Anugerah PERSAMA Terdahulu

Anugerah PERSAMA 2011

PENCALONAN BAHAN-BAHAN ILMIAH UNTUK ANUGERAH PERSATUAN SAINS MATEMATIK MALAYSIA (PERSAMA) 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA), dengan kerjasama Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia akan menganjurkan Anugerah PERSAMA 2011 yang akan diadakan di penghujung tahun 2011. 

Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak PERSAMA memohon kerjasama dari pihak saudara untuk mencalonkan bahan-bahan ilmiah terbitan Jabatan saudara atau pencalonan individu untuk Anugerah PERSAMA 2011 bagi kategori berikut. 

  • Buku Karya Asli 
  • Buku Karya Terjemahan
  • Tesis Sarjana
  • Tesis Doktor Falsafah
  • Makalah Ilmiah 
  • Rekacipta Matematik 
  • Rencana popular 


Hadiah bagi pemenang utama dan beberapa pemenang saguhati berupa wang tunai serta sijil dari PERSAMA. Untuk makluman, pencalonan dari Jabatan amat digalakkan tetapi pencalonan dari individu juga turut diterima. Bersama-sama ini dilampirkan garis panduan anugerah bagi setiap kategori untuk tindakan saudara seterusnya. Untuk makluman, tarikh tutup pencalonan adalah pada 31 Mac 2011. Sila hantarkan bahan-bahan ilmiah yang berkaitan berserta borang pencalonan terus kepada saya di alamat di bawah. 

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan terus kepada saya. Sekian dimaklumkan. Terima kasih. Wassalam. 

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 

Yang menjalankan tugas, 
Prof Madya Dr Nor Haniza Sarmin 
Penyelaras Anugerah PERSAMA 2010 
d/a Jabatan Matematik, Fakulti Sains, 
Universiti Teknologi Malaysia, 
81310 UTM Skudai, Johor 
Tel : 07-5534867 (pej), 017-7557660 (h/p) Mel-e : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Lampiran: