|
WARKAH Berita PERSAMA 2008 |
|
Thursday, 19 August 2010 |
WARKAH Berita PERSAMA 2008 (Muat turun link-link di bawah) |
|
|
Pertandingan OMK 2010 - terkini |
|
Monday, 18 January 2010 |
| | Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2010 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 26 Jun 2010 (Sabtu) Masa dan tempoh: 10:00 pagi - 12:30 tengahari (2 jam 30 minit) Hotline OMK2010: 019-7551247 (Dr Khairil Anuar), 07-5534275/019-7066939 (Dr Nor Muhainiah) DAFTAR SEKARANG
SURAT HEBAHAN OMK 2010
|  | |
|
|
Saturday, 31 October 2009 |
*TERKINI* Keputusan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2009Keputusan penuh pemenang-pemenang bagi menerima Hadiah Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga (Kategori Individu dan Berpasukan) bagi setiap Peringkat (Bongsu, Muda, Sulong), Hadiah Saguhati serta Sijil Sanjungan Kehormat OMK 2009 adalah seperti berikut: Senarai nama pemenang (senarai berkumpulan, hadiah saguhati dan sijil sanjungan kehormat) adalah disusun mengikut abjad. Keputusan adalah muktamad. Buat pengetahuan pihak tuan/puan, hadiah berbentuk wang tunai, hadiah saguhati dan sijil untuk semua pemenang hanya akan dihantar pada bulan Februari/Mac tahun hadapan (2010). Walau bagaimanapun, Sijil Penyertaan untuk semua peserta OMK 2009 akan mula dihantar minggu hadapan dan dijangka semua sekolah/kolej yang menyertai OMK 2009 akan menerima sijil-sijil tersebut sebelum cuti sekolah bermula. PERSAMA ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua sekolah/kolej dan peserta yang telah berjaya. Bagi yang kurang berjaya, jangan putus asa, terus berusaha dan mungkin boleh mencuba lagi tahun hadapan. PERSAMA juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan OMK 2009 ini. Adalah diharapkan kerjasama dan sokongan yang padu dapat terus diberikan pada masa akan datang demi perkembangan prestasi para pelajar dalam bidang Matematik khasnya. Sekian, terima kasih. |
|
|
Jualan Buku Olimpiad Matematik sempena OMK2009 |
|
Friday, 19 June 2009 |
|
Jualan buku olimpiad matematik akan diadakan sempenan pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2009. Buku ini boleh dibeli dari wakil jualan di pusat-pusat pertandingan UM, UKM, UMP Pahang dan MMU Melaka. Di lokasi-lokasi lain, borang pesanan akan disediakan di kebanyakan tempat. Pesanan boleh dilakukan dengan mengisi borang tersebut. Buku akan diposkan kemudian. Sila dapatkan buku ini segera, sementara stok masih ada. |
|
|
Keputusan OMK 2008 diumumkan |
|
Saturday, 01 November 2008 |
|
Keputusan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2008 telah diumumkan oleh pihak PERSAMA pada 31 Oktober 2008. Sila lihat senarai lengkap para pemenang mengikut kategori (bongsu, muda dan sulong) pada halaman Keputusan OMK 2008 yang disediakan. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Untuk makluman, sijil pemenang, hadiah wang tunai dan hadiah saguhati akan dikirimkan kepada para pemenang OMK 2008 pada akhir bulan Februari / awal bulan Mac 2009. |
|
|
Bulletin of the Malaysian Mathematical Science Society |
|
Friday, 24 October 2008 |
For more info on the Bulletin of the Malaysian Mathematical Science Society, click here. Scope of the Bulletin
Subscription The subscription price is US$55.00 per volume plus US$15.00 for handling and postage. Please direct all enquiries and subscriptions to: Rosihan M. Ali, Dato' Editor-In-Chief BULLETIN OF THE MALAYSIAN MATHEMATICAL SCIENCES SOCIETY School of Mathematical Sciences Universiti Sains Malaysia 11800 USM Penang Malaysia Tel: +60 4 6533966 Fax: +60 4 6570910 e-mail:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
,
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya
|  | | | ISSN: 0126-6705 |
|
|
|
|