Anugerah PERSAMA 2020

 

SEMUA KETUA JABATAN

SEMUA AHLI  AKADEMIK

MEREKA YANG BERKENAAN

 

Y.Bhg Dato’/ Datin/Prof/ Prof Madya/ Dr/ Tn/Pn/En/Cik,

 

PENCALONAN BAHAN-BAHAN ILMIAH UNTUK ANUGERAH PERSATUAN SAINS MATEMATIK MALAYSIA (PERSAMA) 2020

 

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan menganjurkan Anugerah PERSAMA 2020 yang akan diadakan semasa

Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke 28 (SKSM28) di Vistana Kuantan City Centre, Pahang anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada 22-23 Julai 2020.

 

 

2. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak PERSAMA memohon kerjasama dari pihak tuan/puan untuk mencalonkan bahan-bahan ilmiah terbitan Jabatan tuan/puan

atau pencalonan individu untuk Anugerah PERSAMA 2020 bagi kategori berikut.

i. Buku Karya Asli                               v. Makalah ilmiah 

ii. Buku Karya Terjemahan               vi. Rekacipta Matematik

iii. Tesis Sarjana                                 vii. Rencana popular 

iv. Tesis Doktor Falsafah

 

3. Hadiah bagi pemenang utama dan beberapa pemenang saguhati berupa wang tunai serta sijil dari PERSAMA. Untuk makluman, pencalonan dari Jabatan amat digalakkan tetapi pencalonan

dari individu juga turut diterima.

 

 

4. Bersama-sama ini dilampirkan garis panduan anugerah bagi setiap kategori untuk tindakan Y.Bhg Dato’/ Datin/Prof/ Prof Madya/ Dr/ Tn/Pn/En/Cik seterusnya

(Lampiran I). Untuk makluman, tarikh tutup pencalonan adalah pada 30 April 2020. Sila hantarkan bahan-bahan ilmiah yang berkaitan berserta borang pencalonan terus kepada saya di alamat

di bawah.  Borang pencalonan boleh juga didapati di laman web PERSAMA di www.persama.org.my.

 

 

5. Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan terus kepada saya. Mohon kerjasama tuan/puan untuk menghebahkan maklumat ini kepada semua staf akademik di Jabatan tuan/puan.

 

Sekian dimaklumkan. Terima kasih. Wassalam.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

 

Yang menjalankan tugas,

        

Dr Humaida Banu binti Samsudin

Penyelaras Anugerah PERSAMA 2020

d/a Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains & Teknologi

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-89215723 (pej), 017-3623463 (h/p)

Mel-e: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

Lampiran: