Daftar Masuk
Iklan

 

 

 
Menu Utama
Muka Depan
Berita
Pengumuman
Hebahan
Info PERSAMA
Mengenai Persatuan
Ahli Jawatankuasa
Senarai Ahli Institusi PERSAMA
Pendaftaran Ahli PERSAMA
Warkah Berita PERSAMA
Kemaskini Maklumat Pengguna
Senarai Ahli PERSAMA Seumur Hidup
Info OMK 2017
Surat Hebahan OMK 2017
Borang Bayaran OMK
Info OMK
Keputusan OMK 2016
Keputusan Terdahulu
Contoh Soalan - OMK 2013
Contoh Soalan - OMK 2014
Contoh Soalan - OMK 2015



 
Surat Hebahan OMK 2015
Wednesday, 14 January 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) yang merupakan aktiviti tahunan kelolaan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan pada 11 Julai 2015 (Sabtu) jam 10:00 pagi 12:30 tengahari di beberapa pusat pertandingan seluruh Malaysia. Seperti biasa, pertandingan ini terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu:


                Kategori Bongsu (untuk Tingkatan 1 dan 2)
                Kategori Muda (untuk Tingkatan 3 dan 4)
                Kategori Sulong (untuk Tingkatan 5, 6 / Matrikulasi / yang setara dengannya)


Seperti yang sedia maklum, pusat penyelarasan OMK adalah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru, Johor dengan alamat surat menyurat dan maklumat lainnya seperti di atas. Walau bagaimanapun, pusat pertandingan OMK 2014 masih lagi mengikut format tahun-tahun sebelumnya, iaitu peserta-peserta OMK 2015 akan menduduki pertandingan OMK 2015 di negeri masing-masing. Maklumat TERKINI dan terperinci tentang pusat pertandingan akan dimaklumkan di laman web PERSAMA selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh pertandingan.


Tiada sebarang surat panggilan OMK akan diposkan kepada sekolah-sekolah yang mendaftar OMK 2015. Guru-guru atau pihak sekolah perlulah BERTANGGUNGJAWAB untuk melihat sendiri maklumat terkini OMK 2015 di laman web PERSAMA untuk mengetahui maklumat lanjut tentang OMK 2015 seperti tarikh dan tempat pertandingan.


Untuk makluman, seramai 40 orang peserta OMK yang memperoleh pencapaian cemerlang akan disenarai pendek dan dipilih untuk menyertai kem-kem Intensif IMO (International Mathematical Olympiad). IMO merupakan satu pertandingan matematik yang paling berprestij di dunia yang telah dianjurkan secara tahunan sejak tahun 1959. Di akhir kem intensif tersebut, seramai enam orang pelajar akan dipilih mewakili Malaysia dalam pertandingan IMO.


Berikut merupakan beberapa makluman berkaitan OMK 2015:


a) Yuran Penyertaan OMK 2015

Untuk makluman, OMK adalah pertandingan berkumpulan. Bilangan peserta bagi setiap kumpulan adalah 4 orang, manakala bilangan kumpulan adalah tidak terhad. Berikut adalah yuran penyertaan bagi OMK 2015.


                Bagi sekolah yang menjadi Ahli Institusi PERSAMA
                Pasukan pertama (setiap kategori) : RM 60.00
                 Pasukan berikutnya (dalam kategori yang sama): RM 50.00


                Bagi sekolah yang bukan Ahli Institusi PERSAMA
                RM 120.00 bagi setiap pasukan.


(Saudara boleh memohon untuk menjadi  Ahli Institusi PERSAMA dengan yuran sebanyak RM50.00 dan sekaligus menyertai pertandingan ini dengan kadar bayaran Ahli Institusi PERSAMA. Pendaftaran keahlian ini boleh dilakukan serentak dengan pendaftaran OMK)


b) Pendaftaran OMK 2015

Pendaftaran dan penyertaan sekolah/kolej hendaklah dibuat secara “online” di laman web http://persama.org.my.


Pendaftaran pasukan-pasukan sekolah/kolej saudara boleh dilakukan melalui laman web tersebut dengan cara berikut:

  1. Daftar Masuk laman web ini dengan menggunakan Login ID dan Kata Kunci (penjuru kiri atas laman web). Jika belum mempunyai Login ID dan Kata Kunci, sila klik butang “Daftar” terlebih dahulu (setelah berdaftar, sila simpan Login ID dan Kata Kunci yang sama untuk kegunaan seterusnya). Login ID dan Kata Kunci yang telah digunakan sebelum ini masih boleh diguna semula. Jika Login ID hilang, dinasihatkan untuk daftar yang baru.

  2. Lengkapkan Borang Pendaftaran OMK di laman web ini. Lengkapkan maklumat sekolah, guru pengiring, bilangan pasukan, maklumat peserta dan lain-lain.
  3. Cetak Borang Bayaran OMK. Lengkapkan borang bayaran tersebut dan hantarkan borang tersebut bersama bayaran lengkap kepada Penyelaras OMK 2015 seperti alamat di atas.

 


c) Tarikh Tutup Pendaftaran OMK 2015

Pendaftaran penyertaan lengkap secara “online” beserta pembayaran yuran penyertaan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 29 Mei 2015. Pendaftaran selepas tarikh tutup akan dikenakan YURAN PENALTI (RM40 SATU PASUKAN). Manakala bayaran penyertaan boleh dibuat selewat-lewatnya 19 Jun 2015.


Saudara juga boleh mendapatkan maklumat lengkap mengenai OMK 2015 melalui laman web rasmi PERSAMA seperti berikut: http://persama.org.my. Klik di bahagian “Info OMK 2015” (bahagian sebelah kiri laman web), dan klik pada bahagian “Surat Hebahan OMK 2015” untuk maklumat seterusnya, serta klik pada bahagian “Maklumat Lanjut OMK” untuk maklumat lanjut. Segala maklumat lain berkenaan OMK boleh didapati melalui laman web tersebut dan ia akan dikemas kini dari masa ke semasa.


Bagi menjana satu generasi yang berdaya matematik untuk menyahut cabaran sains dan teknologi dalam milenium ini, aktiviti ke arah pencapaian matematik yang lebih tinggi wajarlah disambut dengan penuh semangat. Justeru itu, PERSAMA amat mengalu-alukan penyertaan pelajar-pelajar dari sekolah/kolej saudara. Setiap peserta akan diberi sijil penyertaan.


Sekian, terima kasih.


Yang benar,
(Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali)
Penyelaras Olimpiad Matematik Kebangsaan 2015,
b/p Presiden PERSAMA


Perhatian:

  1. Jika terdapat sebarang pertanyaan, saudara juga boleh berhubung terus dengan Penyelaras-penyelaras berikut yang menyelaras sekolah / kolej mengikut negeri:

 

Nama

No. Tel.

Mel-e

Negeri

Dr Nor Muhainiah Mohd Ali 07-5534275 Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Pahang
Dr Anati Ali 07-5534262 Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Terengganu
Puan Farhana Johar 07-5534233 Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Johor
Dr Fuaada Mohd Siam 07-5534244 Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Melaka & Negeri Sembilan
Dr Norazlina Ismail 07-5534229 Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Sarawak
Dr Norzieha Mustapha 07-5534232 Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Kelantan
Dr Nur Arina Bazilah Aziz 07-5534235 Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Perlis & Pulau Pinang
Dr Shazirawati Mohd Puzi 07-5534240 Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Sabah
Dr Syarifah Zyurina Nordin 07-5534341 Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Selangor
Dr Wan Rukaida Wan Abdullah 07-5534337 Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Kuala Lumpur
Dr Zaiton Mat Isa 07-5534223 Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Kedah
Dr Zuhaila Ismail 07-5534226 Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
Perak

    • PERSAMA juga telah menerbitkan buku himpunan soalan-soalan OMK. Sila layari laman web PERSAMA untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kaedah pembelian.
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
a site by Aidan    
admin

© 2007 PERSAMA