Daftar Masuk
Iklan

 

 

 
Menu Utama
Muka Depan
Berita
Pengumuman
Hebahan
Info PERSAMA
Mengenai Persatuan
Ahli Jawatankuasa
Senarai Ahli Institusi PERSAMA
Pendaftaran Ahli PERSAMA
Warkah Berita PERSAMA
Kemaskini Maklumat Pengguna
Senarai Ahli PERSAMA Seumur Hidup
Info OMK 2017
Surat Hebahan OMK 2017
Borang Bayaran OMK
Info OMK
Keputusan OMK 2016
Keputusan Terdahulu
Contoh Soalan - OMK 2013
Contoh Soalan - OMK 2014
Contoh Soalan - OMK 2015



 
Berita
Anugerah PERSAMA 2010
Wednesday, 10 February 2010
PENCALONAN BAHAN-BAHAN ILMIAH UNTUK ANUGERAH PERSATUAN SAINS MATEMATIK MALAYSIA (PERSAMA) 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA), dengan kerjasama Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia akan menganjurkan Anugerah PERSAMA 2010 yang akan diadakan di penghujung tahun 2010.

Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak PERSAMA memohon kerjasama dari pihak saudara untuk mencalonkan bahan-bahan ilmiah terbitan Jabatan saudara atau pencalonan individu untuk Anugerah PERSAMA 2010 bagi kategori berikut.
  • Buku Karya Asli 
  • Buku Karya Terjemahan
  • Tesis Sarjana
  • Tesis Doktor Falsafah
  • Makalah Ilmiah 
  • Rekacipta Matematik 
  • Rencana popular 

Hadiah bagi pemenang utama dan beberapa pemenang saguhati berupa wang tunai serta sijil dari PERSAMA. Untuk makluman, pencalonan dari Jabatan amat digalakkan tetapi pencalonan dari individu juga turut diterima. Bersama-sama ini dilampirkan garis panduan anugerah bagi setiap kategori untuk tindakan saudara seterusnya. Untuk makluman, tarikh tutup pencalonan adalah pada 31 Mac 2010. Sila hantarkan bahan-bahan ilmiah yang berkaitan berserta borang pencalonan terus kepada saya di alamat di bawah.

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan terus kepada saya. Sekian dimaklumkan. Terima kasih. Wassalam.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Yang menjalankan tugas,
Prof Madya Dr Nor Haniza Sarmin
Penyelaras Anugerah PERSAMA 2010
d/a Jabatan Matematik, Fakulti Sains,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Skudai, Johor
Tel : 07-5534867 (pej), 017-7557660 (h/p) Mel-e : Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya

Lampiran:
 
Pencalonan Ahli-ahli Majlis Penggal 2009/10 - 2010/11
Monday, 02 November 2009
Pencalonan  Ahli-Ahli Majlis penggal 2009/10 – 2010/11

Pencalonan-pencalonan yang telah ditandatangani oleh pencadang, penyokong dan calon, dipelawa untuk jawatan-jawatan berikut.  Pencalonan-pencalonan sesudah ditandatangani, mesti sampai kepada Pegawai Pilihanraya, Dato’ Prof. Dr. Abdul Razak bin Salleh, Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan tidak lewat daripada 30 November 2009.

Presiden
 
 Naib Presiden(2 jawatan)
 Setiausaha Kehormat 
 Penolong Setiausaha Kehormat 
 Bendahari Kehormat  
 Ahli Jawatankuasa  (4 jawatan)
 
Sekeping borang pencalonan dilampirkan.  Ahli-ahli yang ingin mendapat lebih borang sila buat demikian dengan salinan foto.
 
Mesyuarat Agung Tahunan 2008/09
Monday, 02 November 2009
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN  2008/09

Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Penggal 2008/09 Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan pada 15 Disember 2009, jam 11.40 pagi,  Ballroom, Hotel Mahkota, Melaka.

Agenda untuk Mesyuarat Agung Tahunan:


1. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2007/08
2. Perkara Berbangkit daripada Minit Mesyuarat Agung 2007/08
3. Pembentangan Laporan Tahunan PERSAMA 2008/2009
4. Pembentangan Penyata Kewangan PERSAMA yang berakhir pada 31 Mei 2009
5. Pemilihan ahli-ahli Majlis untuk penggal 2009/10-2010/11
6. Pemilihan Juruaudit dan Pegawai Pilihanraya
7. Hal-hal lain yang pemberitahuannya secara bertulis mestilah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat.

Maslina Darus
SK PERSAMA

 
Pencapaian membanggakan di Asia Pacific Mathematics Olympiad 2009
Thursday, 25 June 2009
Pasukan Malaysia telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan di pertandingan Asia Pacific Mathematics Olympiad 2009 (APMO 2009) yang telah diadakan di UiTM Shah Alam pada 10 Mac 2009 lalu. Menurut keputusan yang baru dikeluarkan oleh pihak penganjur, Korean Mathematical Society, pasukan Malaysia telah merangkul 1 Pingat Emas dan 4 Pingat Gangsa. Keputusan ini merupakan pencapaian terbaik negara sejak mengambil bahagian pada tahun 1998.
Selanjutnya...
 
Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2009
Tuesday, 05 May 2009
 

Pertandingan OMK 2009 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 20 Jun 2009 (Sabtu)
Masa dan tempoh: 10:00 pagi - 12:30 tengahari (2 jam 30 minit)


*NEW* Pusat Pertandingan:

Pusat-pusat pertandingan OMK 2009 telah diumumkan.  Surat pemberitahuan pusat pertandingan tidak lagi dihantar ke setiap sekolah. Semakan dan pemberitahuan dibuat secara online. Sila daftar masuk (login) untuk melihat pusat pertandingan dan menyemak pendaftaran anda di sini.


(Nota penting:

1. Semua peserta dan guru pengiring (pengawas) perlu hadir ke pusat-pusat pertandingan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum pertandingan bermula bagi urusan pendaftaran, dsb.

2. Sila muat turun dan baca Arahan kepada Calon dan Arahan kepada Pengawas/Guru Pengiring ini sebagai persediaan sebelum pertandingan OMK 2009.

3. Semua sekolah yang berpusat di UTM Skudai, Johor, perlu hadir selewat-lewatnya pukul 9 pagi bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dalam UTM yang disebabkan oleh Majlis Pentauliahan 3000 orang Kadet Palapes IPTA oleh Tengku Mahkota Johor yang bermula pada jam 9:30 pagi.)


DAFTAR SEKARANG

SURAT HEBAHAN OMK 2009

OMK 2009
 
<< Awal < Sebelumnya 1 2 3 Berikutnya > Akhir >>

Hasil 10 - 18 dari 19
a site by Aidan    
admin

© 2007 PERSAMA