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2012/13 PDF Cetak
Wednesday, 22 May 2013

Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Penggal 2012/13 Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan pada 8 Julai 2013, jam 12 tgh,  Puri Pujangga, UKM.


Agenda untuk Mesyuarat Agung Tahunan

1. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2011/12
2. Perkara Berbangkit daripada Minit Mesyuarat Agung 2011/12
3. Pembentangan Laporan Tahunan PERSAMA 2012/2013
4. Pembentangan Penyata Kewangan PERSAMA yang berakhir pada 31
    Mei 2013
5. Pemilihan ahli-ahli Majlis untuk penggal 2012/13-2013/14
6. Pemilihan Juruaudit dan Pegawai Pilihanraya
7. Hal-hal lain yang pemberitahuannya secara bertulis mestilah disampaikan kepada
    Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat.

 
<< Awal < Sebelumnya 1 2 3 4 5 6 7 8 Berikutnya > Akhir >>

Hasil 23 - 33 dari 80
a site by Aidan    
admin

© 2007 PERSAMA