Maklumat Lanjut OMK 2013 PERTANDINGAN OLIMPIAD MATEMATIK KEBANGSAAN 2013 (OMK13) Olimpiad Matematik Kebangsaan pada tahun ini akan diadakan pada 13 JULAI 2013. Pertandingan ini dibahagikan kepada tiga (3) kategori iaitu kategori Bongsu, kategori Muda dan kategori Sulong. Maklumat Penyertaan1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang bersekolah di Malaysia, dan pada tahun 2013 menuntut di tingkatan berikut: - Ting. 1 atau 2 untuk kategori Bongsu
- Ting. 3 atau 4 untuk kategori Muda
- Ting. 5 atau 6 atau yang setara dengannya untuk kategori Sulong
2. Pertandingan ini merupakan pertandingan perseorangan dan pertandingan berpasukan. 3. Setiap peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan OMK 2013 akan diberikan Sijil Penyertaan. 4. Setiap sekolah boleh menghantar satu atau lebih pasukan. Setiap pasukan mestilah terdiri daripada empat (4) ahli sahaja. Setiap ahli dalam pasukan adalah juga merupakan calon perseorangan. 5. Bayaran pertandingan adalah seperti berikut: - Sekolah/Kolej yang sudah menjadi Ahli Institusi PERSAMA boleh menyertai pertandingan ini dengan kadar bayaran yuran penyertaan seperti berikut:
Yuran tahunan Ahli Institusi PERSAMA: RM50.00 Pasukan pertama bagi setiap kategori: RM32.00 Setiap pasukan tambahan: RM44.00 - Sekolah/Kolej yang tidak ingin menjadi Ahli Institusi PERSAMA boleh menyertai pertandingan ini dengan kadar bayaran:
Setiap pasukan: RM100.00 - Sekolah/Kolej yang bukan Ahli Institusi PERSAMA boleh memohon menjadi Ahli Institusi PERSAMA sekaligus menyertai pertandingan ini dengan kadar bayaran seperti di atas.
6. Pertandingan akan diadakan pada: TARIKH : 13 JULAI 2013 (Sabtu) MASA : 10.00 pagi - 12.30 tengahari (2 jam 30 minit) TEMPAT : Pusat-pusat Pertandingan yang akan diumumkan di laman web selewat-lewatnya 2 minggu dari tarikh pertandingan OMK 2013
7. Format soalan Olimpiad ini ialah seperti berikut: Bahagian A: Terdiri daripada 6 soalan pendek Bahagian B: Terdiri daripada 3 soalan panjang Bagi melihat contoh format soalan, sila lihat bahagian "Info OMK" di laman web ini dan item "Contoh Soalan - OMK _____ ". Pertandingan ini berupa peperiksaan bertulis dalam dwi-bahasa, BAHASA MALAYSIA dan BAHASA INGGERIS. Calon dibenarkan menjawab menggunakan satu daripada bahasa tersebut.
8. Peraduan ini akan diadili oleh satu jawatankuasa khas persatuan dan keputusannya adalah muktamad. Sebarang aduan tidak akan dilayan. 9. (a) Hadiah-hadiah akan dianugerahkan kepada pemenang berpasukan dan perseorangan. Pemenang perseorangan terbaik dan pasukan terbaik masing-masing akan mendapat Piala Pusingan (Piala Pusingan boleh disimpan sehingga pertandingan berikutnya). Tiga (3) peserta dan tiga (3) kumpulan terbaik akan menerima wang tunai dan sijil merit. Hadiah-hadiah adalah seperti berikut: | Hadiah | Bongsu / Muda / Sulong | | Perseorangan terbaik | Piala pusingan + wang tunai RM500 + sijil | | Perseorangan kedua terbaik | Wang tunai RM400 + sijil | | Perseorangan ketiga terbaik | Wang tunai RM300 + sijil | | Kumpulan terbaik | Piala pusingan + wang tunai RM800 + sijil | | Kumpulan kedua terbaik | Wang tunai RM600 + sijil | | Kumpulan ketiga terbaik | Wang tunai RM400 + sijil |
Beberapa Hadiah Saguhati berserta sijil dan sejumlah Sijil Sanjungan Kehormat juga akan diberikan. (b) Calon hanya layak memenangi satu hadiah sahaja dari senarai di atas iaitu samaada dalam berpasukan ATAU perseorangan sahaja. (c) Maklumat keputusan pertandingan boleh dicapai di laman web ini sekitar akhir bulan Oktober. 10. Segala perbelanjaan untuk mengikuti pertandingan ini adalah tanggungjawab peserta/sekolah/kolej. 11. Tarikh tutup bagi pendaftaran dan penerimaan borang pembayaran beserta bayaran ialah pada 13 JUN 2013. Maklumat lanjut boleh berhubung dengan Penyelaras OMK 2013 di alamat di bawah: Dr Nor Muhainiah Mohd Ali
Jabatan Sains Matematik
Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru, Johor
Tel: 607-5534275, Fax: 607-5566162
E mail:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
|