|
Wednesday, 13 January 2010 |
|
Maklumat Lanjut OMK 2010 PERTANDINGAN OLIMPIAD MATEMATIK KEBANGSAAN 2010 (OMK10)
Olimpiad Matematik Kebangsaan pada tahun ini akan diadakan pada 26 JUN 2010. Pertandingan ini dibahagikan kepada tiga (3) kategori iaitu kategori Bongsu, kategori Muda dan kategori Sulong.
Maklumat Penyertaan 1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang bersekolah di Malaysia, dan pada tahun 2010 menuntut di tingkatan berikut:
- Ting. 1 atau 2 untuk kategori Bongsu
- Ting. 3 atau 4 untuk kategori Muda
- Ting. 5 atau 6 atau yang setara dengannya untuk kategori Sulong
2. Pertandingan ini berupa pertandingan perseorangan dan pertandingan berpasukan.
3. Setiap peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan OMK2010 akan diberikan Sijil Penyertaan.
4. Setiap sekolah boleh menghantar satu atau lebih pasukan. Setiap pasukan mestilah terdiri daripada empat (4) ahli sahaja. Setiap ahli dalam pasukan adalah juga merupakan calon perseorangan.
5. Bayaran pertandingan adalah seperti berikut: - Sekolah/Kolej yang sudah menjadi Ahli Institusi PERSAMA boleh menyertai pertandingan ini dengan kadar bayaran yuran penyertaan seperti berikut:
Yuran tahunan Ahli Institusi PERSAMA: RM50.00 Pasukan pertama bagi setiap kategori: RM24.00 Setiap pasukan tambahan: RM36.00
- Sekolah/Kolej yang bukan Ahli Institusi PERSAMA boleh memohon menjadi Ahli Institusi PERSAMA sekaligus menyertai pertandingan ini dengan kadar bayaran seperti di atas.
- Sekolah/Kolej yang tidak ingin menjadi Ahli Institusi PERSAMA boleh menyertai pertandingan ini dengan kadar bayaran:
Setiap pasukan: RM80.00
6. (a) Pertandingan akan diadakan pada: TARIKH : 26 JUN 2010 (Sabtu) MASA : 10.00 pagi - 12.30 tengahari (2 ½ jam) TEMPAT : Pusat-pusat Pertandingan yang akan diumumkan kemudian
(b) Format soalan Olimpiad ini ialah seperti berikut: Bahagian A: Terdiri daripada 6 soalan pendek Bahagian B: Terdiri daripada 3 soalan panjang Bagi melihat contoh format soalan, sila lihat bahagian "Info OMK" di laman web ini dan item "Contoh Soalan - OMK 2007".
Pertandingan ini berupa peperiksaan bertulis dalam dwi-bahasa, BAHASA MALAYSIA dan BAHASA INGGERIS. Calon dibenarkan menjawab menggunakan satu daripada bahasa tersebut.
7. Peraduan ini akan diadili oleh satu jawatankuasa khas persatuan dan keputusannya adalah muktamad. Sebarang aduan tidak akan dilayan.
8. (a) Hadiah-hadiah akan dianugerahkan kepada pemenang berpasukan dan perseorangan. Pemenang perseorangan terbaik dan pasukan terbaik masing-masing akan mendapat Piala Pusingan (Piala Pusingan boleh disimpan sehingga pertandingan berikutnya). Tiga (3) peserta dan tiga (3) kumpulan terbaik akan menerima wang tunai dan sijil merit. Hadiah-hadiah adalah seperti berikut: | Hadiah | Bongsu / Muda / Sulong | | Perseorangan terbaik | Piala pusingan + wang tunai RM500 + sijil | | Perseorangan kedua terbaik | Wang tunai RM400 + sijil | | Perseorangan ketiga terbaik | Wang tunai RM300 + sijil | | Kumpulan terbaik | Piala pusingan + wang tunai RM800 + sijil | | Kumpulan kedua terbaik | Wang tunai RM600 + sijil | | Kumpulan ketiga terbaik | Wang tunai RM400 + sijil |
Beberapa Hadiah Saguhati berserta sijil dan sejumlah Sijil Sanjungan Kehormat juga akan diberikan.
(b) Maklumat keputusan pertandingan boleh dicapai di laman web ini sekitar akhir bulan Oktober 2010.
9. Pusat-pusat pertandingan akan ditubuhkan di seluruh Malaysia dan akan diumumkan kemudian.
10. Segala perbelanjaan untuk mengikuti pertandingan ini adalah tanggungjawab peserta/sekolah/kolej.
11. Tarikh tutup bagi pendaftaran dan penerimaan borang pembayaran beserta bayaran ialah pada 15 MEI 2010. Maklumat lanjut boleh didapati daripada:
Penyelaras Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2010 Jabatan Matematik, Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia 81310 UTM Skudai Johor Darul Takzim Tel : 019-7551247 (PM Dr Khairil Anuar Arshad) 07-5534275 / 019-7066939 (Dr Nor Muhainiah Mohd Ali) Faks : 07-5566162 Mel-e :
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
/
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
DAFTAR SEKARANG
|