Daftar Masuk
Iklan

 

 

 
Menu Utama
Muka Depan
Berita
Pengumuman
Hebahan
Info PERSAMA
Mengenai Persatuan
Ahli Jawatankuasa
Senarai Ahli Institusi PERSAMA
Pendaftaran Ahli PERSAMA
Warkah Berita PERSAMA
Kemaskini Maklumat Pengguna
Senarai Ahli PERSAMA Seumur Hidup
Info OMK 2017
Surat Hebahan OMK 2017
Borang Bayaran OMK
Info OMK
Keputusan OMK 2016
Keputusan Terdahulu
Contoh Soalan - OMK 2013
Contoh Soalan - OMK 2014
Contoh Soalan - OMK 2015



 
Maklumat Lanjut OMK 2017
Thursday, 06 April 2017

PERTANDINGAN OLIMPIAD MATEMATIK KEBANGSAAN (OMK) 2017

Olimpiad Matematik Kebangsaan pada tahun ini akan diadakan pada 29 JULAI 2017 (Sabtu). Pertandingan ini dibahagikan kepada tiga (3) kategori iaitu kategori Bongsu, kategori Muda dan kategori Sulong.

Maklumat Penyertaan

1.Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang bersekolah di Malaysia, dan pada tahun 2017 menuntut di tingkatan berikut:


i.Tingkatan 1 atau Tingkatan 2 untuk kategori Bongsu
ii.Tingkatan 3 atau Tingkatan 4 untuk kategori Muda
iii.Tingkatan 5 atau Tingkatan 6 atau yang setara dengannya untuk kategori Sulong

Pelajar yang pernah mewakili Malaysia dalam IMO 2015, IMO 2016 dan IMO 2017 dikecualikan penyertaan dalam OMK 2017 ini. Harap maklum.

2.Pertandingan ini merupakan pertandingan perseorangan dan pertandingan berpasukan.

3.Setiap peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan OMK 2017 akan diberikan Sijil Penyertaan.

4.Setiap sekolah boleh menghantar satu atau lebih pasukan. Setiap pasukan mestilah terdiri daripada empat (4) ahli sahaja. Setiap ahli dalam pasukan adalah juga merupakan calon perseorangan.

5.Bayaran pertandingan adalah seperti berikut:


i.Sekolah/Kolej yang sudah menjadi Ahli Institusi PERSAMA boleh menyertai pertandingan ini dengan kadar bayaran yuran penyertaan seperti berikut:

Yuran tahunan Ahli Institusi PERSAMA: RM50.00
Pasukan pertama bagi setiap kategori: RM60.00
Setiap pasukan tambahan bagi setiap kategori: RM50.00

ii.Sekolah/Kolej yang bukan Ahli Institusi PERSAMA boleh menyertai pertandingan ini dengan kadar bayaran:

Setiap pasukan: RM120.00

iii.Sekolah/Kolej yang bukan Ahli Institusi PERSAMA boleh memohon menjadi Ahli Institusi PERSAMA sekaligus menyertai pertandingan ini dengan kadar bayaran seperti di (i). Pendaftaran keahlian ini boleh dilakukan serentak dengan pendaftaran OMK.

6.Pertandingan akan diadakan pada:

TARIKH : 29 JULAI 2017 (Sabtu)
MASA : 10.00 pagi - 12.30 tengahari (2 jam 30 minit)
TEMPAT : Pusat-pusat Pertandingan yang akan diumumkan di laman web
2 minggu sebelum tarikh pertandingan OMK 2017.

7.Format soalan Olimpiad ini ialah seperti berikut:

Bahagian A: Terdiri daripada 6 soalan pendek
Bahagian B: Terdiri daripada 3 soalan panjang

Bagi melihat contoh format soalan, sila lihat bahagian "Info OMK" di laman web ini dan item "Contoh Soalan - OMK ____".

Pertandingan ini berupa peperiksaan bertulis dalam dwi-bahasa, BAHASA MALAYSIA dan BAHASA INGGERIS. Calon dibenarkan menjawab menggunakan satu daripada bahasa tersebut.

8.Pertandingan ini akan diadili oleh satu jawatankuasa khas persatuan dan keputusannya adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

9.Hadiah-hadiah akan dianugerahkan kepada pemenang berpasukan dan perseorangan.

i.Calon untuk tiga (3) peserta dan tiga (3) kumpulan terbaik akan menerima wang tunai dan sijil merit. Hadiah-hadiah adalah seperti berikut:

Hadiah  Bongsu / Muda / Sulong
Perseorangan terbaik  Wang tunai RM500 + sijil
Perseorangan kedua terbaik  Wang tunai RM400 + sijil
Perseorangan ketiga terbaik  Wang tunai RM300 + sijil
Kumpulan terbaik  Wang tunai RM800 + sijil
Kumpulan kedua terbaik  Wang tunai RM600 + sijil
Kumpulan ketiga terbaik Wang tunai RM400 + sijil


Beberapa Sijil Hadiah Saguhati dan Sijil Sanjungan Kehormat juga akan diberikan.

ii.Calon hanya layak memenangi satu hadiah sahaja dari senarai di atas iaitu samaada dalam berpasukan ATAU perseorangan sahaja.
iii.Maklumat keputusan pertandingan boleh dicapai di laman web ini sekitar akhir bulan Oktober.

10.Segala perbelanjaan dan keselamatan peserta untuk mengikuti pertandingan ini adalah tanggungjawab peserta/sekolah/kolej.

11.Tarikh tutup bagi pendaftaran OMK 2017 ialah pada 17 JUN 2017. Pendaftaran selepas tarikh tutup akan dikenakan YURAN PENALTI (RM20 SATU PASUKAN). Manakala bayaran penyertaan boleh dilakukan selewat-lewatnya 8 JULAI 2017. Maklumat lanjut boleh berhubung dengan Penyelaras OMK 2017 di alamat di bawah:

u/p: Prof. Madya Dr. Abd Fatah Wahab
Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu
TERENGGANU
Tel: 09-6683327,09-6683157 Faks: 09-6694660
Mel-e: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya

 
Berikutnya >
a site by Aidan    
admin

© 2007 PERSAMA