Daftar Masuk
Iklan

 

 

 
Menu Utama
Muka Depan
Berita
Pengumuman
Hebahan
Info PERSAMA
Mengenai Persatuan
Ahli Jawatankuasa
Senarai Ahli Institusi PERSAMA
Pendaftaran Ahli PERSAMA
Warkah Berita PERSAMA
Kemaskini Maklumat Pengguna
Senarai Ahli PERSAMA Seumur Hidup
Info OMK 2017
Surat Hebahan OMK 2017
Borang Bayaran OMK
Info OMK
Keputusan OMK 2016
Keputusan Terdahulu
Contoh Soalan - OMK 2013
Contoh Soalan - OMK 2014
Contoh Soalan - OMK 2015



 
Anugerah PERSAMA 2011
Tuesday, 01 February 2011
PENCALONAN BAHAN-BAHAN ILMIAH UNTUK ANUGERAH PERSATUAN SAINS MATEMATIK MALAYSIA (PERSAMA) 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA), dengan kerjasama Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia akan menganjurkan Anugerah PERSAMA 2011 yang akan diadakan di penghujung tahun 2011.

Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak PERSAMA memohon kerjasama dari pihak saudara untuk mencalonkan bahan-bahan ilmiah terbitan Jabatan saudara atau pencalonan individu untuk Anugerah PERSAMA 2011 bagi kategori berikut.
  • Buku Karya Asli 
  • Buku Karya Terjemahan
  • Tesis Sarjana
  • Tesis Doktor Falsafah
  • Makalah Ilmiah 
  • Rekacipta Matematik 
  • Rencana popular 

Hadiah bagi pemenang utama dan beberapa pemenang saguhati berupa wang tunai serta sijil dari PERSAMA. Untuk makluman, pencalonan dari Jabatan amat digalakkan tetapi pencalonan dari individu juga turut diterima. Bersama-sama ini dilampirkan garis panduan anugerah bagi setiap kategori untuk tindakan saudara seterusnya. Untuk makluman, tarikh tutup pencalonan adalah pada 31 Mac 2011. Sila hantarkan bahan-bahan ilmiah yang berkaitan berserta borang pencalonan terus kepada saya di alamat di bawah.

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan terus kepada saya. Sekian dimaklumkan. Terima kasih. Wassalam.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Yang menjalankan tugas,
Prof Madya Dr Nor Haniza Sarmin
Penyelaras Anugerah PERSAMA 2010
d/a Jabatan Matematik, Fakulti Sains,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Skudai, Johor
Tel : 07-5534867 (pej), 017-7557660 (h/p) Mel-e : Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya

Lampiran:
 
Senarai Pemenang Anugerah PERSAMA 2010
Monday, 31 January 2011
Anugerah Buku (Karya Asli)
 
Pemenang Utama
-Tiada Pemenang-
 
Pemenang Saguhati
  • Penulis      : Nik Azis Nik Pa
    Tajuk        : Nilai dan Etika dalam Pendidikan Matematik
    Penerbit    : Penerbit Universiti Malaya
  • Penulis      : Daud Mohamad
    Tajuk        : Complex Variables With MapleTM
    Penerbit    : Penerbit Universiti Teknologi Mara (UPENA)
Selanjutnya...
 
Senarai Pemenang Peraduan Esei
Friday, 12 November 2010
*TERKINI* Senarai Pemenang Peraduan Esei Sempena 40 Tahun Sains Matematik UKM Dan Persama
 

Memeriksa esei pelajar merupakan proses mengukur dan menilai yang memerlukan kriteria tertentu. Kriteria yang digunakan dalam pemarkahan esei berkaitan rapat dengan tujuan dan tugasan soalan. Kriteria ini terbahagi kepada tiga perkara iaitu:

(i)        Kriteria kandungan yang merujuk kepada penguasaan maklumat dan fakta yang berkaitan mengikut kehendak soalan.

(ii)       Kriteria pengolahan yang merujuk kepada kemahiran menghuraikan maklumat, fakta dan idea secara logik dan matang serta penggunaan bahasa yang tepat.

(iii)      Kriteria proses yang merujuk kepada aspek ketepatan, kemunasabahan, kelengkapan, ketekalan, keaslian, dan kreativiti dalam teknik penulisan.

 

 
 
Keputusan OMK 2010
Friday, 29 October 2010
Keputusan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2010

Keputusan penuh pemenang-pemenang bagi menerima Hadiah Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga (Kategori Individu dan Berpasukan) bagi setiap Peringkat (Bongsu, Muda, Sulong), Hadiah Saguhati serta Sijil Sanjungan Kehormat OMK 2010 adalah seperti berikut:

Senarai nama pemenang (senarai berkumpulan, hadiah saguhati dan sijil sanjungan kehormat) adalah disusun mengikut abjad. Keputusan adalah muktamad.

PERSAMA ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua sekolah/kolej dan peserta yang telah berjaya. Bagi yang kurang berjaya, jangan putus asa, terus berusaha dan mungkin boleh mencuba lagi tahun hadapan. PERSAMA juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan OMK 2010 ini. Adalah diharapkan kerjasama dan sokongan yang padu dapat terus diberikan pada masa akan datang demi perkembangan prestasi para pelajar dalam bidang Matematik khasnya.

Sekian, terima kasih.
 
Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke 18 (SKSM18)
Friday, 14 May 2010

UTHM dengan kerjasama PERSAMA akan menganjurkan Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke 18 (SKSM18).

 


Selanjutnya...
 
<< Awal < Sebelumnya 11 12 13 Berikutnya > Akhir >>

Hasil 109 - 113 dari 113
a site by Aidan    
admin

© 2007 PERSAMA