Daftar Masuk
Iklan

 

 

 
Menu Utama
Muka Depan
Berita
Pengumuman
Hebahan
Info PERSAMA
Mengenai Persatuan
Ahli Jawatankuasa
Senarai Ahli Institusi PERSAMA
Pendaftaran Ahli PERSAMA
Warkah Berita PERSAMA
Kemaskini Maklumat Pengguna
Senarai Ahli PERSAMA Seumur Hidup
Info OMK 2017
Surat Hebahan OMK 2017
Borang Bayaran OMK
Info OMK
Keputusan OMK 2016
Keputusan Terdahulu
Contoh Soalan - OMK 2013
Contoh Soalan - OMK 2014
Contoh Soalan - OMK 2015



 
Senarai Pemenang Peraduan Esei
Friday, 12 November 2010

PERADUAN MENULIS ESEI

SEMPENA 40 TAHUN SAINS MATEMATIK UKM DAN PERSAMA

 

 

LAPORAN JURI

 

Memeriksa esei pelajar merupakan proses mengukur dan menilai yang memerlukan kriteria tertentu. Kriteria yang digunakan dalam pemarkahan esei berkaitan rapat dengan tujuan dan tugasan soalan. Kriteria ini terbahagi kepada tiga perkara iaitu:

(i)        Kriteria kandungan yang merujuk kepada penguasaan maklumat dan fakta yang berkaitan mengikut kehendak soalan.

(ii)       Kriteria pengolahan yang merujuk kepada kemahiran menghuraikan maklumat, fakta dan idea secara logik dan matang serta penggunaan bahasa yang tepat.

(iii)      Kriteria proses yang merujuk kepada aspek ketepatan, kemunasabahan, kelengkapan, ketekalan, keaslian, dan kreativiti dalam teknik penulisan.

 

Kumpulan A (TINGKATAN 1 & 2)

Terdapat beberapa kekurangan dalam penulisan esei, antaranya seperti kurangnya kreativiti, fakta dan unsur tempatan serta pengolahan yg lemah. Fakta yang diperoleh daripada sumber yang terhad bilangannya hanya disalin semula ke dalam penulisan tanpa pengolahan dan penghuraian. Malah terdapat penulis yang tidak menyatakan sumber rujukan maklumat atau fakta yang diperoleh. Selain itu, sebahagian besar esei yang diterima yang keluar daripada tajuk esei tersebut, seperti esei yang bertajuk “Sejarah phi (p)” sebenarnya menceritakan sejarah nombor manakala esei bagi tajuk “Matematik dan saya” pula tidak terdapat unsur saya di dalam penulisan, hanya berkisar mengenai matematik sahaja. Dalam esei bertajuk “Keperluan Matematik” penulis lebih cenderung untuk bercerita mengenai tabii matematik itu sendiri. Ada di antara esei yang diterima dikategorikan sebagai terlalu pendek, iaitu satu muka surat dan tulisan yang sukar untuk dibaca kerana bertulis tangan.

 

Kumpulan B (TINGKATAN 3 & 4)

Esei bagi kumpulan B terbahagi kepada tiga, iaitu bersifat cerita, fakta dan tokoh matematik seperti Al-Khwarizmi, Al-Biruni, Newton dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa kekurangan dalam penulisan esei, antaranya bagi esei untuk tajuk tokoh matematik, didapati fakta-fakta yang dipaparkan agak sama (sumber rujukan yang sama), terdapat kesalahan data atau maklumat serta kurangnya daya pengkaryaan. Bagi esei yang berbentuk cerita dan fakta pula, didapati penulis mempunyai daya berkarya yang baik namun fakta berbentuk matematik agak simplisitik. Terdapat beberapa penulisan yang baik. Justeru pihak panel hakim memutuskan untuk memberikan tiga hadiah utama untuk tiga esei terbaik, tempat pertama, kedua dan ketiga serta empat hadiah saguhati.

 

Kumpulan C (TINGKATAN 5 & 6 DAN MATRIKULASI)

Esei yang diterima bagi kumpulan C mempunyai gaya penulisan dan pengolahan yang baik. Penulis umumnya berjaya menonjolkan hubungan antara matematik dengan seni dan hubungan matematik dengan bidang ilmu yang lain. Seni dalam konteks ini termasuklah seni muzik, senibina, budaya dan seumpamanya. Esei yang memenangi sebagai esei terbaik mempunyai penghuraian hubungan matematik dengan seni yang menarik, tersusun dan bahasa yang lancar.  Bagi esei yang memenangi tempat kedua pula, penulis telah berjaya menonjolkan keindahan siri nombor serta pentafsiran yang menghubungkan aspek kuantitatif dengan kualitatif. Malah penulis turut memberi pentafsiran nombor yang dihubungkan dengan suasana harian, nisbah ciptaan Ilahi di alam semesta serta hubungan seni bina dan kesenian. Terdapat juga esei yang memaparkan hubungan matematik dengan bidang kejuruteraan dan kefalsafahan serta kepentingan matematik dalam kehidupan seharian. Tokoh matematik turut dijadikan sebagai model ilmuan yang menjana perubahan dalam revolusi pemikiran.



NAMA PEMENANG

 

KATEGORI A

1    AHMAD KHAIRUL SAFUAN BIN BAHARUDIN    960229-03-6289    MRSM BALIK PULAU PULAU PINANG
2    ABDUL HADI BIN ZALHE    960407-33-5039    MRSM KUALA LIPIS, PAHANG
3    MUHAMMAD FARID ZAHIN BIN AYUB    970113-23-511    MRSM BATU PAHAT JOHOR

Saguhati
MUHAMMAD RAEES BIN SHAIK SAFFARUDDIN    960212-07-5775    MRSM TRANSKRIAN NIBONG TEBAL SEBERANG PRAI P.PINANG
NABIEL B. MOHD. HAMZAH     970527-02-5843    MRSM TUN ABDUL RAZAK, PEKAN, PAHANG

 

KATEGORI B

1    NOOR AISYAH BINTI ABDULLAH    940625-11-5562    MRSM KUANTAN, PAHANG
2    KHAIZUREEN BINTI DARWIS    940425-01-6586    MRSM BATU PAHAT, JOHOR
3    NOR AMAFAZIRA BINTI ALIAS    940208-03-5328    SEK. MEN. SAINS MACANG, KELANTAN

Saguhati
MOHAMAD NASRUL IKMAL BIN MD AIDID    941215-14-6555    MRSM KUALA LIPIS, PAHANG
NURASIAH BT ZAKARIA    951111-02-5424    MRSM KUALA LIPIS, PAHANG
MUHAMMAD NUR AFNAN BIN NAZRI    951109-10-5003    SEK. MEN. SUL. ABDUL AZIZ SHAH, KAJANG
CHAN WENG YEAP    950515-01-5471    MRSM MERSING, JOHOR

 

KATEGORI C

1    AHMAD ASHRAF B. AHMAD SHAHARUDIN    920924-01-6507    KOLEJ MARA KUALA NERANG, KEDAH
2    MUHAMMAD ARIFF B. MOHAMAD YUSSOFF    930916-06-5295    SBP INTEGRASI  PEKAN, PAHANG
3    MUHAMMAD FAIZ BIN NORMAN    930805-01-6351    MRSM MUAR JOHOR

Saguhati
NUR ADLINA  AMIRULZAMAN    930205-07-5104    MRSM BALIK PULAU P.PINANG
NUR RUZAINI BT MD YUSUP    931229-01-5880    MRSM MERSING JOHOR
THASHVIKNI A/P  RAVICHANDRAN     930515-05-5256    SEKOLAH MENENGAH TINGGI PORT DICKSON
SITI MARIAM BT MOHD. NAPI    930121-03-5332    SEK.MEN. SAINS MACANG KELANTAN

  

  

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PEMENANG.

HADIAH AKAN DIKIRIMKAN KE ALAMAT SEKOLAH DALAM WAKTU TERDEKAT.

 

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
a site by Aidan    
admin

© 2007 PERSAMA