Daftar Masuk
Iklan

 

 

 
Menu Utama
Muka Depan
Berita
Pengumuman
Hebahan
Info PERSAMA
Mengenai Persatuan
Ahli Jawatankuasa
Senarai Ahli Institusi PERSAMA
Pendaftaran Ahli PERSAMA
Warkah Berita PERSAMA
Kemaskini Maklumat Pengguna
Senarai Ahli PERSAMA Seumur Hidup
Info OMK 2017
Surat Hebahan OMK 2017
Borang Bayaran OMK
Info OMK
Keputusan OMK 2016
Keputusan Terdahulu
Contoh Soalan - OMK 2013
Contoh Soalan - OMK 2014
Contoh Soalan - OMK 2015



 
Pencapaian membanggakan di Asia Pacific Mathematics Olympiad 2009
Thursday, 25 June 2009
Pasukan Malaysia telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan di pertandingan Asia Pacific Mathematics Olympiad 2009 (APMO 2009) yang telah diadakan di UiTM Shah Alam pada 10 Mac 2009 lalu. Menurut keputusan yang baru dikeluarkan oleh pihak penganjur, Korean Mathematical Society, pasukan Malaysia telah merangkul 1 Pingat Emas dan 4 Pingat Gangsa. Keputusan ini merupakan pencapaian terbaik negara sejak mengambil bahagian pada tahun 1998.

Pemenang pingat APMO 2009 dari Malaysia adalah:

Pingat Emas:
Loke Zhi Kin (Kolej INTI, Nilai)

Pingat Gangsa:
Joshua Lim Kai Tsen (SMK Tinggi St David, Melaka)
Mohamad Farzan Mohamad Fadhlillah (Kolej MARA Banting)
Lim Yu Wei (Kolej TAR)
Saw Yihui (Kolej Taylor's)

Pasukan Malaysia telah menduduki tempat ke 14 daripada 28 negara yang mengambil bahagian.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa International Mathematical Olympiad 2009 (IMO 2009) merangkap Naib Presiden PERSAMA, Prof. Madya Dr. Arsmah Hj. Ibrahim, "kejayaan pasukan pada tahun ini sudah pasti dapat memberi satu inspirasi kepada semua pelajar yang minat dalam matematik. Siri latihan yang telah di'mastermind' oleh pasukan jurulatih telah membuahkan hasil yang sangat membanggakan. Pencapaian ini juga menunjukkan bahawa Malaysia mampu sampai ke tahap yang tinggi dalam bidang matematik dengan modul latihan yang telah digubal serta iltizam yang kental dari para peserta yang mengambil bahagian. Saya percaya pencapaian Malaysia akan terus meningkat pada masa hadapan jika kita pergiatkan lagi usaha yang murni ini." Para peserta APMO telah dilatih oleh En. Mohd Suhaimi bin Ramly (Ketua Pasukan IMO 2009), En. Muhammad Ikhwan Azlan (Naib Ketua Pasukan IMO 2009), Prof. Madya Dr. Daud Mohamad (UiTM), dan Prof. Madya Dr. Jamaludin M. Ali (USM).

Seramai 25 orang peserta dari seluruh negara telah mengambil bahagian dalam pertandingan APMO 2009. Peserta-peserta tersebut telah disenaraipendek daripada kem latihan IMO 2009 yang telah diadakan pada bulan Januari dan Februari yang lalu. Kesemua peserta telah mengikuti sesi latihan intensif bertempat di Dewan Al-Ghazali, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Shah Alam pada 6 hingga 9 Mac 2009 sebelum menduduki pertandingan APMO.

Pertandingan APMO merupakan pertandingan matematik tahunan yang diadakan sejak tahun 1989, membabitkan negara-negara di rantau Asia Pasifik. Pertandingan ini dianjurkan secara berasingan di setiap negara peserta. Kertas pertandingan mengandungi lima soalan yang merangkumi topik Algebra, Kombinatorik, Geometri dan Teori Nombor. Pelajar diberi masa empat jam untuk menulis penyelesaian kepada soalan-soalan tersebut.

Berikut merupakan sampel soalan dari APMO 2009:

Larry and Rob are two robots travelling in one car from Argovia to Zillis. Both robots have control over the steering and steer according to the following algorithm: Larry makes a 90 degree left turn after every L kilometer driving from start; Rob makes a 90 degree right turn after every R kilometer driving from start, where L and R are relatively prime positive integers. In the event of both turns occurring simultaneously, the car will keep going without changing direction. Assume that the ground is flat and the car can move in any direction. Let the car start from Argovia facing towards Zillis. For which choices of the pair (L,R) is the car guaranteed to reach Zillis, regardless of how far it is from Argovia?

Maklumat lanjut mengenai pertandingan APMO termasuk koleksi soalan, penyelesaian dan keputusan pertandingan, boleh didapati di laman web rasmi APMO: http://www.kms.or.kr/Competitions/apmo/
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
a site by Aidan    
admin

© 2007 PERSAMA