Daftar Masuk
Iklan

 

 

 
Menu Utama
Muka Depan
Berita
Pengumuman
Hebahan
Info PERSAMA
Mengenai Persatuan
Ahli Jawatankuasa
Senarai Ahli Institusi PERSAMA
Pendaftaran Ahli PERSAMA
Warkah Berita PERSAMA
Kemaskini Maklumat Pengguna
Senarai Ahli PERSAMA Seumur Hidup
Info OMK 2017
Surat Hebahan OMK 2017
Borang Bayaran OMK
Info OMK
Keputusan OMK 2016
Keputusan Terdahulu
Contoh Soalan - OMK 2013
Contoh Soalan - OMK 2014
Contoh Soalan - OMK 2015



 
Syarat Pencalonan Anugerah PERSAMA 2014
Tuesday, 25 February 2014
SYARAT-SYARAT UMUM PERTANDINGAN

  • Calon adalah rakyat Malaysia.
  • Keutamaan diberi kepada ahli PERSAMA.
  • Karya tersebut mestilah diterbitkan dalam tahun 2013.
  • Karya tersebut tidak dihasilkan oleh ahli Majlis Eksekutif PERSAMA / ahli jawatankuasa / panel hakim pertandingan (sepenuhnya atau bersama).
  • Keputusan panel hakim adalah muktamad.

SYARAT-SYARAT KHUSUS PERTANDINGAN


KATEGORI BUKU KARYA ASLI DAN BUKU TERJEMAHAN

Senaskhah buku berserta borang pencalonan hendaklah dihantar terus kepada Penyelaras Anugerah PERSAMA selewat -lewatnya pada 15 April 2014 untuk proses saringan awal.

Penilaian dilakukan berdasarkan kepada beberapa perkara berikut:

Karya Asli
  • Mestilah diterbitkan oleh penerbit tempatan.
  • Buku-buku tersebut mestilah berunsurkan Sains Matematik, Sains Teknologi, Sains Komputer, Statistik, Ekonomi dan Matematik, Sains Kejuruteraan, Matematik Pendidikan, atau Sejarah dan Falsafah Matematik.
  • Tahap ilmu universiti dalam bahasa Malaysia (atau Bahasa Inggeris) dan karya bukan ahli jawatan kuasa/panel penilai/hakim pertandingan ini. Buku yang ditulis dalam Bahasa Malaysia adalah diutamakan.
  • Kepribumian karya: Kefasihan bahasa, nahu, keretorikan, ketepatan istilah, kepercayaan kepada Bahasa Melayu (atau Bahasa Inggeris) seperti terpancar menerusi ketiadaan istilah atau ungkapan yang dipetik daripada bahasa/sumber lain; bahan yang tidak asing daripada bahan/budaya setempat, atau serantau.
  • Keaslian idea, bahan, pendekatan, pengolahan, dan penyusunan.
  • Keikhlasan, ketanggungjawaban dan keintegritian yang terpancar menerusi kejelasan hujah dan sumber.
  • Ketelitian akademik.
  • Mutu perbukuan: bentuk luarannya, rujukan, indeks dan sebagainya.

Karya Terjemahan
  • Tahap ilmu universiti dalam bahasa Melayu dan karya bukan ahli jawatan kuasa/panel penilai/hakim pertandingan ini.
  • Keklasikan/keistimewaan buku aslinya daripada pelbagai aspek termasuk ketelitian akademiknya.
  • Sumbangan penterjemah kepada ilmu yang diterjemahkannya, seperti menerusi tafsirannya, dan penjelasannya (bukan sekadar terjemahan harafiah).
  • Mutu bahasa terjemahannya sama dengan dalam kriterium 2 dalam karya asli di atas.
  • Mutu perbukuan: bentuk luarannya, rujukan, indeks dan sebagainya.



KATEGORI TESIS SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH


Setiap jabatan/fakulti berkenaan atau Sekolah Pengajian Siswazah dari IPT tempatan diminta mencalonkan tesis yang terbaik dari Jabatan/Fakulti berkenaan (fakulti terletaknya pengajian sains matematik) dalam kategori Sarjana dan Doktor Falsafah. Maklumat tesis yang dicalonkan itu hendaklah disertakan dengan:
 
  • Salinan muka depan tesis
  • abstrak tesis
  • salinan laporan pengerusi, pemeriksa luar dan pemeriksa dalam
  • salinan softcopy keseluruhan tesis dalam bentuk CD
  • senarai penerbitan yang terhasil dari penulisan/penyelidikan tesis tersebut.
  • Salinan surat senat

Bahan-bahan tersebut berserta borang pencalonan hendaklah dihantar terus kepada Penyelaras Anugerah PERSAMA selewat-lewatnya pada 15 April 2014. Hanya tesis yang mencapai taraf cemerlang sahaja yang dipertimbangkan oleh jawatan kuasa atau panel hakim hadiah ini.

Pencalonan individu juga boleh diterima tetapi mesti melalui dan diperakukan oleh pihak jabatan/fakulti berkenaan atau Sekolah Pengajian Siswazah dari IPT yang menganugerahkan ijazah tersebut.



KATEGORI MAKALAH ILMIAH

Setiap penerbit/jabatan/fakulti berkenaan dari IPT tempatan diminta mencalonkan makalah terbaik dari Jabatan/Fakulti di tempat  terletaknya pengajian sains matematik. Bidang Sains Matematik ialah yang merangkumi semua pengajian yang bermatematik seperti yang ditakrifkan oleh PERSAMA.

Tiga salinan makalah yang dicalonkan bersama-sama salinan muka depan jurnal dan borang pencalonan hendaklah dihantar  terus kepada Penyelaras Anugerah PERSAMA selewat-lewatnya pada 15 April 2014.

Kriteria Makalah Ilmiah:
 
  • Mestilah diterbitkan oleh jurnal-jurnal tempatan
  • Ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris



KATEGORI  REKACIPTA MATEMATIK

Penyertaan adalah dibuka kepada semua ahli akademik bidang sains matematik. Tujuan pertandingan diadakan adalah untuk menghasilkan daya kreatif dan inovasi dalam bidang sains matematik di kalangan ahli-ahli akademik bidang ini. Hasilan rekacipta mestilah berbentuk idea, konsep, sistem, proses, teknik atau perisian yang mempunyai elemen matematik.

Kriteria Rekacipta Matematik:

  • Mempunyai elemen matematik
  • Rekacipta asli atau baru
  • Hasil dari penyelidikan
  • Mempunyai nilai komersil
  • Kepelbagaian gunaan
  • Mesra pengguna
  • Rekacipta yang telah memenangi mana-mana anugerah daripada mana-mana persatuan selain dari PERSAMA boleh dipertimbangkan

Hasil rekacipta yang dicalonkan (dalam bentuk CD dan poster/pamplet dsbnya) berserta borang pencalonan hendaklah dihantar  terus kepada Penyelaras Anugerah PERSAMA selewat-lewatnya pada 15 April 2013.



KATEGORI  RENCANA POPULAR

Salah satu matlamat PERSAMA ialah untuk mendidik masyarakat umum tentang peranan dan keberkesanan sains matemtik dalam pembangunan negara khususnya Malaysia. Anugerah ini dizahirkan khas kepada para penulis yang mampu membantu PERSAMA untuk mencapai matlamat ini. Penulisan yang membincangkan permasalahan pendidikan sains matematik di tanah air pada semua peringkat juga akan dipertimbangkan.

Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk yang telah diterbitkan (bukan fotokopi) berserta borang pencalonan terus kepada Penyelaras Anugerah PERSAMA selewat-lewatnya pada 15 April 2014.

Dengan ini, pihak PERSAMA mengalu-alukan penyertaan daripada semua penulis tempatan untuk merebut anugerah ini tertakluk kepada syarat-syarat dan kriteria berikut :

Kriteria Rencana Popular:
 
  • Penulisan berkenaan hendaklah terbit dalam akhbar atau majalah tempatan.
  • Penulisan yang terbit dalam majalah dalaman yang agak luas skop pembacanya juga akan dipertimbangkan (contohnya terbitan dalam Universiti).
  • Mempunyai elemen sains matematik.
  • Jalan bahasanya sesuai kepada mereka yang berkepakaran di luar bidang sains matematik.
  • Keutamaan diberikan kepada penulisan dalam Bahasa Malaysia.
 
Pencalonan Anugerah Persama 2014
Tuesday, 25 February 2014
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA), dengan kerjasama Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia akan menganjurkan Anugerah PERSAMA 2014.

Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak PERSAMA memohon kerjasama dari pihak Y.Bhg Dato’/ Datin/Prof/ Prof Madya/ Dr/ Tn/Pn/En/Cik untuk mencalonkan bahan-bahan ilmiah terbitan Jabatan saudara atau pencalonan individu untuk Anugerah PERSAMA 2014 bagi kategori berikut:
 
  • Buku Karya Asli 
  • Buku Karya Terjemahan
  • Tesis Sarjana
  • Tesis Doktor Falsafah
  • Makalah Ilmiah 
  • Rekacipta Matematik 
  • Rencana popular 

Lampiran:

Selanjutnya...
 
Surat Hebahan OMK 2014
Monday, 10 February 2014

Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2014 

Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) yang merupakan aktiviti tahunan kelolaan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan pada 12 Julai 2014 (Sabtu) jam 10:00 pagi – 12:30 tengahari di beberapa pusat pertandingan seluruh Malaysia. Seperti biasa, pertandingan ini terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu:

Selanjutnya...
 
Penyertaan Pasukan PERSAMA di Raffles Invitational Mathematical Olympiad 2014
Wednesday, 05 February 2014

Satu kontinjen dari PERSAMA telah menyertai pertandingan Raffles Invitational Mathematical Olympiad 2014 (RIMO 2014) yang telah diadakan di Raffles Institution, Singapura, pada 20-25 Januari 2014.

 

Kontinjen PERSAMA terdiri daripada: Khong Yi Kye (SMJK Sin Min, Kedah) Muhammad Haaziq Iqbal b. Roslaili (MRSM Pontian, Johor) Shazryl Shafyz b. Zulrushdi (SMK USJ 12, Selangor) Yeoh Zi Song (SMJK Chung Ling, Pulau Pinang).

 

Kontinjen tersebut telah diiringi oleh jurulatih En. Mohd Suhaimi bin Ramly. Para peserta tersebut telah dipilih melalui siri Bengkel International Mathematical Olympiad yang diadakan pada bulan Disember 2013 dan Januari 2014, anjuran bersama PERSAMA, Kementerian Pendidikan dan Pusat PERMATApintar Negara.

 

Pertandingan RIMO 2014 disertai oleh 20 buah sekolah menengah dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, China, Hong Kong dan Perancis. Pertandingan yang diadakan setiap dua tahun ini telah diasaskan pada tahun 2012, membabitkan pelajar sekolah menengah daripada sekolah-sekolah yang dijemput oleh pihak penganjur, Raffles Institution.

 

Pasukan PERSAMA berjaya memenangi dua pingat perak melalui saudara Khong Yi Kye dan saudara Yeoh Zi Song, serta dua anugerah Sanjungan Kehormat (Honorable Mention) melalui saudara Muhammad Haaziq Iqbal dan saudara Shazryl Shafyz.

 

Pada tahun 2012, pasukan PERSAMA telah memperoleh satu pingat perak melalui saudara Anzo Teh Zhao Yang (SMJK Chung Ling Butterworth) dan satu pingat gangsa melalui saudara Justin Lim Kai Ze (Sekolah Tinggi Kluang).

 

Soalan-soalan RIMO 2014:
 
Senarai Penuh Nama Pelajar Yang Terpilih
Thursday, 02 January 2014
1. Aaron Saw Min Sern, SMJK Chung Ling
2. Ashraf Aiman b. Mohamad Faizal, MRSM Pontian
3. Chew Jie Heng, Pusat PERMATApintar Negara
4. Chok Sean, SMJK Katholik PJ
5. Chong Jing Quan, SMJK Chung Ling
6. Eng Ying Xuan, SMJK Sacred Heart
7. Foo Yang, SMJK Phor Tay
8. Hanissa bt. Shamsuddin, SMK Putrajaya Presint 18(1)
9. Joanna Tan Ern Ern, SMJK Chung Ling Butterworth
10. Khairul Ikmal b. Ibrahim, MRSM Mukah
11. Khoo Zi Xian, SMJK Chung Hwa Confucian
12. Koh Kai Siang, SMJK Sin Min
13. Kow Hong Zhang, SMJK Sin Min
14. Law Jer Dong, SMK Seafield
15. Law Wen Xuan, Pusat PERMATApintar Negara
16. Lee Anson, SMJK Chung Ling Butterworth
17. Lee Su Shyan, SMK USJ 12
18. Lim Beng Lin, Pusat PERMATApintar Negara
19. Lim Han Sheng, SMJK Sin Min
20. Mak Whye Jin, Pusat PERMATApintar Negara
21. Manarina bt. Mohamad Ridzuan, MRSM Balik Pulau
22. Mohammad Ishak b. Mohd Ariffin, Sekolah Sultan Alam Shah
23. Mok Siao Chi, SMJK Katholik PJ
24. Muhammad Arman Aizat b. Nor Azhan Hakim, Sekolah Sultan Alam Shah
25. Muhammad Luqman Hakim b. Ab Ghani, MRSM Pendang
26. Muhammad Radzi b. Abdul Razak, MRSM Tun Abdul Razak
27. Muhammad Saqif b. Badlishah, MRSM Pendang
28. Muhd Aiman b. Ahmad Suhaimi, Sekolah Sultan Alam Shah
29. Ng Tze Donn, SMJK Katholik PJ
30. Ong Chung Yean, SMJK Chung Ling
31. Patricia Dinang A/K Patrick, MRSM Mukah
32. Peong Wei Zhen, SMK Tinggi Kluang
33. Sean Gee Zhing, SMJK Yok Bin
34. Teh Kuan Ting, SMJK Sin Min
35. Teoh Siew Huey, SMJK Perempuan China P.Pinang
36. Uday Kantilal Patel, MRSM Tun Abdul Razak
37. Wong Hong Weng, SMJK Chung Ling
38. Anzo Teh Zhao Yang
39. Gabriel Seng Qi Wen, SMJK Katholik PJ
40. Hoo Zhi Yee, SMK Tinggi Kluang
41. Ivan Chan Kai Chin, SMJK Phor Tay
42. Justin Lim Kai Ze
43. Khong Yi Kye
44. Muhammad Haaziq Iqbal b. Roslaili
45. Shazryl Shafyz b. Zulrushdi
46. Tan Kin Aun, SMJK Chung Ling Butterworth
47. Teh Zee Hoe, SMJK Katholik PJ
48. Teoh Yen Fu, SMJK Sin Min
49. Theam Wing Chun, SMJK Sin Min
50. Wong Soon Jie, SMK Kota Kemuning
51. Yeoh Zi Song, SMJK Chung Ling
 
<< Awal < Sebelumnya 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Berikutnya > Akhir >>

Hasil 46 - 54 dari 109
a site by Aidan    
admin

© 2007 PERSAMA