Daftar Masuk
Iklan

 

 

 
Menu Utama
Muka Depan
Berita
Pengumuman
Hebahan
Info PERSAMA
Mengenai Persatuan
Ahli Jawatankuasa
Senarai Ahli Institusi PERSAMA
Pendaftaran Ahli PERSAMA
Warkah Berita PERSAMA
Kemaskini Maklumat Pengguna
Senarai Ahli PERSAMA Seumur Hidup
Info OMK 2017
Surat Hebahan OMK 2017
Borang Bayaran OMK
Info OMK
Keputusan OMK 2016
Keputusan Terdahulu
Contoh Soalan - OMK 2013
Contoh Soalan - OMK 2014
Contoh Soalan - OMK 2015



 
Maklumat Terkini dan Pusat Pertandingan OMK 2013
Thursday, 27 June 2013
    • Pertandingan OMK 2013 akan berlangsung serentak di seluruh Malaysia pada 13 Julai 2013 (Sabtu), Jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
    • Setiap peserta dari sekolah terlibat diminta berada di pusat pertandingan masing-masing selewat-lewatnya sejam sebelum waktu pertandingan untuk urusan pendaftaran. (Sila pastikan setiap pelajar membawa kad pengenalan atau kad pelajar)
    • Pelajar tidak dibenarkan membawa dan menggunakan buku sifir dan mesin hitung semasa pertandingan.
    • Sila lihat lampiran untuk mengetahui Pusat Pertandingan OMK 2013 bagi sekolah masing-masing.
    • Surat Panggilan Menyertai OMK 2013 (bagi tujuan permohonan penempahan bas sekolah dan lain-lain) boleh di cetak dari lampiran.
    • Sebarang pertanyaan boleh hubungi 07-5534275 (Penyelaras OMK 2013)


    Sila rujuk senarai penuh Senarai Penuh Pusat Pertandingan OMK 2013.


    Sila rujuk Surat Panggilan OMK 2013.

 
Pendaftaran Online OMK 2013
Friday, 14 June 2013
Dimaklumkan tarikh tutup pendaftaran online OMK 2013 dilanjutkan kepada 17 Jun 2013.
 
Bengkel Persama oleh Prof Adem Kilicman
Friday, 31 May 2013
BENGKEL SEPARUH HARI

Title: TBA
Dikendalikan oleh: Prof Adem Kilicman (UPM)
Tempat: Puri Pujangga, UKM

ATURCARA

8 Julai 2013
  •  8.30 pagi -  9.00 pagi : Pendaftaran
  •  9.00 pagi -  9.45 pagi : SESI I - Pengenalan
  • 10.00 pagi - 10.30 pagi : Kudapan
  • 10.30 pagi - 11.25 pagi : SESI II - Aplikasi
  • 12.00 tgh -  1.00 ptg : Mesyuarat Agung PERSAMA &Pemilihan Ahli Majlis Baharu PERSAMA
  •  1.00 ptg -  2.30 ptg : Penutup & Merarau

Nota: Ahli dan Bukan Ahli PERSAMA dijemput hadir secara percuma.

Sila Maklumkan kehadiran kepada SK PERSAMA melalui mel-e: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya atau Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya sebelum 28 hb Jun 2013 bagi memudahkan pihak PERSAMA menguruskan jamuan.

 
Pencalonan Ahli-Ahli Majlis penggal 2013/2014 - 2014/2015
Friday, 31 May 2013

Pencalonan Ahli-Ahli Majlis penggal 2013/2014 - 2014/2015 sudah bermula. Pencalonan-pencalonan yang telah ditandatangani oleh pencadang, penyokong dan calon, dipelawa untuk jawatan-jawatan berikut. 


  • Presiden
  • Naib Presiden (2 jawatan)
  • Setiausaha Kehormat
  • Penolong Setiausaha Kehormat
  • Bendahari Kehormat
  • Penolong Bendahari Kehormat
  • Ahli Jawatankuasa (4 jawatan)

Pencalonan-pencalonan sesudah ditandatangani, mesti sampai kepada Pegawai Pilihanraya, Professor Dr Aziz Jemain, Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan tidak lewat daripada 2 Julai  2013


Sila muatturun borang pencalonan.
Ahli-ahli yang ingin mendapat lebih borang sila buat demikian dengan salinan foto.

 
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2012/13
Wednesday, 22 May 2013

Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Penggal 2012/13 Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan pada 8 Julai 2013, jam 12 tgh,  Puri Pujangga, UKM.


Agenda untuk Mesyuarat Agung Tahunan

1. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2011/12
2. Perkara Berbangkit daripada Minit Mesyuarat Agung 2011/12
3. Pembentangan Laporan Tahunan PERSAMA 2012/2013
4. Pembentangan Penyata Kewangan PERSAMA yang berakhir pada 31
    Mei 2013
5. Pemilihan ahli-ahli Majlis untuk penggal 2012/13-2013/14
6. Pemilihan Juruaudit dan Pegawai Pilihanraya
7. Hal-hal lain yang pemberitahuannya secara bertulis mestilah disampaikan kepada
    Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat.

 
<< Awal < Sebelumnya 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Berikutnya > Akhir >>

Hasil 64 - 72 dari 112
a site by Aidan    
admin

© 2007 PERSAMA