Daftar Masuk
Iklan

 

 

 
Menu Utama
Muka Depan
Berita
Pengumuman
Hebahan
Info PERSAMA
Mengenai Persatuan
Ahli Jawatankuasa
Senarai Ahli Institusi PERSAMA
Pendaftaran Ahli PERSAMA
Warkah Berita PERSAMA
Kemaskini Maklumat Pengguna
Senarai Ahli PERSAMA Seumur Hidup
Info OMK 2017
Surat Hebahan OMK 2017
Borang Bayaran OMK
Info OMK
Keputusan OMK 2016
Keputusan Terdahulu
Contoh Soalan - OMK 2013
Contoh Soalan - OMK 2014
Contoh Soalan - OMK 2015



 
Syarat Pencalonan Anugerah PERSAMA 2015
Tuesday, 17 March 2015
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA), akan menganjurkan Anugerah PERSAMA 2015.

Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak PERSAMA memohon kerjasama dari pihak Y.Bhg Dato’/ Datin/Prof/ Prof Madya/ Dr/ Tn/Pn/En/Cik untuk mencalonkan bahan-bahan ilmiah terbitan Jabatan saudara atau pencalonan individu untuk Anugerah PERSAMA 2015 bagi kategori berikut:
 
  • Buku Karya Asli 
  • Buku Karya Terjemahan
  • Tesis Sarjana
  • Tesis Doktor Falsafah
  • Makalah Ilmiah 
  • Rekacipta Matematik 
  • Rencana popular 

Lampiran:

Hadiah bagi pemenang utama dan beberapa pemenang saguhati berupa wang tunai serta sijil dari PERSAMA. Untuk makluman, pencalonan dari Jabatan amat digalakkan tetapi pencalonan dari individu juga turut diterima. Bersama-sama ini dilampirkan garis panduan anugerah bagi setiap kategori untuk tindakan saudara seterusnya. Untuk makluman, tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 April 2015. Sila hantarkan bahan-bahan ilmiah yang berkaitan berserta borang pencalonan terus kepada saya di alamat di bawah. Borang pencalonan boleh juga didapati di laman web PERSAMA di www.persama.org.my.

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan terus kepada saya. Mohon kerjasama saudara untuk menghebahkan maklumat ini kepada semua staf akademik di Jabatan saudara.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih. Wassalam.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Yang menjalankan tugas,
Prof. Madya Dr Norihan Md. Ariffin
Penyelaras Anugerah PERSAMA 2015
d/a Jabatan Matematik,
Universiti Putra Malaysia,43400
UPM Serdang, Selangor
Tel : 03-89467939 (pej), 0123928108 (h/p)
Mel-e : Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya / Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
a site by Aidan    
admin

© 2007 PERSAMA