Daftar Masuk
Iklan

 

 

 
Menu Utama
Muka Depan
Berita
Pengumuman
Hebahan
Info PERSAMA
Mengenai Persatuan
Ahli Jawatankuasa
Senarai Ahli Institusi PERSAMA 2012
Pendaftaran Ahli PERSAMA
Warkah Berita PERSAMA
Senarai Ahli PERSAMA Seumur Hidup
Kemaskini Maklumat Pengguna
Info OMK 2014
Surat Hebahan OMK 2014
Borang Bayaran OMK
Info OMK
Keputusan 2013
Keputusan Terdahulu
Contoh Soalan - OMK 2010
Contoh Soalan - OMK 2011



 
Surat Hebahan OMK 2012
Thursday, 12 January 2012
Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA)
(Malaysian Mathematical Sciences Society)
Penyelaras
Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK)
d/a Jabatan Matematik, Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru, Johor
Tel: 07-5534275 Faks: 07-5566162 Mel-e: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya

 

Pengetua/Pengarah
12 Januari 2012
Sekolah/Kolej 

 

Saudara,

Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2012

 

Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) yang merupakan aktiviti tahunan kelolaan Persatuan Sains Matematik  alaysia (PERSAMA) akan diadakan pada 7 Julai 2012 (Sabtu) jam 10:00 pagi – 12:30  tengahari di beberapa pusat pertandingan seluruh Malaysia. Seperti biasa, pertandingan ini terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu:

 

  • Kategori Bongsu (untuk Tingkatan 1 dan 2)
  • Kategori Muda (untuk Tingkatan 3 dan 4)
  • Kategori Sulong (untuk Tingkatan 5, 6 / Matrikulasi / yang setara dengannya)

 

Mulai tahun 2010, pusat penyelarasan OMK adalah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru, Johor dengan alamat surat menyurat dan maklumat lainnya seperti di atas. Walau bagaimanapun, pusat pertandingan OMK 2012 masih lagi mengikut format tahun-tahun sebelumnya, iaitu peserta-peserta OMK 2012 akan menduduki pertandingan OMK 2012 di negeri masing-masing. Maklumat terperinci tentang pusat pertandingan akan dimaklumkan di laman web PERSAMA selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh pertandingan.

 

Untuk makluman, seramai 40 orang peserta OMK yang memperoleh pencapaian cemerlang akan disenarai pendek dan dipilih untuk menyertai kem-kem Intensif IMO (International Mathematical Olympiad) kendalian pihak PERSAMA. IMO merupakan satu pertandingan matematik yang paling berprestij di dunia yang telah dianjurkan secara tahunan sejak tahun 1959. Di akhir kem intensif tersebut, seramai enam orang pelajar akan dipilih mewakili Malaysia dalam pertandingan IMO.

 

Berikut merupakan beberapa makluman berkaitan OMK 2012.

 

a) Yuran Penyertaan OMK2012

 

Untuk makluman,OMK adalah pertandingan berkumpulan. Bilangan peserta bagi setiap kumpulan adalah 4 orang, manakala bilangan kumpulan adalah tidak terhad. Berikut adalah yuran penyertaan bagi OMK 2012.

 

Bagi sekolah yang menjadi Ahli Institusi Persama
Pasukan pertama : RM 32.00
Pasukan berikutnya : RM 44.00

 

Bagi sekolah yang bukan Ahli Institusi Persama
RM 100.00 bagi setiap pasukan.

 

(Saudara boleh memohon untuk menjadi Ahli Institusi Persama dengan yuran sebanyak RM50.00 dan sekaligus menyertai pertandingan ini dengan kadar bayaran Ahli Institusi Persama)

 

b) Pendaftaran OMK 2012

 

Pendaftaran dan penyertaan sekolah/kolej hendaklah dibuat secara “online” di laman web http://persama.org.my.

Pendaftaran pasukan-pasukan sekolah/kolej tuan/puan boleh dilakukan melalui laman web tersebut dengan cara berikut:

 

1. Daftar Masuk laman web ini dengan menggunakan Login ID dan Kata Kunci. Jika belum mempunyai Login ID dan Kata Kunci, sila klik butang “Daftar” terlebih dahulu (setelah berdaftar, sila simpan Login ID dan Kata Kunci yang sama untuk kegunaan seterusnya). Login ID dan Kata Kunci yang telah digunakan sebelum ini masih boleh diguna semula.


2. Lengkapkan Borang Pendaftaran OMK di laman web ini. Lengkapkan maklumat sekolah, guru pengiring, bilangan pasukan, maklumat peserta dan lain-lain.


3. Cetak Borang Bayaran OMK. Lengkapkan borang bayaran tersebut dan hantarkan borang tersebut bersama bayaran lengkap kepada Penyelaras OMK 2012 seperti alamat di atas.

 

c) Tarikh Tutup Pendaftaran OMK 2012

 

Pendaftaran penyertaan lengkap secara “online” beserta pembayaran yuran penyertaan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2012. Aplikasi pendaftaran akan ditutup selepas 31 Mei 2012.

 

Tuan/puan juga boleh mendapatkan maklumat lengkap mengenai OMK 2012 melalui laman web rasmi PERSAMA seperti berikut: http://persama.org.my. Klik di bahagian “Info OMK 2012” (bahagian sebelah kiri laman web), dan klik pada bahagian “Surat Hebahan OMK 2012” untuk maklumat seterusnya, serta klik pada bahagian “Maklumat Lanjut OMK” untuk maklumat lanjut. Segala maklumat lain berkenaan OMK boleh didapati melalui laman web tersebut dan ia akan dikemas kini dari masa ke semasa.

 

Bagi menjana satu generasi yang berdaya matematik untuk menyahut cabaran sains dan teknologi dalam milenium ini, aktiviti ke arah pencapaian matematik yang lebih tinggi wajarlah disambut dengan penuh semangat. Justeru itu, PERSAMA amat mengalu-alukan penyertaan pelajar-pelajar dari sekolah/kolej tuan/puan. Setiap pelajar akan diberi sijil penyertaan.

 

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,

 

(Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali)
Penyelaras Olimpiad Matematik Kebangsaan 2012
b/p Presiden PERSAMA
d/a Jabatan Matematik, Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru, Johor
Tel: 07-5534275 / 019-7066939

 

 

Perhatian:

1. Jika terdapat sebarang pertanyaan, saudara juga boleh berhubung terus dengan Penyelaras-penyelaras berikut yang menyelaras sekolah / kolej mengikut negeri:

 

NamaNo. TelMel-eNegeri
Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali 07-5534275 Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya Pahang, Johor, Sabah & Sarawak
Dr. Norzieha Mustapha 07-5534240 Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya Perak & Kedah
Dr. Anati Ali 07-5534262 Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya Negeri Sembilan & Melaka
Puan Wan Rukaida Wan Abdullah07-5534341 Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya Kelantan & Terengganu
Puan Syarifah Zyurina Nordin07-5534341 Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya Kuala Lumpur & Selangor
En. Adrian Syah Halifi 07-5334225 Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya Perlis & Pulau Pinang

 

2. PERSAMA juga telah menerbitkan buku himpunan soalan-soalan OMK. Sila layari laman web PERSAMA untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kaedah pembelian.

 

 

 

 

 
a site by Aidan    
admin

© 2007 PERSAMA