Iklan




 
Menu Utama
Muka Depan
Berita
Pengumuman
Hebahan
Forum
Info PERSAMA
Mengenai Persatuan
Ahli Jawatankuasa
Senarai Ahli Institusi PERSAMA 2009
Pendaftaran Ahli PERSAMA
Senarai Ahli PERSAMA Seumur Hidup
Warkah Berita PERSAMA 2008
Info OMK 2010
Surat Hebahan OMK 2010
Maklumat Lanjut OMK
Penyelaras OMK
Borang Bayaran OMK
Info OMK
Keputusan 2009
Keputusan Terdahulu
Contoh Soalan - OMK 2007
Daftar Masuk



Hebahan

UTHM dengan kerjasama PERSAMA akan menganjurkan Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke 18 (SKSM18).

 


Selanjutnya...
 
. PERSAMA menerbitkan sebuah buku yang berkaitan dengan pertandingan olimpiad matematik (sila lihat dalam borang pesanan ).  
Buku ini hanya boleh dipesan melalui PERSAMA. Harga senaskah ialah RM15 (termasuk bayaran pos). 
Selanjutnya...
 
Terbaru
 
OMK 2010
Wednesday, 13 January 2010

Surat Hebahan OMK 2010 - TERKINI


18 Januari 2010

Pengarah/Pengetua
Kolej/Sekolah

Tuan/Puan,

Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) yang merupakan aktiviti tahunan kelolaan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan pada 26 Jun 2010 (Sabtu) jam 10:00 pagi – 12:30 tengahari bagi tahun 2010, di beberapa pusat pertandingan seluruh Malaysia. Seperti biasa, pertandingan ini terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu:

  1. Kategori Bongsu (untuk Tingkatan 1 dan 2)
  2. Kategori Muda (untuk Tingkatan 3 dan 4)
  3. Kategori Sulong (untuk Tingkatan 5, 6 / Matrikulasi / yang setara dengannya)

Sukacita dimaklumkan yang mulai tahun ini (OMK 2010) penyelarasan OMK telah bertukar daripada berpusat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor dengan alamat surat menyurat dan maklumat lainnya seperti di atas.

Selain itu, mulai tahun 2008 dan seterusnya bagi tahun 2009 dan bagi OMK 2010 tahun ini juga, pendaftaran dan penyertaan sekolah/kolej akan dibuat secara “online” melalui laman web rasmi PERSAMA seperti berikut: http://www.persama.org.my

Setelah memasuki laman web tersebut, tuan/puan boleh terus mencapai maklumat di bahagian “Info OMK 2010” (bahagian sebelah kiri laman web), dan klik pada bahagian “Surat Hebahan OMK 2010” untuk maklumat seterusnya, serta klik pada bahagian “Maklumat Lanjut OMK” untuk maklumat lanjut. Segala maklumat lain berkenaan OMK boleh didapati melalui laman web tersebut dan ia akan dikemas kini dari masa ke semasa.
 
Untuk makluman, seramai 40 orang peserta OMK yang memperolehi pencapaian yang cemerlang akan disenarai pendek dan dipilih untuk menyertai Kem-kem Intensif IMO (International Mathematical Olympiad) kendalian pihak PERSAMA. IMO merupakan satu pertandingan metamatik yang paling berprestij di dunia yang telah dianjurkan secara tahunan sejak tahun 1959. Di akhir kem intensiftersebut, seramai empat orang peserta akan mewakili Malaysia dalam pertandiongan IMO.

Sekiranya sekolah/kolej tuan/puan ingin mengambil bahagian, pendaftaran pasukan-pasukan sekolah/kolej tuan/puan boleh dilakukan melalui laman web tersebut dengan cara berikut:
  1. Daftar Masuk laman web ini dengan menggunakan Login ID (Username) dan Kata Kunci (Password). Jika belum mempunyai Login ID dan Kata Kunci, sila klik butang “Daftar” (Register) terlebih dahulu (setelah berdaftar, sila simpan Login ID dan Kata Kunci yang sama untuk kegunaan seterusnya). Login ID dan Kata Kunci yang telah digunakan sebelum ini masih boleh diguna semula.
  2. Lengkapkan Borang Pendaftaran OMK di laman web ini. Lengkapkan maklumat sekolah, guru pengiring, bilangan pasukan, maklumat peserta dan lain-lain.
  3. Cetak Borang Pembayaran OMK. Lengkapkan borang bayaran tersebut dan hantarkan borang tersebut bersama bayaran lengkap kepada Penyelaras OMK 2010 seperti alamat di atas.

Pendaftaran penyertaan lengkap secara “online” ini beserta pembayaran yuran penyertaan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 15 Mei 2010 ini. Pendaftaran penyertaan secara “online” melalui laman web tersebut akan ditutup selepas 15 Mei 2010.

Bagi menjana satu generasi yang berdaya matematik untuk menyahut cabaran sains dan teknologi dalam milenium ini, aktiviti ke arah pencapaian matematik yang lebih tinggi wajarlah disambut dengan penuh semangat. Justeru itu, PERSAMA amat mengalu-alukan penyertaan pelajar-pelajar dari sekolah/kolej tuan/puan. Setiap pelajar akan diberi sijil penyertaan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
(Prof. Madya Dr. Khairil Anuar Arshad)
Penyelaras Olimpiad Matematik Kebangsaan 2010
b/p Presiden PERSAMA


 


DAFTAR SEKARANG


Perhatian:
  1. Jika terdapat sebarang pertanyaan, Tuan/Puan  juga boleh berhubung terus dengan Penyelaras-penyelaras berikut yang menyelaras sekolah / kolej mengikut negeri:
     Nama No. Tel.
    Mel-E
    Negeri
    Dr. Norzieha Mustapha012-6472927
    Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
    Kelantan & Terengganu
    Encik Wan Rohaizad Wan Ibrahim
    019-7190989
    Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
    Sabah & Sarawak
    Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali
    019-7066939
    Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
    Pahang & Johor
    Puan Shazirawati Md Puzi
    019-7728782
    Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya Selangor &
    Kuala Lumpur
    PM Dr. Khairil Anuar Arshad
    019-7551247
    Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
    Perak & Pulau Pinang
    Puan Nur Arina Bazilah Aziz
    019-7757202
    Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya    
    Kedah & Perlis
    Dr. Anati Ali
    013-2015301
    Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
    Negeri Sembilan & Melaka

  2. Terdapat buku-buku yang berkaitan dengan OMK akan dijual. Sila layari laman web OMK-PERSAMA untuk maklumat lanjut .
 
a site by slvRidge    
admin

© 2007 PERSAMA