| Iklan |
|---|
|
| Menu Utama | |||||
|---|---|---|---|---|---|
|
| Info PERSAMA | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|
|
| Info OMK 2010 | ||||
|---|---|---|---|---|
|
| Info OMK | |||
|---|---|---|---|
|
| Daftar Masuk |
|---|


| Hebahan | ||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
||||||||
| Terbaru |
|---|
| Syarat Pencalonan Anugerah PERSAMA 2010 |
| Wednesday, 10 February 2010 | |
|
SYARAT-SYARAT UMUM PERTANDINGAN
SYARAT-SYARAT KHUSUS PERTANDINGAN KATEGORI BUKU KARYA ASLI DAN BUKU TERJEMAHAN Senaskhah buku berserta borang pencalonan hendaklah dihantar terus kepada Penyelaras Anugerah PERSAMA selewat -lewatnya pada 31 Mac 2010 untuk proses saringan awal. Penilaian dilakukan berdasarkan kepada beberapa perkara berikut: Karya Asli
Karya Terjemahan
KATEGORI TESIS SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH Setiap jabatan/fakulti berkenaan dari IPT tempatan diminta mencalonkan tesis yang terbaik dari Jabatan/Fakulti berkenaan (fakulti terletaknya pengajian sains matematik) dalam kategori Sarjana dan Doktor Falsafah. Maklumat tesis yang dicalonkan itu hendaklah disertakan dengan:
Bahan-bahan tersebut berserta borang pencalonan hendaklah dihantar terus kepada Penyelaras Anugerah PERSAMA selewat-lewatnya pada 31 Mac 2010. Hanya tesis yang mencapai taraf cemerlang sahaja yang dipertimbangkan oleh jawatan kuasa atau panel hakim hadiah ini. KATEGORI MAKALAH ILMIAH Setiap penerbit/jabatan/fakulti berkenaan dari IPT tempatan diminta mencalonkan makalah terbaik dari Jabatan/Fakulti di tempat terletaknya pengajian sains matematik. Bidang Sains Matematik ialah yang merangkumi semua pengajian yang bermatematik seperti yang ditakrifkan oleh PERSAMA. Tiga salinan makalah yang dicalonkan bersama-sama salinan muka depan jurnal dan borang pencalonan hendaklah dihantar terus kepada Penyelaras Anugerah PERSAMA selewat-lewatnya pada 31 Mac 2010. Kriteria Makalah Ilmiah:
KATEGORI REKACIPTA MATEMATIK Penyertaan adalah dibuka kepada semua ahli akademik bidang sains matematik. Tujuan pertandingan diadakan adalah untuk menghasilkan daya kreatif dan inovasi dalam bidang sains matematik di kalangan ahli-ahli akademik bidang ini. Hasilan rekacipta mestilah berbentuk idea, konsep, sistem, proses, teknik atau perisian yang mempunyai elemen matematik. Kriteria Rekacipta Matematik:
Hasil rekacipta yang dicalonkan (dalam bentuk CD dan poster/pamplet dsbnya) berserta borang pencalonan hendaklah dihantar terus kepada Penyelaras Anugerah PERSAMA selewat-lewatnya pada 31 Mac 2010. KATEGORI RENCANA POPULAR Salah satu matlamat PERSAMA ialah untuk mendidik masyarakat umum tentang peranan dan keberkesanan sains matemtik dalam pembangunan negara khususnya Malaysia. Anugerah ini dizahirkan khas kepada para penulis yang mampu membantu PERSAMA untuk mencapai matlamat ini. Penulisan yang membincangkan permasalahan pendidikan sains matematik di tanah air pada semua peringkat juga akan dipertimbangkan. Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk yang telah diterbitkan (bukan fotokopi) berserta borang pencalonan terus kepada Penyelaras Anugerah PERSAMA selewat-lewatnya pada 31 Mac 2010. Dengan ini, pihak PERSAMA mengalu-alukan penyertaan daripada semua penulis tempatan untuk merebut anugerah ini tertakluk kepada syarat-syarat dan kriteria berikut :
|
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|




