Daftar Masuk
Iklan

 

 

 
Menu Utama
Muka Depan
Berita
Pengumuman
Hebahan
Info PERSAMA
Mengenai Persatuan
Ahli Jawatankuasa
Senarai Ahli Institusi PERSAMA
Pendaftaran Ahli PERSAMA
Warkah Berita PERSAMA
Kemaskini Maklumat Pengguna
Senarai Ahli PERSAMA Seumur Hidup
Info OMK 2017
Surat Hebahan OMK 2017
Borang Bayaran OMK
Info OMK
Keputusan OMK 2016
Keputusan Terdahulu
Contoh Soalan - OMK 2013
Contoh Soalan - OMK 2014
Contoh Soalan - OMK 2015



 
Hebahan Mengenai OMK 2013
Friday, 08 February 2013
Tarikh Pertandingan: 13 Julai 2013 (10:00 pagi – 12:30 tengahari)

Tempat: Di negeri masing-masing (Universiti atau sekolah berhampiran)

Yuran :
Bagi sekolah yang menjadi Ahli Institusi PERSAMA
  • Pasukan pertama (Setiap Kategori) : RM 32.00
  • Pasukan berikutnya (Dalam Kategori yang sama): RM 44.00
Bagi sekolah yang bukan Ahli Institusi PERSAMA
  • RM 100.00 bagi setiap pasukan.

Pendaftaran : “online” di laman web http://persama.org.my

Tarikh Tutup Pendaftaran : 13 Jun 2013
 
 
Surat Hebahan OMK 2013
Friday, 08 February 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) yang merupakan aktiviti tahunan kelolaan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan pada 13 Julai 2013 (Sabtu) jam 10:00 pagi – 12:30 tengahari di beberapa pusat pertandingan seluruh Malaysia. Seperti biasa, pertandingan ini terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu:


                Kategori Bongsu (untuk Tingkatan 1 dan 2)
                Kategori Muda (untuk Tingkatan 3 dan 4)
                Kategori Sulong (untuk Tingkatan 5, 6 / Matrikulasi / yang setara dengannya)


Mulai tahun 2010, pusat penyelarasan OMK adalah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru, Johor dengan alamat surat menyurat dan maklumat lainnya seperti di atas. Walau bagaimanapun, pusat pertandingan OMK 2013 masih lagi mengikut format tahun-tahun sebelumnya, iaitu peserta-peserta OMK 2013 akan menduduki pertandingan OMK 2013 di negeri masing-masing. Maklumat terperinci tentang pusat pertandingan akan dimaklumkan di laman web PERSAMA selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh pertandingan.


Untuk makluman, seramai 40 orang peserta OMK yang memperoleh pencapaian cemerlang akan disenarai pendek dan dipilih untuk menyertai kem-kem Intensif IMO (International Mathematical Olympiad) kendalian pihak PERSAMA. IMO merupakan satu pertandingan matematik yang paling berprestij di dunia yang telah dianjurkan secara tahunan sejak tahun 1959. Di akhir kem intensif tersebut, seramai enam orang pelajar akan dipilih mewakili Malaysia dalam pertandingan IMO.

Berikut merupakan beberapa makluman berkaitan OMK 2013.


a) Yuran Penyertaan OMK 2013

Untuk makluman, OMK adalah pertandingan berkumpulan. Bilangan peserta bagi setiap kumpulan adalah 4 orang, manakala bilangan kumpulan adalah tidak terhad. Berikut adalah yuran penyertaan bagi OMK 2013.

Bagi sekolah yang menjadi Ahli Institusi PERSAMA
Pasukan pertama (setiap kategori) : RM 32.00
Pasukan berikutnya (dalam kategori yang sama): RM 44.00


Bagi sekolah yang bukan Ahli Institusi PERSAMA
RM 100.00 bagi setiap pasukan.

(Saudara boleh memohon untuk menjadi  Ahli Institusi PERSAMA dengan yuran sebanyak RM50.00 dan sekaligus menyertai pertandingan ini dengan kadar bayaran Ahli Institusi PERSAMA)

b) Pendaftaran OMK 2013

Pendaftaran dan penyertaan sekolah/kolej hendaklah dibuat secara “online” di laman web http://persama.org.my.

Pendaftaran pasukan-pasukan sekolah/kolej saudara boleh dilakukan melalui laman web tersebut dengan cara berikut:

  1. Daftar Masuk laman web ini dengan menggunakan Login ID dan Kata Kunci. Jika belum mempunyai Login ID dan Kata Kunci, sila klik butang “Daftar” terlebih dahulu (setelah berdaftar, sila simpan Login ID dan Kata Kunci yang sama untuk kegunaan seterusnya). Login ID dan Kata Kunci yang telah digunakan sebelum ini masih boleh diguna semula.
  2. Lengkapkan Borang Pendaftaran OMK di laman web ini. Lengkapkan maklumat sekolah, guru pengiring, bilangan pasukan, maklumat peserta dan lain-lain.
  3. Cetak Borang Bayaran OMK. Lengkapkan borang bayaran tersebut dan hantarkan borang tersebut bersama bayaran lengkap kepada Penyelaras OMK 2013 seperti alamat di atas.

 

c) Tarikh Tutup Pendaftaran OMK 2013

Pendaftaran penyertaan lengkap secara “online” beserta pembayaran yuran penyertaan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 13 Jun 2013. Aplikasi pendaftaran akan ditutup selepas 13 Jun 2013.

Saudara juga boleh mendapatkan maklumat lengkap mengenai OMK 2013 melalui laman web rasmi PERSAMA seperti berikut: http://persama.org.my. Klik di bahagian “Info OMK 2013” (bahagian sebelah kiri laman web), dan klik pada bahagian “Surat Hebahan OMK 2013” untuk maklumat seterusnya, serta klik pada bahagian “Maklumat Lanjut OMK” untuk maklumat lanjut. Segala maklumat lain berkenaan OMK boleh didapati melalui laman web tersebut dan ia akan dikemas kini dari masa ke semasa.

Bagi menjana satu generasi yang berdaya matematik untuk menyahut cabaran sains dan teknologi dalam milenium ini, aktiviti ke arah pencapaian matematik yang lebih tinggi wajarlah disambut dengan penuh semangat. Justeru itu, PERSAMA amat mengalu-alukan penyertaan pelajar-pelajar dari sekolah/kolej saudara. Setiap peserta akan diberi sijil penyertaan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
image2
(Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali)
Penyelaras Olimpiad Matematik Kebangsaan 2013,
b/p Presiden PERSAMA

Perhatian:

  1. Jika terdapat sebarang pertanyaan, saudara juga boleh berhubung terus dengan Penyelaras-penyelaras berikut yang menyelaras sekolah / kolej mengikut negeri:

 

Nama

No. Tel.

Mel-e

Negeri

Dr. Anati Ali

07-5534262

Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya

Negeri Sembilan & Melaka

Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali

07-5534275

Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya

Pahang, Johor, Sabah & Sarawak

Puan Fuaada Mohd Siam

07-5534244

Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya

Perlis & Pulau Pinang

Puan Shazirawati Md. Puzi

07-5534240

Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya

Kelantan & Terengganu

Puan Syarifah Zyurina Nordin

07-5534341

Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya

Kuala Lumpur & Selangor

Puan Zaiton Mat Isa

07-5534223

Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya

Perak & Kedah

    • PERSAMA juga telah menerbitkan buku himpunan soalan-soalan OMK. Sila layari laman web PERSAMA untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kaedah pembelian.
 
Bengkel International Mathematical Olympiad (IMO) 2013 Ke-2
Wednesday, 06 February 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar berikut telah terpilih untuk ke bengkel tersebut:


Bengkel ini adalah anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, dengan kerjasama Pusat PERMATApintar Negara, UKM.

 

Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

 

Tarikh: 14 18 Januari 2013 (Isnin Jumaat)
Tempat: Pusat PERMATApintar Negara, UKM, 43600 Bangi, Selangor.
Pendaftaran: 14 Januari 2013, jam 3.00 5.00 petang, bertempat di Pejabat Perkhemahan (bangunan utama, wing sebelah kanan).
03-89217521 (pejabat perkhemahan)
03-89217523 / 019-2514743 (Dr. Nor Sakinah)
03-89217503 (pejabat utama).
Bersurai: 18 Januari 2013, jam 12.30 tengahari.
Pakaian: Pelajar diwajibkan berpakaian kemas sepanjang tempoh bengkel. Selipar serta seluar pendek adalah tidak dibenarkan.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengerusi IMO Malaysia, Prof. Dr. Arsmah Ibrahim ( Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya ).

 

Kepada guru-guru pengiring untuk tempahan penginapan:

- Sila hubungi Cik Aqilah/Amydie/Dian 03-89217521.
- Bayaran sekitar RM14 sehari (hostel PERMATApintar).
- Makan boleh beli sendiri di cafetaria PERMATApintar.

 
Bengkel International Mathematical Olympiad (IMO) 2013 Ke-1
Tuesday, 05 February 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa 55 orang pelajar berikut telah terpilih untuk ke bengkel tersebut:


Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

 

Tarikh: 14 18 Disember 2012
Tempat: Carlton Holiday Hotel & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Pendaftaran: 14 Disember 2012, 3.00 5.00 petang
Bersurai: 18 Disember 2012, 1.30 tengahari
Pakaian: Pelajar diwajibkan berpakaian kemas sepanjang tempoh bengkel. Selipar serta seluar pendek adalah tidak dibenarkan.

 

Adalah dimaklumkan bahawa pihak kami TIDAK akan menanggung sebarang perbelanjaan untuk perjalanan pergi dan balik peserta ke bengkel ini kecuali kos penginapan, makan minum dan kos latihan sahaja sepanjang tempoh program.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengerusi IMO Malaysia, Prof. Dr. Arsmah Ibrahim di talian 012-2107620.

 
Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society Vol 36 Num 1 2013
Monday, 04 February 2013
Klik sini untuk lihat isi kandungan penuh Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society Volume 36 • Number 1 • 2013
 
<< Awal < Sebelumnya 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Berikutnya > Akhir >>

Hasil 73 - 81 dari 112
a site by Aidan    
admin

© 2007 PERSAMA